Sunday, October 31, 2010

BACK TO SCHOOL!

Hehehe...finally, ibu dah ada satu activity tetap yg akan memenuhi masa lapang (ada ke masa lapang???) Well, walaupun x berapa nak lapang sgt, at least boleh lah menambahkan kesibukan diri so that i xdek masa nak homesick heheh.

After all, activity ini ialah untuk menambahkan ilmu pengetahuan, di samping memberikan peringatan kepada diri I yg dh semakin meningkat umur nih. Malah Rasulullah S.A.W sendiri bersabda "Carilah ilmu walaupun sampai ke negeri China". Apatah lagi I yg berada di Bumi Anbiya ni, malu jugak pada diri sendiri kalau takde apa-apa pengisian.

Sebagai reminder to myself : Hati jadi mati jika 40 hari tidak mendapat ilmu agama/tazkirah. So, sendiri mau ingat lah!

Okeh kelas ni dibimbing oleh Ustazah ...(alamak! camno bleh lupa nama ustazah plak!)
Kelas ni ada hari Isnin & Rabu (pagi), hari Jumaat (petang) and hari Sabtu (malam). So bleh pilih yg mana sesuai dgn jadual waktu ibu-ibu sekalian. Ada sedikit yuran dikenakan, tapi mmg berbaloi-baloi dgn ilmu yg dapat.

Untuk kelas yg waktu pagi, ada geng bas sekolah hehhehe. Bas akan ambik kt depan umah. And utk kelas malam, silalah mintak personal driver anda hantar :) Oh bagi yg ada anak-anak bleh hangkut sekali, jgn risau.

Masa first class yg I attend semalam, ustazah mulakan dgn Tafsir Al-Quran, yg lengkap dan detail. Then, sambung dgn hafazan ayat-ayat lazim bermula dari Surah An-Nas sampai Surah Al-Zalzalah (banyaknyee....). And for me pelajar baru nih, bleh la curi-curi jenguk sikit-sikit kat al-Quran. Isk isk isk...teruk giler kan, ayat-ayat lazim pun bleh ingat-ingat lupa. Hmmmm...Kena repair baik kepala hotak nih!

Ustazah ni muka mmg lembut, berwajah tenang, senyum manis....sejuk jek mata memandang. Tapi suara dia...phuhhh mmg kellasss!!! Sapa xleh hafal, kena rotan! Hehhehe no lah!

Then sambung dgn Tajwid plak. Haaa...I nih tang suruh mengaji, membaca Al-Quran Insya Allah, muka ustazah senyummm jek. Tapi bab nama-nama mad jaiz, mad segala mad, mmg I konpius sokmo. Setakat Idzhar, Idgham and Ikhfak tu Insya Allah masih lekat lagi dalam kepala. Pheww..berpeluh ooo nak recall balik..

And last sekali, part yg paling fun ialah belajar bahasa arab. Haaa...tang ni segala macam lawak lah keluar. Riuh rendah dgn yg tak paham makna, tak reti pronounce. Macam-macam.
Siap ada kena buat latihan on the spot, isi tempat kosong lagi! Hehehe... I nih plak walaupun dh pernah belajar bahasa Arab (well...it was 14 years ago anyway...), tapi vocab yg masih ingat maybe tak sampai 10 kot!

So dalam kereta masa nk hantar I gi kelas tadi....

Amet : Ibu, satgi klu ustazah tanya dah pernah belajaq bahasa arab ka dak, habaq kata x pernah belajaq tau.

Me : Awat? Tak baik tipu ustazah.

Amet : Buat malu ja. Broken Arabic memanjang. Tapi habaq kt dia, laki saya dapat "A" bahasa Arab PMR dan SPM.

Me : Cehhh...

Well, now I dah pun refresh my arabic. And tambah new vocabs some more...tunggu la..pasnih I speaking arabic jek dalam umah hahahha...

Oh by the way frens, still remember about fe'el amar, fe'el madhi, and fe'el mudhari'??? And how about muzakkar and muannas??? Hahahha....I totally lost and need a very new start.