Tuesday, December 21, 2010

YEAST

Dah banyak sgt asyik tulis pasal makan-makan, jamuan makan, makanan... So hari ni tetiba rasa nak tulis pasal salah satu ingredient dalam makanan nih plak. Been involved in microbiology lab for almost 7 years, membuatkan I tetiba rasa rindu dgn bacteria-bacteria yg cute mute tuh.
Rindu dgn bau busuk masam dari incubator...rindu nak buat stain... sob sob sob

So today, I just nak share sikit pengetahuan I about yeast and it's function in baking. Actually ini pun sbb nak refreshkan ilmu I yg dh hampir2 berkarat nih :'(

Dan kebetulan pulak, few weeks ago I ada buat donut and pakai yis tapi tak kembong / tak menjadi. So I try beli yis lain and put control in every factor, and Alhamdulillah...

Okeh, mari belajar!

Ada 2 jenis yis (bakery yis) yg biasa digunakan :
1. Fresh yeast
2. Dry Instant yeast

Fresh Yeast - yg biasa dijual di tempat frozen food, dalam bentuk cube mcm butter. Nak pakai yis ni mesti kena "hidupkan" dia dulu dalam air suam + sikit gula.

Dry Instant Yeast - boleh guna dgn cara campur terus dalam bancuhan doh. Tak perlu hidupkan dulu. Tapi kalau nak hidupkan dulu pun boleh jugak, sama jek caranya, masukkan dalam bancuhan air suam + sikit gula.

Pantang Larang Yeast
Haaa... pantang larang nih adalah saintifik, bukan sebab ada hantu datang makan yis so that dia mati or whatever :)

1. Yeast will die bila terkena or bersentuhan directly dgn garam.
Maka klu nak masukkan directly instant yeast dlm bancuhan tepung, make sure garam (jika ada) digaul betul2 rata dulu dgn tepung, then only baru masukkan yeast. Otherwise, mmg sampai bila-bila doh anda tak akan mengembong montok gitu...

2. Fats (butter, eggs) will slow down yeast growth.
Selalunya tak perlu masukkan eggs, tapi utk butter tuh boleh dimasukkan tapi jgn terlalu banyak. Ada jugak resepi yg gunakan minyak, pun sama, guna sikit jek minyak.

3. Gula yg terlalu banyak will make yeast dehydrated and die
So jgn banyak2 sgt gula, agak2 cukup manis jek. Mcm pepatah cakap "Mati semut yis kerana gula...". Manusia pun sama.... hehehe....

4. Suhu /Air yg terlalu panas boleh mematikan yis. Suhu / air yg terlalu sejuk plak menyebabkan yis tidak aktif.

TIPS
Untuk memastikan yis yg anda beli tu masih active / tak expired a.k.a dah mati, maka lebih baik buat "proofing" dulu - masukkan yis dalam air suam + sikit gula. Kalau dia berbuih-buih dan "naik" tu maksudnya yis tu hidup dan boleh digunakan. Kalau air tu statik takde buih or apa-apa perubahan, maka buang jek lah....

Oh ini bukan cappucino. Ni contoh masa I buat proofing semalam. Mcm nih kompem yis sedang melonjak2 gembira bersuka ria la tu :D

Apakah yang berlaku bila yis dicampurkan ke dalam doh?
Bila mendapat makan secukupnya (gula) dan suhu yg sesuai (air suam), yis akan mula makan dan digest dgn cepatnya. Digestioan ini akan mengeluarkan gas karbon dioksida (yg menyebabkan doh naik, and roti/donut jadi kembong comel dan ada mcm lubang2 kt dalam tu) dan sedikit ethanol (yg berbau sedikit masam). Tapi biasanya bau ethanol akan hilang selepas pembakaran. Dan semasa di dalam oven yg panas, pada awalnya yis akan menjadi hyperactive dan makan serta digest dgn sgt cepat (masa ni u can see the dough mcm naik kembung dlm oven tu), then after a while yis pun mati.... Kesian....(Jgn sedih bila makan roti lepas baca cerita yis ni ye).

Nak buat piza semalam, tu yg bleh jadik experiment yeast nih hehehe...
Alhamdulillah comei gebu jek roti pizza semalam sbb dpt yeast yg superactive!


Ini pulak ialah pembantu makmal ibu...

Inilah jugak "radio" ibu...

Nota : Yis adalah makhluk 1 (satu) sel sahaja dan berupaya memberi manfaat yg sgt besar utk manusia. Hampir seluruh dunia org makan roti kan. Subhanallah...