Breakfast apa hari ni? Burger je..dah muak makan nasik goreng (Amet punya breakfast hari-hari wajib nasik goreng :) Hari ni Jumaat sepatutnya weekend, sepatutnya cuti, tapi encik Amet tetap kena keja. Sampai cik Zuzu pun cakap "Ayah ni asyik keje,keje, keje.." Tapi takpelah, katanya sekejap jek pegi opis, before solat Jumaat dia akan balik.
Oh sebenarnye nak cerita tentang food kat sini, dan jugak tentang budak-budak serta mak budak yg dalam kategori "picky eaters" nih.
Anak-anak punya style ialah : Zuzu suka makan nasik, tak suka makan lauk. Yaya pulak suka makan lauk, tak suka makan nasik.
Si Zuzu ni walaupun dibagi ayam goreng KFC ke hapa yg sewaktu dgnnya, tetap jugak x mau makan. Tapi kalau nasik sambal, nasik kicap, mmg dia sapu bersih sia tambah2 lagi.
Yaya pulak mmg feveret dia "uwah" = buah. Wajib ada buah dalam umah ni sbb tiap-tiap hari dia akan mintak buah. tak kisah apa-apa buah pun, tai so far dia punya feveret ialah anggur n pear.
Huhuhu...and me actually is not very picky.selalunya, kebanyakan makanan i hentam je. and I suka jugak mencuba makanan2 baru yg tak pernah dimakan. cuma ada few type of food yg I tak makan, contoh ikan-ikan air tawar. and dulu I tak makan durian, tapi lepas pregnantkan si Yaya, I'm the one yg mintak belikan durian pulak.
Cuma nak ceritanya, since datang sini I pun xtau apa yg different sgt, tapi sememangnya tekak I ni sentiasa rasa tak kena jek dgn makanan kat sini. walaupun I masak sendiri, tetap rasa lain macam sikit. especially the seafood. beli ikan rasa hanyir, beli udang rasa busuk. serba tak kena. dah la ikannya pulak kebanyakan saiz XXL. I nih mmg dari dulu lagi klu ikan besar2 nih rasa geli geleman nak makan.
And daging (lembu) kat sini pun, walaupun isi elok,sgt lembut, tapi still ada bau yg lain macam sikit. Cuma ayam jek yg so far betul2 I bleh bagi markah A. Telur ayam pun for me, berbau hanyir. Bila nak masak, memang berempah ratus ribu la I masukkan utk cover bau2 nih.
Yang paling membuka selera I buat masa ni hanyalah ikan kering n ikan bilis yg I bawak dari Malaysia. itupun stok dh nak habis. taktaulah ada tak jual ikan kering kecik2 mcm tu kat sini (Kak N, tolong bgtau klu ada ye). yg ikan kering besar mmg ada.
And lagi satu, I ni ialah gadis(?) kampung yg amat suka bangat makan ulam-ulaman. bila dh sebulan tak dapat makan petai, pegaga n sebagainya, mmg rasa x bermaya le nak makan nasik. katanya kat Lulu Hypermarket ada banyak jual benda2 nih. Insya Allah kalau xdek halangan I nak
And for dinner, I always prefer to have something yang bukan nasik, mcm mee, kueteow, bihun etc. tapi so far, cuma bihun jek yg betul2 "bihun" yg I jumpa. semalam, dah pun ke Cash n Carry. I pun try lah beli mee yg mcm wantan mee tu. tapi bila balik masak, mak aiii..... bau hapak n ntahapahapa. maybe I shuld try another brand plak kot. Oh anyway credit to Kak N sbb I dah dapat kacang panjang, taufu, and jantung pisang. cuma taugeh jek dah habis plak hari tu...takpe akan tetap ku buru taugeh itu.
Last sekali, goreng jek lah macaroni nih. Yang banyak dan senang nak masak kat sini ialah pasta. Macam2 rupa ada, yg saiz giant, yg kecik molek, bentuk ABC, bintang bulan semua ada. tapi i nih bukan cucu cicit mat saleh, mana buleh telan benda nih hari-hari.
And few weeks ago, I ada beli mcm laksa. bila dh siap masak, siap buat kuah semua, tengok2 laksanya hancur..bila baca ingredient kat plastik tu tulis "corn flour". Adoiyaiii....patutlah jadik bubur...kilang mana ni tak belajar ke nak buat laksa pakai tepung apa? Ni mesti tak pernah pi makan Laksa Kuala Peghelih nih...
Hmmmm...bilalah I dapat gi ronda lama-lama sikit kat pekan, kena survey, baca, telek, teliti baru lah dapat yg sedap. Tapi sbb kat sini kena pakai drebar, terpaksa la beli rushing2. Tak puas hati!!! (Actually hari tu kelam kabut sikit, dgn encik Amet puasa, and I ada masa 45 minit jek utk masak kan menu Nasik Ayam atas permintaan org yg nak bukak puasa tu. Nasib baik ini tukang masak profesional hehhehe...)