Bulan posa ni org ckp syaitan iblis semua dah kena rantai kan. Tapi mengapakah kita masih rasa malas nak beribadat? Masih ada rasa nak marah kat orang? Masih tak boleh sabar? Sesungguhnya itu adalah kelemahan kita sendiri.....
Hmmm.. nak cerita luahan perasaan la sikit kan. Bukan nak mengumpat :)
Biasanya I ni klu pergi terawikh kt masjid belakang rumah ni mmg selalunya tiada masalah. Biasalah setakat marah2 anak bising sikit2 tu adalah. Tapi masalah dgn jemaah lain semua mmg takde lah so far.
Walaupun I sorang jek org Malaysia, orang bukan arab kt situ, tapi depa semua layan I dgn amat baik sekali. Selalu ada jek makcik2 arab yg cuba nak mai sembang dgn I. I ni setakat sepatah dua bahasa Arab yg simple2 tu boleh la... kdg2 I paham yg dia tanya, tapi tak reti nk jawab, so I bg bhsa isyarat jek! Hahahaha... sorry makcik!
Cuma yg semalam tu, I tak puas hati sikit dan rasa mmg nak marah sikit sebab ada sorang mak arab ni yg tak reti tatasusila utk bersolat jemaah. Walaupun dalam hati dok beristighfar dan berdoa agar Allah hilangkan rasa marah tu, tapi as manusia yg lemah mmg I tak boleh tak marah.
Asalnya I solat kt saf tengah. Pastu bila teringatkan anak2 yg selalu dok berlari2 ke luar so I ubah lah solat kt saf belakang sekali. Kat sebelah I tu ada lah mak arab ni, dia ni datang dengan bawak handbag besaq gedabak dan segala bagai aksesori! Makcik oi... nak mai solat ke nak masuk pertandingan ratu masjid?
Mula2 ok lah sikit sbb beg dia yg berkilat2 tu dia letak kt belakang. Pastu agaknya bila dia nmpak anak2 I dok main kat belakang, dia pun ubah beg dia tu dan letak sebelah kaki anatara kaki dia n kaki I. So of course lah saf kami tu terputus dan renggang dgn adanya halangan beg tu.
Then yg I tambah geram, dia dok tarik2 baju I suruh rapat dgn dia. Mcm mana I nak rapat? Beg dia besar gile, kat sebelah kaki I. Seriusly I rasa mcm nak sepak jek beg tu!!! Dalam hati dok tahan sabar...sabar... Grrrrrrrrrrrr!!!!!!!
Masa sujud tu dia ubahlah sikit beg tu bagi ke depan sikit. Tapi masalahnya depan dekat siku masa time sujud. Ek elehhhh.... kalau nk ubah, letak la depan kepala, makcik!!!
So sama jugak, masa berdiri boleh la I rapat sikit dgn dia. Tapi bila nk sujud nak kena ubah tempat, adjust bg tak kena beg dia plak.
Serius la dlm kepala I asyik dok ingat nk penyet2 jek beg dia tu. Sampailah tak sedar dah sampai solat witir dah! Habis solat gitu jek. Tak khusyuk langsung. Tak ingat Allah, dok ingat beg dia jek.
Isk isk isk..... semoga Allah terima lah ibadah hambaNya yg tak seberapa nih...
Huhuhu... pesana utk diri sendiri n kawan2 yg terbaca entri ni : Tak perlu kot bawak handbag bagai nak gi terawikh, okay :)
Muffin Marble Banana Chocolate utk kanak-kanak yg tidak berpuasa. Ibu dia puasa okay....
** Cari PAHALA, jangan cari BALA**