Wednesday, November 30, 2011

PLEASE

actually byk kali jgk fikir nk tulis entri ni.

niat I cuma satu : nk luahkan perasaan n merekod cerita sendiri.

tp takut pulak klu ada yg terasa hati bila baca. harap2 jgn lah terasa ya.sbb ni mmg cerita koleksi peribadi saja.

maklum saja lah I kt rumah ni mmg keseorangan.x ada teman utk bergebang.blog ni sajalah yg mendengar segala cerita.

oklah mula kisahnya mcm ni....

semalam entah mcmana I mimpi I kawen! hahahaha.... tp still kawen dgn encik Amet la bkn org lain! syok gila perasaan masa tu... rasa bahagia betul2 mcm pengantin baru hahaha... pakai baju kaler pink.siap bersanding naik moto. over!!!

pastu konon2 encik suami "baru" I buat suprise. bangun pagi dia suruh ambik air dlm peti ais. rupa2nya dia buat suprise letak hadiah handbag kulit yg sekian lama I idam2kan dlm peti ais tu. gile best terloncat2 la I ni kan. (ini mimpi ya)

psstu boleh tak pagi ni bangun tido jek I terus gi bukak peti ais (ini real). dgn hrpan ada suprise.pd hal bkn xtau celah mana dia nk gi beli hadiah setelah seharian membanting tulang.

okay.... walaupun tau itu mimpi, I still nk rasa frust.pastu mcm sedih.

I tau I mmg x pernah harapkan ada suprise. x pernah pun nk impikan berlaku fairy tale mcm tu.

tapi actually segala perasaan n mimpi ni maybe berpunca selepas i chating dgn seorang friend (yg dh diblock dgn serta merta sbb tidak membawa faedah n lebih byk menghasut) kt fb semalam.

A : wahhh ko mesti best kan.laki keja kt arab kaya raya la..
mesti asyik shopping je keje ko kan.
borong handbag la kt sana ek.
aku tgok kwn2 aku yg kt sana asyik beli LV, Coach, Gucci semua.
paling koman pun Guess tu pun xtau brpa puluh biji dah.
ko mesti dh byk koleksi bag mahal2 ni kan.

me : x laa... aku x beli pun..

A : ciss tipu la tak kan la takde laki ko pernah buat hadiah besday ke apa sebiji dua kt ko. paling koman Coach mesti ada ni.

me : ada la tp aku beli Coach kt pdg besar RM30.

A : eh ko jgn tipu la.ada kwn aku tu laki dia asal new year ke besday ke annivrrsary ke mesti bg hadiah handbag mahal kt bini dia.

me : xpa la tu laki dia.family dia lain aku lain.kami byk komitmen lg.

A : ko ni x pndai bodek laki la... klu aku mesti mcm2 dh aku mintak klu laki aku kaya mcm tu

me : OFFLINE!

kawanku, aku x sama mcm kamu.kamu nampaknya mcm tak bersyukur siapa suamimu?

tahukah kamu betapa ramai org yg lebih byk ketawa n senyum di wajahnya (berbanding kamu) walaupun mereka hanya memakai kasut plastik yg dibeli di pasar malam? betapa ramai lg org yg hatinya lebih bahagia dgn hanya menggalas handbag tak berjenama?

kawanku, tak usahlah cuba menghasut aku. sedangkan Amet sendiri masih x berjaya menghasut aku membeli beg2 original. sbb jawapanku akan tetap sama "beg2 tiruan yg beli kt padang besaq ni dh bertahun pakai, dh heret merata negara takdak masalah pun?"


tiba2 teringat kisah seorang sahabat I yg bukan kepalang derita kisahnya. sedangkan dia mampu bersabar tak dibelikan pakaian, malah termasuk pakaian dalam dan keperluan wanita (yg wajib spt. tuala wanita dsb) selama beberapa tahun oleh suaminya.

apakah I perlu bersedih hanya kerana tiada suprise handbag Coach mahupun kasut Clarks utk I?

sedangkan pakaian I sudah membuak2 tidak terpakai (walaupun baju2 tak berjenama tp masih byk utk dipakai berbanding sahabat itu)

wahai Allah... matikan keinginan dan n nafsuku yg melampau ke atas harta benda dunia. dan jauhkan hatiku drpd bersedih dgnnya..berikan daku kecukupan dgn benda2 yg sederhana...

kisah sahabat itu akan I jadikan panduan hidup agar tidak terlalu membazir.sesungguhnya terlalu ramai lagi manusia yg memerlukan di luar sana....terima kasih sahabat yg berkongsi cerita, i owe u a lot (u know who u are)

**I bkn nk boikot sapa2 yg pakai brg2 branded ni.cuma I x berapa best bila ada yg jenis suka menghasut. klu nk pakai, pakai lah x pyh nk paksa I ok? klear?

