Biasanya kat sini I mmg kena selalu prepare makanan utk minum petang sbb encik Amet biasanya tak makan tengah hari kat opis. Katanya buang masa nak pi lunch, baik buat keja. Isk isk isk...dahsyat hero I ni bekerja.
Dah biasa sgt buat Roti John, so kita twist sikit resepi tu, dgn bahan yg lebih kurang sama, menjadikan ia Sloppy Joes. Nama pun lebih kurang sama, John - Joe. Hmmm...awat org tak letak nama Ali ke, Ahmad ke?
Oh nampaknya I ni asyik letak gambar makanan kat sini kan? Adakah I cuba menjadi seorang kitchen goddess? Atau blogger resepi yg glemer seperti Cik Mat Gebu tu?
Atau adakah I terlalu tak ada keja, sampaikan asyik memasak n mengambik gambar makanan jek? Oh tidak...of course I ada baaanyak keja nak buat. tapi takkanlah nak ambik gambar I berposing basuh baju or mop lantai pulak? Haruslah ada syarikat sabun yg nak ambik I jadik model pulak nanti hehehehhe....
Bukannya apa, bila I letak gambar makanan ni :
1. Maybe bleh bagi idea pada kawan2 yg dah kekeringan idea nak masak.
2. I sendiri bleh refresh balik idea (serius kdg2 jadik blur giler bila pikir bab menu nih)
3. Saja nak bagi blog nampak meriah
4. Bukti yg I ni mmg rajin dan pandai masak, boleh gitu?? Hahhahaa...
Oklah sekian, no heartfeeling stories today...ceriakan diri anda dengan delicious yummy tummy food!!!