Sunday, February 27, 2011

CIK BERRY KU SAYANG

Setelah genap 3 hari lamanya beta bermuram durja dan berdukacita, kini barulah rasa sedikit bermaya utk beronline dan menulis.

Cik Berry kini dalam keadaan koma. Tidak dapat dipastikan keadaannya kesihatan dalamannya sehingga lah result akan dikeluarkan minggu hadapan. And I am counting days, and hours, and minutes to next Thursday...

Sebelum I ceritakan dgn lanjut apa yang berlaku, marilah kita sama-sama menatap keadaan Cik Berry yag sayu selepas dilanggar.... Huwaaaa!!!!

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Nampak tak bekas gelekan ke atas baju Cik Berry tu? Itu ialah hasil gelekan tayar kereta dan batu-batu di tepian jalan kepada Cik Berry... Itupun I dah lap2 sikit tu. Lupa pulak nak snap masa "fresh" baru kena... lagi sadis...



And ini pulak ialah gambar bahagian kepala Cik Berry yang retak menanti belah. Gambar adalah bergoyang sebab tangan I mmg terketar2 n menggigil masa mengambil gambar ni akibat kesedihan melampau melihatkan keadaan Cik Berry yang nazak. Ohhh.... huwaaaaa!!!!!


Ok, ceritanya begini....

Pada hari Khamis yg lalu, kami sekeluarga + family Kak Tipah + family Yas telah pergi berpiknik di Fanateer Beach.
Tak lama kemudian, Amet telah pergi ke kedai utk membeli sedikit barang utk BBQ kami. Dia pergi dgn menaiki keretanya. Semasa dia balik dari kedai dan hendak parking kereta di tempat asal tadi, dia ternampak seorang perempuan Arab yang merenung kepada tempat parking itu dgn bersungguh2, tetapi tidak berkata apa2. Tidak lama kemudian, perempuan Arab itu memanggil abangnya (maybe) dan menunjuk2 di bawak kereta Amet (masa ni kami semua tgh sibuk berBBQ).

Tak lama kemudian lelaki Arab itu membunyikan hon keretanya berkali2 sehingga kami berpaling dan dia menunjukkan sesuatu di bawah kereta Amet. Kami meyangkakan mainan anaknya tergolek masuk bawah kereta Amet dan mungkin dia meminta utk mengalihkan kereta utk mengambil mainan anaknya.

Tetapi apabila Amet sampai di situ, alangkah terkejutnya apabila yang berada di bawah perut keretanya itu ialah Cik Berry!!!!! Dia menunjukkan Cik Berry kepada I, dan I terus cuba memberikan CPR dan sebaganya tetapi malngnya Cik Berry sudah tidak dapat diidupkan lagi.... Cik Berry langsung tidak memberi apa2 respon dan dalam hati I amat sgt risau. Tetapi, I terpaksa berlagak tenang dan terus senyum dan bersembang2 dgn kawan2. Malu la jugak klu nak terus burst into tears kt depan orang ramai mcm tu.

Sehinggalah kami sampai ke rumah lebih kurang pukul 10 malam, barulah I mula menangis. I mmg rasa susah sgt nak tido malam tu. Dan bila lepas bangun tido keesokan harinya, I sambung menangis lagi. Dan I mmg berkurung jek kat dalam bilik sepanjang hari. Langsung tak berminat nk keluar tgok tv or berinternet ria. Walau bagaimanapun I tetap keluar ke dapur demi mengingati perut anak2 n Amet yg kelaparan.

Setelah masuk hari kedua I berkurung, Amet mula mengajak I utk keluar ke Khobar dan menghappykan diri (hari Sabtu lepas ialah public holiday sempena meraikan King yg balik dari operation). Semasa di atas kereta kami berbincang sedikit tentang kemalangan yang menimpa Cik Berry. Conclusion yg kami buat ialah :
1. Semasa turun dari kereta, Cik Berry mungkin telah jatuh dari handbag I, tapi of course lah I tak perasan masa tu.
2. Perempuan Arab tu dah nampak awal2 masa Amet nk parking kereta.
3. Tetapi perempuan Arab itu tidak mahu pergi bercakap/memberitahu Amet sebab mereka kan dilarang utk bercakap dgn lelaki asing sewenang2nya.

Lihatlah wahai dunia... disebabkan larangan b*d*h di negara ini, di mana perempuan langsung tidak dibenarkan bercakap dgn lelaki asing.... sehingga mengorbankan kesayangan seseorang..

Cik Berry... kau telah menjadi mangsa di negara yang amat jumud ini....

Kini Cik Berry telah dimasukkan ke wad di Al-Rasheed Mall, dan dia sedang dioperationkan. Keputusan akan diketahui 5 hari dari sekarang. And I amat2 berharap agar Cik Berry berjaya dalam operation ini, dan kembali pulih seperti sediakala....


Atau pun.....





Keranda utk Cik Berry.... Tidaakkkkkkkk!!!!!