Friday, October 8, 2010

END SYAWAL OPEN HOUSE (KRMJ)

Dah lama dok taram nak buat butter prawn ni since bulan puasa lagi. tapi selalu nya tak kena dengan "gu" (combination) menu lain. so today buat Sambal Sotong, makan dgn butter prawn nih masa nasik pun baru siap tanak, phewww...this is definitely a lipsmacking!!! (perasaan :P
(Oh, nasik I mmg kena tanak sbb rice cooker meletop!)

Well, semalam adalah Open House Camp KRMJ sempena berakhirnya bulan Syawal.As usual buat kat Ibn Zahr Beach Camp jugak lah. Nak sambut raya pun makan, nak tutup raya pun makan, hari-hari pun makan. isk-isk....patutlah Allah dah tetapkan sebulan WAJIB berpuasa. teruk sungguh perut manusia nih.

Anyway, I tak mau letak gambaq jamuan kat sini. semak pulak rasanya gambaq byk2 (ke malas nak upload?).bleh tengok kat fb jek. Sangat best lah bila ada gathering mcm nih. since I dah start kumpui few gangster, bleh la gossip sikit2 hehhehe. Sampaikan laki I talipon ajak balik, punya tak sedar makcik menyembang you! Hahahaha...

Best sbb dapat dgr macam2 pengalaman kawan-kawan sama ada masa depa kat Malaysia, or bila dh sampai sini. Ada yg dh setahun lebih sampai sini, tapi baru first time jumpa org2 kat sini (well well well :)). Ada yg dah setahun kat sini, baru ke Al-Khobar sekali! Mcm tak percaya! (Isk isk, insaf, I nih tiap2 minggu pi no...) Kisah kereta rosak di tengah2 padang pasir yg panas menyengat, phuhhh...dan mcm2 lagilah cerita menarik. Kalau tak ingat pintu gate nak tutup, mau duduk sampai malam pun takpa. Makanan pun banyak apa nak susah hahahaha...

Begitulah jadiknya, bila org yg dipenjara (penjara ada dapur, best sikit la) dilepas keluar> Jumpa pulak dgn kawan-kawan yg senasib, memang semua nak bukak mulut!