Tuesday, January 25, 2011

AL-KISAH UMRAH

Finally, I dapat jgk curi masa utk catatkan pengalaman umrah kali ini sebagai kenangan.

Seperti yg dirancangkan, kami berjaya bertolak dr rumah pd jam 5.30 pagi hari Khamis yg lalu. Tapi, just me n Amet jek yg mandi, sebab kami mandi sunat ihram siap-siap di rumah memandangkan kami tidak akan berhenti di Miqat. Dalam kekalutan pagi, I masih sempat prepare bekal breakfast utk mkn2 dlm kereta - just karipap n sandwich.

SAUDI AIRLINE
Seperti yg telah dipesan oleh Kak Latifah, masa check-in kami mintak siap-siap utk dapatkan seats bersekali (satu family). Ikut pengalaman Kak Tipah, Saudi Airline ni selalunya bagi seat bersepah, and bila nak mintak tukar dlm flight mmg byk sgt cekadaknya. Alhamdulillah, dgn mudah kami dapat 4 seat sederet.

We can see few other families yg nak pi umrah jgk (sebab husben2 dh pakai kain ihram). Tips : Utk lelaki boleh pakai ihram siap2 dr rumah atau boleh pakai kat airport. Utk pompuan, pakaian ihram ialah pakaian biasa yg menutup aurat, means tak perlulah pakai telekung kt airport, cukup dgn abaya n tudung sahaja (TAPI, pastikan baju tidak terkena wangi-wangian).

Dalam flight, budak-budak ni langsung tak heran, main buas mcm biasa. Even masa flight nk take-off pun depa dok meloncat-loncat lagi. Even Yaya lagi eksaited bila flight tu speed laju. Cuma yg kurang bestnya, kt depan kami ada la sepasang couple ni (nk pi umrah jgk). Tapi bila anak-anak I buas sikit, depa akan toleh tgok belakang, jeling tajam, tanda marah la tu. And bila anak-anak I mcm terpegang skt kerusi dia, bini dia siap tepuk2 lagi kerusi tu (bhgn blkg tempat dia sandar). Hmmm.. klu ikut hati nk je I pegi sound dia "Dgn budak2 pun ko nk berkira sgt ke? Bukan anak aku tolak ko smpai jatuh tergolek pun". Tapi memandangkan kami ialah dlm holy journey, sabaaaaarrrrr lah byk2... Tapi sempat jgk ckp kt Amet "Takpe kita doa dia dapat anak cepat2, baru dia tau rasa mcmana."

Breakfast in the flight - makanan arab. Telan je laa...

Lebih kurang dlm sejam lepas departure, pilot bagi reminder yg kami akan melintasi Miqat in 30 minutes. So masa ni prepare lah siap2, jgn tido pulak, nanti klu tak sempat niat kena bayar dam. (Tapi mmg takleh tido pun spnjg perjalanan dgn nk layan budak2 kecik nih). Bila sampai Miqat, pilot announce "For those who are performing Umrah, we are now crossing the border of Miqat." So niatlah berihram di sini...

Perjalanan ambik masa lebih kurang 2 jam.
Sampai di Jeddah, kami ambik teksi ke kota Mekah dgn bayaran SR150. Perjalanan dr airpot Jeddah - Mekah ialah 1 jam.

HOTEL AL-MASSA
Kami smpai hotel dlm pukul 12 tghari. Nasib baik kt sini waktu Zohor ialah 12.30 (klu Jubail Zohor 11.45). So lepas cek-in, sempat la mandi-manda sikit dan tak lama lepas tu dh dgr azan. Alhamdulillah, hotel yg kami pilih melalui Booking.com ni mmg sgt2 dekat dgn masjid, dalam 200 meter dan tak sampai 5 minit berjalan kaki. Walau bagaimanapun, utk solat Zohor pertama ni, kami cuma sempat masbuk rakaat terakhir je disebabkan melayan kerenah cik mek-cik mek yg mcm2 tuh.Jarak hotel diambil dari kawasan Masjidil Haram. Alhamdulillah... boleh ulang-alik bila2 masa yg perlu. I sgt recommend hotel ni utk yg ada anak2 kecik, kalau depa berak ke, pampers bocor ke, boleh terus balik setel kt hotel.


