Tuesday, August 9, 2011

PASAR RAMADHAN MALAYSIA @JUBAIL

Tahniah kepada rakan-rakan Malaysia di Jubail yg berjaya menjadi usahanita berjaya sempena Pasar Ramadhan yg julung2 kali diadakan tahun ini. Untungnyee I berada kat Jubail ni tahun ni. Hehehehe....

Alhamdulillah, Pasar Ramadhan (PaRam) yg dianjurkan oleh KRMJ telah mendapat sambutan yg amat menggalakkan. Sampai I tak sempat nak beli, dah habis licin u!

Eh, I tak berniaga tau. I tau makan jek hahaha...

Alkisahnya beberapa hari yg lalu, I pun teringin la nak cuti memasak... nak le rasa masakan kawan2 kt PaRam tu pulak kan... diberitakan bahawa PaRam ni start bukak pukul 4 - 6 pm. So tergedik2 lah I suruh encik Amet balik awal, jemput mak datin ni pi PaRam.

Rupa-rupanya, sampai jek sana tengok makanan almost sold-out. Yang tinggal pun sikit-sikit jek. Huhuhu... amatlah sedih sekali. Pada hal masa tu baru pukul 4.15 pm. Maybe ada kawan2 yg keja shift, atau off hari tu telah datang lebih awal. Tapi Alhamdulillah...dapat la jugak sedikit rezeki utk berbukak. (Dah le I mmg langsung tak masak apa kt rumah!)

Maka dgn itu, encik drebar telah membuat pengumuman bahawa dia tidak akan balik mengambil I lagi ke PaRam. Memandangan beliau adalah bekerja opis hour, iaitu stiap hari balik keja pukul 4, jadi besar kemungkinan kami hanya akan mengalami kekecewaan sahaja setiap hari. Huhuhu.....

Maka, keputusannya sudah tentulah I kena jadik chef terkenal di rumah sendiri sepanjang bulan posa nih. Aduhhh.... eh, Alhamdulillah.... (sabar, sabar...buat dgn ikhlas dpt pahala no....)

Oh, pastu plak, masa pi PaRam tu belilah kuih Lopez. Harganya SR5 utk 3 bijik (maklumlah brg2 mentah sini semua mahal2). Hmmm... bila smpai rumah, mmg jadik habuan cik Zuzu sorang jek la.... itu pun nasib baik cik Yaya tido masa kami berbuka, kalau tidak mesti terjadi perebutan lopes oleh 2 hantu pulut nih..

So dia pun isi borang orderlah, suruh ibu buat "kuih pulut hijau" tu banyak-banyak. Baiklah nak....

Ok, memandangkan I selalu jgk buat kuih ni, dan ada yg tanya mcmana I buat bentuk bulat dan sekata tu, hari ni I terlebih rajin sikit nak tunjuk taktik tipu muslihat yang I gunakan.....

1. Mula2 biasalah masak pulut dgn santan + air pandan/ air kaler hijau.

2. Sediakan satu penutup Nesafe. Lapik penutup tu dgn sekeping plastik bersih. Tunggu pulut sejuk sikit, ambik pulut isi le dalam penutup Nescafe tu.....


3. Lipat lebihan plastik tu atas pulut dan tekan2 smpai padat n mantap. Buangkan lebihan2 pulut yg terkeluar dari acuan tu (dh tak muat le dia nk masuk tu...)

4. Tarik plastik tu keluar, maka secara automatiknya pulut tu pun akan keluar dr acuan nya (tak payah la nk korek2 pakai sudu segala bagai...) Eh, jgn lupa terus tongengkan pulut tu dalam nyoq / kelapa parut ya puan-puan....Pastu salut2 lah nyok bagi rata...


Sekian, siaplah kuih lopes yg sekata bentuk dan saiznya.... sesuai utk para perantau yg tak ada daun pisang, dan malas buang masa nak gulung2 dalam plastik/aluminium foil.

*Buat kuih ni mmg berbaloi-baloi. Buat 25 bijik, I makan 2 bijik jek. Yang lain tu habis licin dibaham makhluk2 lain dalam rumah ni :D

Selamat berbuka semua!