Wednesday, November 17, 2010

BAHRAIN - KESIMPULAN

The next day, terus dimulakan dgn mencari Tree of Life, sebuah pokok yg berusia lebih dari 400 tahun. Hidup sebatang kara di tengah-tengah padang pasir. Tiada sumber air berdekatan dikenalpasti. Maka misteri ini menjadikan ia sebagai "lambang kekuatan sebuah kehidupan".

Beginilah pemandangan sepanjang perjalanan. Pastu ada plak flare besar kt tgh2 desert tuh...fuhhh...mmg ngeri...

Alhamdulillah, setelah melalui padang pasir yg serba kering kontang dan mengerikan, sunyi sepi di mana bertembung dgn kenderaan pun amat jarang-jarang sekali, akhirnya hati kami mula rasa lega bila ternampak signboard ni....

Bertambah-tambah lega bila mula nampak banyak kereta keluar masuk, menandakan tempat dituju adalah very close.

Amet cakap "Isk...kalau abg la, mmg tak pi dah ni. Mmg patah balik dah nampak padang pasiaq xdak hujung punca mcm ni."

Hehehe... apo laa...nak adventurous sikit pun takmau...(pada hai dalam hati I kecut perut gak, tapi still sgt insist nak tengok mistery tuh). Tapi encik Amet ni selalunya bila sampai tempat tu, dialah yg over eksaited :)


Pokok Besar yg nampak mcm ada 2-3 batang pokok

Singgah sat kt KFC selepas padang pasir - ada nasik

Dipendekkan cerita, lepas visit the Tree of Life nih, kami balik ke town dan just lepak2 buang masa kat sana sementara nak tunggu hantar kereta sewa, dan jugak naik bas balik ke Khobar.


Ini jeklah aktiviti yg banyak kat sini- main game. Amat tidak menyihatkan.

Di sini I ingin memberikan sedikit fakta/kesimpulan mengenai Bahrain (berdasarkan pemerhatian sendiri selama 3 hari ni je le....) :

1. Paling best - semua kedai dijaga oleh PEREMPUAN. Senang dan selesa sgt nak beli (atau tengok2 saja).

2. Kebanyakan wanita Bahrain tak pakai hijab, maka rasa kagum sebentar dapat tengok muka org (lawa pulak tu). Biasa kat Saudi nampak hitam jek.

3. Kat sini ramai jgk yg pakai abaya, tapi kalau tak mau pakai pun takpe. Takde muttawa datang bg tazkirah :)


4. Wanita di sini, suka pakai tudung tp berjambul besar kt depan. Huhuhu.....


5. Banyak rakyat India jugak kat sini pun, kadang2
geram jugak :(

6. Banyak massage centre tanpa disembunyikan


7. Ada night club, disco, arak, dan semua benda haram yg susah nak dapat kt Saudi (Oh, I bukan datang cari yg ni okeh... :))


8. Ada pantai (dah nama pun pulau kan), tapi buruks yg teramat sgt amat buruk!!! Dan kotor dan mmg takleh dibuat mengambk angin langsung!! Jgn berangan nak mandi manda ke hapa le..


9. Klu berangan nak melawat tempat yg bukan shopping mall - tak payah datang sini.


10. Sini kalau nak makan minum tak wajib duduk kat Family Section, boleh duduk kt mana2 anda suka. Sesetengah restoran/cafe tak pisahkan single-family section pun. Rasa lebih relax dan lega.


Hmmm rasanya tu jek lah. Sapa2 nak gi Bahrain dan perlukan info, bleh PM. sedikit sebanyak Insya Allah I bleh guide.

Next destination : Instanbul hehehhee...(ntah zaman bila bleh sampai)...