Wednesday, November 30, 2011

PLEASE

actually byk kali jgk fikir nk tulis entri ni.

niat I cuma satu : nk luahkan perasaan n merekod cerita sendiri.

tp takut pulak klu ada yg terasa hati bila baca. harap2 jgn lah terasa ya.sbb ni mmg cerita koleksi peribadi saja.

maklum saja lah I kt rumah ni mmg keseorangan.x ada teman utk bergebang.blog ni sajalah yg mendengar segala cerita.

oklah mula kisahnya mcm ni....

semalam entah mcmana I mimpi I kawen! hahahaha.... tp still kawen dgn encik Amet la bkn org lain! syok gila perasaan masa tu... rasa bahagia betul2 mcm pengantin baru hahaha... pakai baju kaler pink.siap bersanding naik moto. over!!!

pastu konon2 encik suami "baru" I buat suprise. bangun pagi dia suruh ambik air dlm peti ais. rupa2nya dia buat suprise letak hadiah handbag kulit yg sekian lama I idam2kan dlm peti ais tu. gile best terloncat2 la I ni kan. (ini mimpi ya)

psstu boleh tak pagi ni bangun tido jek I terus gi bukak peti ais (ini real). dgn hrpan ada suprise.pd hal bkn xtau celah mana dia nk gi beli hadiah setelah seharian membanting tulang.

okay.... walaupun tau itu mimpi, I still nk rasa frust.pastu mcm sedih.

I tau I mmg x pernah harapkan ada suprise. x pernah pun nk impikan berlaku fairy tale mcm tu.

tapi actually segala perasaan n mimpi ni maybe berpunca selepas i chating dgn seorang friend (yg dh diblock dgn serta merta sbb tidak membawa faedah n lebih byk menghasut) kt fb semalam.

A : wahhh ko mesti best kan.laki keja kt arab kaya raya la..
mesti asyik shopping je keje ko kan.
borong handbag la kt sana ek.
aku tgok kwn2 aku yg kt sana asyik beli LV, Coach, Gucci semua.
paling koman pun Guess tu pun xtau brpa puluh biji dah.
ko mesti dh byk koleksi bag mahal2 ni kan.

me : x laa... aku x beli pun..

A : ciss tipu la tak kan la takde laki ko pernah buat hadiah besday ke apa sebiji dua kt ko. paling koman Coach mesti ada ni.

me : ada la tp aku beli Coach kt pdg besar RM30.

A : eh ko jgn tipu la.ada kwn aku tu laki dia asal new year ke besday ke annivrrsary ke mesti bg hadiah handbag mahal kt bini dia.

me : xpa la tu laki dia.family dia lain aku lain.kami byk komitmen lg.

A : ko ni x pndai bodek laki la... klu aku mesti mcm2 dh aku mintak klu laki aku kaya mcm tu

me : OFFLINE!

kawanku, aku x sama mcm kamu.kamu nampaknya mcm tak bersyukur siapa suamimu?

tahukah kamu betapa ramai org yg lebih byk ketawa n senyum di wajahnya (berbanding kamu) walaupun mereka hanya memakai kasut plastik yg dibeli di pasar malam? betapa ramai lg org yg hatinya lebih bahagia dgn hanya menggalas handbag tak berjenama?

kawanku, tak usahlah cuba menghasut aku. sedangkan Amet sendiri masih x berjaya menghasut aku membeli beg2 original. sbb jawapanku akan tetap sama "beg2 tiruan yg beli kt padang besaq ni dh bertahun pakai, dh heret merata negara takdak masalah pun?"


tiba2 teringat kisah seorang sahabat I yg bukan kepalang derita kisahnya. sedangkan dia mampu bersabar tak dibelikan pakaian, malah termasuk pakaian dalam dan keperluan wanita (yg wajib spt. tuala wanita dsb) selama beberapa tahun oleh suaminya.

apakah I perlu bersedih hanya kerana tiada suprise handbag Coach mahupun kasut Clarks utk I?

sedangkan pakaian I sudah membuak2 tidak terpakai (walaupun baju2 tak berjenama tp masih byk utk dipakai berbanding sahabat itu)

wahai Allah... matikan keinginan dan n nafsuku yg melampau ke atas harta benda dunia. dan jauhkan hatiku drpd bersedih dgnnya..berikan daku kecukupan dgn benda2 yg sederhana...

kisah sahabat itu akan I jadikan panduan hidup agar tidak terlalu membazir.sesungguhnya terlalu ramai lagi manusia yg memerlukan di luar sana....terima kasih sahabat yg berkongsi cerita, i owe u a lot (u know who u are)

**I bkn nk boikot sapa2 yg pakai brg2 branded ni.cuma I x berapa best bila ada yg jenis suka menghasut. klu nk pakai, pakai lah x pyh nk paksa I ok? klear?

** lagi satu, I bukan nk pertikai suami I x buat suprise dgn benda2 tu semua. dh byk n mcm2 yg dia bagi (xkan semua nk tayang kt orang kan). I rasa cukup dgn apa yg ada. ko x payah over nk ajar I bodek laki sendiri. hanya I yg kenal sapa dia.
Published with Blogger-droid v1.7.4