Tapi masa ni, lobi hotel tgh construction. So tinggal kawasan agak kecik je utk urusan admin dsb.
Ada lagi hotel2 lain yg lebih dekat, tp so far hotel ni the most reasonable price, sesuai dgn keselesaan n kemudahan yg disediakan.

UMRAH
Lepas solat Zohor, kami terus ke kawasan Kaabah utk memulakan ibadat Umrah pertama iaitu Tawaf. Utk pusingan pertama, kami bawak anak-anak utk bagi depa rasa tawaf n kenal Kaabah. Tapi disebabkan matahari tgh memancar, walaupun suhu tak lah berapa panas, puteri2 ni mula ngok ngek dan xnak bertawaf. Mula-mula tadi, bukan main la masing2 pakai telekung bagai. Tak sempat ibu ayah habis tawaf, depa dh mula cabut dah...


So we take turn, I jaga depa dulu (sambil mengangkut air zam-zam 2-3 kali) while Amet tawaf. Alhamdulillah kali ni tawaf mmg rasa sgt puas sbb boleh lalu dekat sgt2 dgn Kaabah dan Hijr Ismail. Selesai tawaf I lepaskan hajat yg sekian lama terpendam utk berdoa di Multazam. Alhamdulillah...mmg tak ramai org dan boleh lah berdoa lama-lama sikit. Terasa satu perasaan yg mmg amat sgt luar biasa di situ... Kemudian solat sunat di Maqam Ibrahim, juga sgt lapang dan mudah. Alhamdulillah.... Cuma solat sunat di Hijr Ismail sahaja yg I tangguhkan dulu, sbb takut Zuzu n Yaya dh mula buat perangai (mcm tu lah jadi ibu...mcm2 nk kena consider..)

Selesai tawaf, kami terus ke Bukit Safa utk memulakan saie. Alhamdulillah... saie pun tak terlalu ramai orang. Kali ni boleh lah ada ruang utk pijak batu-batu di Marwah. Selesai tahahlul (kali ni lupa bwk gunting, nasib ada budak2 yg bwk gunting tu depa caj SR5 saja utk 2 org), maka completelah Umrah kami utk kali ini. Actually masa I tgh round terakhir saie tu, dah azan Asar. So kami terus solat di kawasan saie tu je. (Tips : Kat belakang Marwah ni ada toilet dan tempat wuduk pompuan. Kawasan luar. Saje nk bg info sbb toilet x berapa byk kt sini and masjid pulak sgt2 luas).

Selesai solat Asar kami balik dulu ke hotel sbb belum makan tengahari (walaupun dh petang!). So order je lah nasik bryani dr hotel tu sbb takut x sempat ke Maghrib pulak. Turn out the bryani was superb, but malangnya kami just order satu pinggan jek. Huhuhu takpelah... buat lapik perut je la dulu. Then terus ke solat Maghrib dan tunggu di masjid sampai Isyak.

Lepas Isyak kami ke Safwa Towers yg terletak betul2 berhadapan dgn Masjidil Haram, pintu no 1 : Pintu King Abdul Aziz. (Tips : Kalau datang ke Masjidil Haram ni, cuba ingat nombor pintu/nama pintu yg anda masuk. Insya Allah, tak sesat. Kalau apa2 jadi, cuba cari balik nombor pintu tu dan mintak suami/kawan2 dtg ke situ)

Di Safwa Towers ni terletaknya Hotel Al-Safwa Royale Orchid serta restoran D'Saji hakmilik Felda (Malaysia). So kami pun cuba mkn di D'Saji, but makanannya... emmmm... selain harga yg mahal, takde apa2 yg istimewa :)

Kalau nak rasa makanan ala-ala Malaysia tu ada lah roti canai, teh tarik, bihun sup, nasik ayam, nasik berlauk dan sebagainya. Ada beberapa keluarga Malaysian jugak, tp smuanya yg tinggal/bekerja di KSA sebab visa Umrah utk rakyat negara2 lain masih belum dibuka (selepas musim Haji).

Selepas makan, kami round2 sekejap jek (sbb masih belum berehat sejak bagun pukul 4 pagi tadi) dan balik utk tidur...

*** Ikuti sambungan kisah hari ke-2 di mana gangguan syaitan dan iblis bermula...... jeng jeng jeng...!!!