Wednesday, January 26, 2011

MEKAH (samb.)

Cadangan utk hari ke-2 ni nak pegi masjid before masuk waktu solat Subuh. Tapi disebabkan I telah mengalami sakit perut dan ralit pulak terlepak lama-lama dlm toilet, sampai dh dgr azan barulah kami start berjalan ke masjid. Alhamdulillah nasib baik lah Zuzu n Yaya tak mengamuk sgt kejut depa tido pagi-pagi buta. Cuma bila nk berjalan tu, mmg sori le… Kami sempat solat di luar kawasan masjid jek. Memandangkan kat luar ni takde dilapik sejadah, masa sujud tu mak aaiii…. Rasa beku jek dahi tu hehehe… Tapi syok sgt sebenarnya dpt sujud directly kt lantai masjid tu :))

Lepas solat Subuh, kami ke kawasan Kaabah utk solat dan berdoa di Hijr Ismail (sbb semalam tak sempat). Orang agak ramai, tapi masih ada ruang utk kami walaupun agak bersempit-sempit. Tak lah mcm bulan puasa hari tu, sampai tembok Hijr Ismail pun tak nmpak langsung! Lepas tu kami bawak Zuzu n Yaya pusing Kaabah (satu round je), dan kami semua berpeluang memegang n mencium al-kiswah (kelambu) Kaabah. Kami cuba try utk mengucup Hajarul Aswad. Nak kata ramai sgt org tu tak lah sgt, tp disebabkan mereka berasak-asak dan berebut-rebut (biasalah arab… mana reti beratur2 ni…), dan kami pulak sambil mendukung anak-anak kecik, maka kami cancelkan saja hajat tu. Daripada satgi nk caci maki org, baik x pyh la kan. Namun Alhamdulillah, kali ni dapat mengusap-usap Rukun Yamani.

Kemudian kami balik utk breakfast di hotel dan berehat sampailah Amet ke masjid utk solat Jumaat.

Breakfast kt sini amat kaya dgn pelbagai jenis cheese, olive, dan jeruk sayur-sayuran. Ada kerabu sosej yg sedap - gud idea utk buat kt dapur I nih :)

Errrmm... camana nak makan breakfast arab ni ek? Belasah ja la labu...


HASUTAN SYAITAN

Lepas solat Jumaat kami keluar ke Safwa Tower utk mkn tengah hari. I ni dari semalam dok kepingin bangat nk makan khabsa. Maka oredrlah khabsa utk I, while Amet pi order nasik ayam kt D’Saji. Bila dpt khabsa tu, mak oi portionnya mmg 5 org mkn punyalah! I pun tnjuk kt Amet and cakap “Tengok ni banyak gile nasik ni”.

Amet yang mmg terkenal dgn mulut laser naga berapi dia pun cakap “Haa.. makan lah nk makan sgt. Nak sgt nasik khabsa…nasik khabsa. Makan sampai habis!!”

Nak dijadikan cerita, masa ni lah ada iblis n syaitan yg terlepas masuk dalam badan I. Tetiba jek hati I rasa yg teramat sgt sedih dan kata2 Amet tu mcm betul2 mengguris n merobek2 hati I. Terus I menangis dgn ayaq mata keluar mcm nk banjir meja makan kami tu. Alaaahaii…. Pada hal bukan I tak biasa dgn kelaseran encik Amet nih. In our daily jokes pun biasa sangat dia panggil I kambing, I panggil dia lembu. And caci maki like “abang bengong” or “ibu bongok” tu mmg kat mulut je… (tapi mmg dielakkan drpd pendengaran anak2 ok…)

Selesai depa makan (I dh x lalu mkn sbb nasik penuh dgn air mata duyung), kami berjalan ke masjid utk solat Asar. Sampai depan pintu masjid tu, sebak dan sakit hati I semakin mejadi-jadi. Memang I menangis tahap tak pernah nangis punya. Sampai sakit mata, sakit dada n rasa hampir takleh nk bernafas dah. Sampai ada mak arab mana ntah mai dok usap-usap belakang I pulak. Hehehe... Lama jugak dok buat drama kt situ, smpai I semakin "sedar" sikit, then I pergi cari tempat utk berwudhuk. Hmmm... nk cari tempat wuduk ni pulak masa tu jadi susah sgt nk jumpa. Jauh gile I jalan (I pergi sorang sbb tinggal Amet jaga anak2 kt pintu masjid tadi), barulah jumpa. Setelah berwudhuk, barulah I rasa mcm "cerah" sikit dan berada di alam nyata. Begitulah adanya, syaitan n iblis mmg suka sgt cari mangsa kt sini utk ganggu ibadah kita.

Selesai solat Asar, kami membeli Al-Quran utk diwakafkan di Masjidil Haram.

Sebelah malam, setelah selesai solat Isyak, kami round2 jalan kaki sambil membeli sedikit cenderahati utk dibawak balik kampung nanti.

Dipendekkan cerita, hari ketiga kami dimulakan dgn Subuh yg lebih awal. Kemudian setelah agak lama jugak beriktikaf di masjid, kami balik ke hotel utk breakfast dan berkemas. Kami ke masjid semula apabila hampir masuk waktu Zohor, dan diteruskan dgn Tawaf Wida'. Then at 3.30 pm kami ambik taxi to airport (call org yg sama bawak kami from airport hari tu sbb dia sgt bagus!) Bila hampir keluar dari Kota Mekah, the driver suruh kami tengok belakang and asked us to give lambaian selamat tinggal kepada Masjidil Haram yg kelihatan dgn jelas dari situ. Ila lliqaa'...

Flight balik Dammam at 7 p.m.

Alhamdulillah... selamat sampai di rumah at almost 11 p.m.