Maka menu hari ini haruslah daging dan daging...Tengah dok sapu-sapu sampah sambil berangan, tetiba teringat pulak hidangan istimewa bila makan nasik ramai-ramai kat umah Tok Limah (tok sebelah mak I) - ikan bakar dan daging bakar. Kebetulan dapur I tu ada functon grill. So dgn bahan-bahan yg serba kekurangan, I pun cuba lah sedaya upaya masak resepi turun temurun nih...taadaa... Sepatutnya letak daun ketumbar, chili flakes and daun pudina (semua ada jual sini tapi malas nak beli sbb sikit jek pakai). So i hentam pakai apa yg ada dlm umah jek. nasib baik bawak bekal nam pla dari malaysia.
Hmmm...ni dh masuk 2 minggu kami x beli / makan seafood sbb nak tunggu hilang muak. Insya Allah weekend ni harus lah ajak mr.drebar pi market, nak kumpul stok seafood pulak. Hmmm...kalau ada Sambal Tumis Udang sedap nih...
And for me, my addiction to caffein, especially Nescafe mmg tak pernah berkurangan. dulu ingatkan sbb dok opis jek nak minum nescafe. rupa-rupanya dok umah pun sama jek. at least setiap hari 3 cawan. macamana la nak buat nak kurangkan ketagihan nih. even doctor pun pernah advise I to kurangkan sikit caffein intake, and take more milk. Hehehehe...sorry morry, just not my taste doc! (Pastu nanti tulang reput ko jgn mengada ye makcik).
Walaupun harga nescafe kat sini lebih mahai, I tetap tak berputus asa (Cik Nora, kalau Nestle ada buat sales nescafe tlong beli stok byk2 simpankan utk aku ek). Alaa...mcm org hisap rokok la, barpun harga rokok naik 50 hinggit sekotak pun mesti tak berenti jugak kan kan???
And taktau lah sebab apa, we found that roti-roti kat sini semuanya lebih sedap dan menyelerakan. Asal nampak roti, mesti nak beli, padahal roti biasa jek. Tapi mmg kat umah ni takleh putus dgn bekalan roti. Isk apa benda le gamaknya yg pak arab ni letak, sampai roti boleh boleh ketagihan..makan je laa....
Stok roti. Bleh buat roti telur,roti sardin, roti john, roti bakar. order je, chef anda sedia memasak :)