Entri ni adalah utk letak resepi seperti yg diminta oleh Cik Ngah (my SIL), supaya dia tak kempunan. Kalau tak bagi resepi ni kang takut pulak baby dia lahir ni dok hambat makngah mintak roti hahhahaa...(oh, will she/he call me makngah?first time nak dapat anak menakan original, I pulak terlebih eksaited :) So cikngah silalah ambik resepi n buat sendiri no...
Disebabkan dah tulis resepi panjang lebar, maka x payah lah cerita tentang piknik kat Nakheel Beach. Gambar bleh tengok kat FB. Anyway, menu ni I buat as bekal piknik semalam...
SANDWICH GULUNG
Roti keping (suka hati berapa keping)
Sardin*
Bawang Besar*
Cili Merah*
Lada hitam*
Limau nipis / Lemon*
Telur
"GAM ROTI"
1 sudu tepung gandum
1 sudu air
*Bancuhkan dua bahan ni. itu saja.
Caranya:
1. Yang tanda * tu gaulkan semua, buat inti sandwichlah.
2. Ambik kayu gelek (rolling pin), yg guna utk canai biskut raya tu. gelekkan roti sampai terpenyek sikit. Tujuannya : tak bagi roti tu menyerap minyak bila goreng nanti (pandaikan :)
3. Letak inti atas roti yg dh digelek tu. pastu gulungkan dgn kemas. Letak "gam roti" kat hujung roti supaya gulungan melekat.
4. pukul telur dgn garpu (mcm nk buat telur dadar).
5. celupkan roti yg dah digulung dalam telur (pastikan hujung gulungan melekat supaya tak terburai masa goreng nanti). Pastu goreng api perlahan.
6. Makanlah sepuas-puas hati.
CHEESY WEDGES
Kentang - potonglah bentuk apa pun
Tepung goreng ayam
Cara : salut kentang dgn tepung dan goreng.siap.
SOS CHEESY (yg kuning)
Keju chedar (pilih yg kaler oren)
1 sudu butter
1 sudu tepung gandum
1/2 cawan susu segar/susu cair
yogurt (x ltk pun xpa)
Cara : panas butter, masuk tepung.kacau2 sambil tuang susu.pastu masuk cheese n yogurt.masuk dalam piping beg (beg plastik pun boleh) .
Susun wedges dlm pinggan. picit sos cheesy conteng2 atas wedges. pastu picit pulak mayonis (putih). telan.
Okeh sekian na....