Sunday, July 24, 2011

YUMMY TUMMY

Ramadhan Kareem is coming soon, so I shall be well prepared from now. Dont forget your puasa ganti ye kawan-kawan... *ehem-ehem... I tengah ganti tinggal 1 hari je lagi ni -__-

Oh, by the way, preparation to meet Ramadhan is not just with ganti puasa, tetapi termasuklah disertai dengan niat-niat yg suci murni seperti :

1. Tahun ni nak puasa penuh (ni masa zaman kanak2 sekolah rendah dulu boleh la kot hehehe),
2. Tahun ni tak nak miss solat terawikh kerana tertidur kekenyangan selepas bebuka dgn lahapnya
3. Tahun ni akan lebih banyak buat ibadah sunat seperti membaca al-Quran, berzikir, bertahajud etc.
4. Tahun ni bercita2 utk bertemu Lailatul Qadar (Amin...)
5. Semoga Ramadhan tahun ini brings more positive improvements in ourselves (Amin...)

And of course for us yang berada nun di tengah padang pasir berdegung tanpa tanda-tanda akan menemui Pasar Ramadhan ni, sudah pastinya preparation termasuklah memenuhkan dapur dengan segala jenis barang masakan yang mengiurkan. (Baru je tadi bercita2 taknak bukak puasa dgn tamak kan...)

Ok, mari kita tengok apa barang-barang menarik yang telah disumbatkan dalam almari dapur untuk bersahur n berbukak seminggu dari sekarang!


Dalam banyak2 benda, kordial Vimto ni merupakan pemegang ranking paling teratas sekali apabila tibanya Ramadhan di sini. Rasa Vimto ni hampir sama dgn Ribena, tetapi lebih sedap taktau nak cakap. Manis masam lemak-lemak berkrim sikit, perfect. Tengok pada labelnya, manufactured kat Dammam, KSA. Hmmm... the only saudi product yg I boleh puji sedap kot :)


Yang ni pulak Creme Caramel bagi orang malas macam I ni. Senang jek pakai ni sbb karamelnya dah siap, tinggal tuang dlm acuan jek. Krim dia pulak just tambah fresh milk n cook for 2 minutes, and taadaa....ready to serve. Ni pun mcm Vimto gak, bila Ramadhan menjelma dia ni lah makhluk paling banyak boleh nampak kat kedai2/supermarket. (Sebenarya beli hari tu 6 paket, tak sempat masuk Ramadhan dah tingal 2 paket!)


Haa makcik badek jagung ni sebenarnya available at any time. Tak payah tunggu Ramadhan pun. Saja je I nk tunjuk nasib I yg hanya dapat mkn anak jagung dalam tin jek :(


Ni pun bukan untuk masakan bulan puasa kot (kecuali kalau ada yg tak puasa!). Beli ni kt Lulu weekend lepas. Balik cicah dgn Kuah Rojak Mak Bee. Tak sangka encik Amet pun join sekaki. Biasanya dia ni kalau I suruh makan buah-buahan macam I nk bagi makan racun. Jenuh ligan!
Tak ingat dah harga sekilo berapa. Tapi adalah dalam 10 bijik I ambik, harganya dalam SR5 gitu. Alaa..takkan x kenal ini buah apa? Ini namanya Amra, org utagha panggil buah mera :)


Buah Salak buat lepas geram. Harga sekilo SR26! Adoiii....beli la 10 bijik, harga seperti si atas, SR6.90 huhuhu...

Buah Mata Kucing a.k.a Longan - harganya ialah SR20 sekilo. Sebanyak yg kami beli tu ialah SR13++. Si Yaya n Zuzu punyalah suka sangat dgn buah ni. So kesian my kids, balik-balik makan epal, oren, pear, grapes. Sekali sekala jumpa buah-buahan tempatan kita, rasa nak nangis tengok depa makan huwaaaa!!!!!

Actually tujuan gi Lulu weekend lepas selain nk beli stock bulan puasa, mmg plan nak beli segala macam jenis buah-buahan. Teringin nak beli durian, tapi cancel sebab lepas Lulu ada plan nak singgah Rasheed Mall pulak...

Eh, asal nak cerita makanan bulan puasa kat sini, tetiba melalut ke buah-buahan la pulak. It's just a sign of aging, isn't it???