** lagi satu, I bukan nk pertikai suami I x buat suprise dgn benda2 tu semua. dh byk n mcm2 yg dia bagi (xkan semua nk tayang kt orang kan). I rasa cukup dgn apa yg ada. ko x payah over nk ajar I bodek laki sendiri. hanya I yg kenal sapa dia.
Published with Blogger-droid v1.7.4

SUDAH JATUH DITIMPA ACUAN

OK I xtau lately ni I jadi apa. Clumsy, dizzy.... not so easy pitsy... huhuh watever...

2 hari lepas, I plan nk panaskan oven sbb dh lama tingalkan dia kesejukan keseorangan kan. Oh tips utk semua : Oven ni at least kena panaskan seminggu sekali. Maksudnya, kalau dh terlalu amat malas sgt nk baking, just switch on oven kosong pun takpe.

Tapi bak kata my friend the cake sifu, Fir, alang2 dah nak panaskan oven tu, drpd membazir duit lektrik panas oven kosong, baik baking sekali. Betul betul betul....

So I dgn semangatnya buat kek coklat.

Tapi.....

Bila dh about 10 minit dlm oven, tetiba I teringat : Adunan kek tu tak letak butter!!!!

Alamak! But okay... takpe.. rilek2.... I know kek tu akan still masak without butter, cuma dia x akan jadi moist and buttery lah.

So kek pun siap masak....

Sekali bila nak angkat letak atas pinggan......

Inilah namanya kek sudah jatuh ditimpa acuan ye puan2.....

Okay. Sangat frust.

So pagi semalam bertekad, alang2 nak buat kek, baik aku buat yg best2 sikit. Setakat kek coklat moist simple tu Zuzu Yaya pun bleh buat hahaha..

So main masak2 again lah.... And the hasilnya is....



TAAADAAAA...!!!!!!!!!!!!!


Yeahhhh... Kek Puding Caramel!!!!

The master chef a.k.a penyebok :)


Rich Caramel Puding on top of soft cotton cake.... just wait until it melts in your mouth. Creamyyy Yummyyy!!!

Ok, posing sekali lagi...... (lepas geram sbb kek kemarin hancur lebur hahaha)



Ok, served with the mee kari tak cukup bahan. Layan....


RESEPI KEK PUDING KARAMEL SEDAP & SENANG
  • Karamel
  • 60g gula
  • 1 sudu besar air
  • 2 sudu besar air
  • Puding
  • 4 biji telur
  • 500ml susu segar
  • 70g gula
  • sedikit esen vanila
  • Kek span
  • 70g tepung gandum
  • 60g gula halus
  • 2 biji telur
  • 20g mentega- dicairkan

Cara-cara

  1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.
  2. Kekpudingkaramel1
    Sediakan karamelCampurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
  3. Sediakan puding. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.
  4. Kekpudingkaramel2
    Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih. 
  5. Kekpudingkaramel3
    Tapiskan no.4 ke dalam loyang karamel tadi.
  6. Kekpudingkaramel4
    Sediakan kek span. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.
  7. Kekpudingkaramel5
    Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim.
  8. Kekpudingkaramel6
    Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
  9. Kekpudingkaramel7
    Ayak tepung ke dalam no.8 Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
  10. Kekpudingkaramel8
    Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
  11. Kekpudingkaramel9
    Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
  12. Caramelcakepudding
    Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.




Till then. Cerita cuti2 Malaysia tunggu bulan depan :))

Tuesday, November 29, 2011

SAYA SEDIH

Bangun pagi ni dok termenung sampai setengah jam

Hari tu masa first day sampai Malaysia, dapat email offer keja

Tapi I mcm " ok thanks lah sbb I pun xde kt Malaysia". so mcm baca gitu2 je email tu (berlagak!)

Tapi bila pagi ni dia email lagi sekali, baru mcm rasa nk baca betul2

Pastu bila dah baca betul2, rasa sedih gila. Baru rasa mcm dia betul2 insist nak ambik I. (Baru rasa mcm betapa value nya I ni kat market hahahhaa)

Sebab position tu mmg sumthing that I've been dreaming for all this while (Yeah by 30' I mmg berharap dapat dok kt level manager or at least asst.manager and that's it)

And the workplace is gonna take only 25 mins away from home

Company yg best, post yg I cita-citakan, and yg penting location mmg cantek (sbb I klu cari keja mesti nak location yg I dapat cepat2 sampai rumah jumpa anak2)

Well...... anggaplah itu semua mimpi saja... tak mungkin I nak attend the interview next week! Hahahaha... ingat ni Kangaq-KL ka???

Oklah, redha saja, semua rezeki kan daripada Allah Ar-Razzaq? Pasti akan ada yg lebih baik for me & family nanti. Insya Allah.....

sekian.sekian.sekian... jom baking cake sbb itu je lah keja I buat masa ni :D

Monday, November 28, 2011

BACK TO THE FAR AWAY LAND....

Bagaikan pari-pari
Daku kembali lagi ke sini
Menemani sang suami
Mencari rezeki....


Eeewaahhhh ngengada!!!

Oklah just nk bgtau I dh ada kat sini. Next time cerita panjang ok. Ada 2 bijik beg besar tu nk unpack phewwww~~~

Tuesday, November 1, 2011