Monday, December 20, 2010

RESEPI CHICKEN PIE

Hohoho... nanti xmau letak dah la gambar makanan kt sini. Hehehe bukan sbb kedekut resepi, tp sbb resepi I nih selalunya main hentam keromo dan main campak dalam kuali jek. Hehhehe...
Selalu jugak klu Amet mintak "masak la sotong yg mcm hari tu", I dah xtau nak masak camana sbb dh x ingat apa benda yg I campak dlm periuk masa tu hehehe.... Next time mmg kena tulis dalam buku la kan...

Okeh, ni resepi ingat-ingat lupa utk Chicken Pie tu :)

BAHAN INTI :
Ayam kisar (gunakanlah jenama Ramly hehehe)
Bawang putih
Bawang besar (potong dadu)
Serbuk lada hitam
Sos tomato (sikit ja)
Garam
Kentang (sikit je - potong dadu)
Daun sup (x letak pun xpe)

BAHAN KULIT :
Kuning telur
Kulit Puff Pastry*

*Ok kulit Puff Pastry ni boleh dibeli terus dari kedai/pasaraya. Tak payah buat sendiri, buat sakit tangan jek nak menguli hehehe. Kalau kat Arab ni, I guna jenama sinilah. Contohnya mcm nih :

Ni I try beli 2 jenis brand sbb x pernah guna lagi yg sini punya. So far yg Sunbulah tu cantik.

Okeh tu versi Arab punya. Kalau kat Malaysia, sila guna kan jenama "KAWAN". Sbb dulu I dh try beberapa jenama, so far yg jenama Kawan tu lah yg paling cantik sekali menjadi. Packingnya sama jek bentuk 4 segi mcm gambar I tuh, cuma yg jenama kawan tu kalau tak silap plastik ada garis-garis kaler biru merah gitu. (Haaa.... pnya jelas dh nih bg description hehehe).

Option : Kalau katakan x jumpa dgn puff pastry tu, boleh guna Instant Roti Canai, (kalau boleh jenama kawan jugak.) then potong2 buat bentuk kulit pie yg anda suka :)

Eh dok cerita pasal kulit pastry, cara2 nak masak belum tulis lagi. Okeh caranya biasalah tumis bawang2, then masukkan daging ayam, pastu masuklah bahan2 lain samai masak.
Pastu potong kulit pastry ikut bentuk yg anda suka then isikan inti then tekan2 dgn fork kat skeliling supaya nanti tak terbukak. Sapu dgn kuning telur.Pastu bakar lah dlm oven suhu 190degC, 20 mins.

Kalau nak bentuk cam I buat tu, potong dua jek pastry tu (potong silang utk dapat bentuk 3 segi). Utk pastry bahagian atas tu garis2 dgn pisau.
Hehehe ok tak tulis resepi camnih. Sorry ek tak berbakat langsung hehehhe...

NOTA PENTING : Jangan tersalah beli "KULIT POPIA" tau. Yang ni memang tak jadi :)