Wednesday, December 8, 2010

MARI BERSENAM!

Ya setelah sekian lama berdiam diri di rumah dan hanya makan, makan n makan, dgn gembiranya I telah naik 2kg!!! Yeahhhh!!! Satu pencapaian yg mengkagumkan!

Maka haruslah mencari solution utk menslimkan diri semula. So marilah bersenam!!!

Kena beli baju dulu sbb tak bawak pun baju sukan dr Mesia (alasan kukuh na...).
Nota : Bukan Nike mahupun Adidas hehehe

Okeh, kat Jubail nih, kalau untuk cik kak dan cik mak (makcik), hari bersenam adalah pada setiap hari Rabu. Kehadiran adalah tidak wajib, dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Mcm biasa transpot ialah bas akan jemput depan umah dlm pukul 7.30 pagi (mcm pi sekolah la pulak!).

Tengah tunggu bas kat depan pintu umah sambil makan breakfast roti.
Muka don sbb bangun awai...

Sangat eksaited dapat naik bas. Dari malam asyik tanya bila nak naik bas....


Kat mana nak bersenam tu? Bukanlah dekat tasik atau taman mcm kat Malaysiaku tercinta ye. Kat sini nak bersenam kena pi Sport Centre yg mana akan dibuka khas utk kaum wanita sahaja pada setap hari Rabu. Kat sini boleh guna semua fasiliti - treadmill ke, gym yg angkat berat ke, or nak join aerobik (trainer dia garang okeh...). Or nak main badminton bleh tapi sila bawak raket sendiri.

Ok tang pakaian pulak - hehehehe.. tiada hadnya. pakailah apa yg anda rasa nk pakai. masa ni barulah nampak mak arab punya baju... amboiii.... tapi bila keluar jgn lupa sarung balik abaya :)

Bayaran pulak ialah SR10 utk dewasa. Manakala kanak-kanak ada disediakan nursery kat dalam tu, dekat jek dgn tempat ibu2 excercise dgn bayaran SR5 seorang.

Tapi yg bestnya, geng Jumaa An-nisak ni, dah lepas habis beraerobik, dah main badminton, peluh-peluh, tengok2 lepas tu bukak bekal mee goreng, tat teluq. Mak aii.... camana nak slim nih? Hehehehe....

Oh kamera/henfon takleh bawak masuk. Ada mak guard jaga kat depan, siap raba-raba you... Auwww.....