Monday, January 30, 2012

EXHAUSTED

Rasa mcm lama tak update blog. Kesian dia, mcm terabai sikit akhir2 ni. Sebab tuannya is physically n mentally exhausted.

Nak kata tensen tu ada jugak la... walaupun berusaha sedaya upaya to stay calm, tapi mmg tetap rasa tekanan, stress etc. Salah satu sebabnya ialah apabila di saat genting ini, kami sedang menunggu kata putus, a.k.a approval on Amet's resignation. Dah masuk 2 minggu dia send resignation notice, but still to no response. Gila!!! Orang nak berenti pun susah! Nak keja lagi susah! Walaupun Amet cuba buat hal (e.g : ponteng, masuk lewat) tapi still tak buang keja jugak! Cehhhhh... memang kalau dia taknak approve resignation cara elok, kena dismiss pun kami dah tak kisah! Asalkan dia bagi pasport and kami boleh terbang balik ke negara tercinta. *Mode : SANGAT serius*

Dengan boss nya yg semakin hari semakin mengikut emosi, emotional tak tentu pasal mengalahkan pompuan PMS, takmau bercakap, malah langsung takmau bertentang mata mahupun menatap wajah..... phewwww.... I cuma mampu berdoa semoga Amet diberikan KEKUATAN & KESABARAN untuk menahan diri daripada menumbuk orang! (Well, at least sampai setel dapat visa n pasport. Lepas tu nak tumbuk, tumbuklah!!!!)

Hmmmm.... bab packing pula, semalam kami dah start isi barang2 yg dah tak digunakan. So far ada 3 kotak courier yg dah penuh diisi. Yang paling byk rasanya ialah : toys!!!
Barang2 rumah pula dah start dilelong. Alamdulillah, ramai jugak kawan2 yg menyokong jualan kami. Kebanyakannya dah di booking, dan dalam 2 minggu lagi mereka akan datang collect barang tersebut.

Kalau nak diikutkan tensen, lagi bertambah tensen bila fikirkan sewa rumah kami yg masih ada 6 bulan dan tuan rumah tidak bersedia untuk memulangkan duit sewa itu. (Memandangkan di sini perjanjian sewa nya ialah dgn membayar sewa setahun, kami mmg faham. Tapi takkanlah sampai langsung tak ada budi bicara....) Ini pun kerja gila jugak! Kami cuba iklankan kalau ada kawan2 yg mahu menyambung sewaan rumah ni. Tapi nampak gayanya macam tiada respond. So kami cuba letak sebelah perkara ini. Biarlah masa yg menentukannya....

Apa yg penting sekarang ni ialah Amet sedang berusaha untuk melepaskan diri dari ikatan company. Dan seterusnya mendapatkan pasport dan visa. Setelah itu, barulah boleh rasa lega sikit.

Andai kata boss nya yg meroyan itu tidak dapat meluluskan dgn cara elok, maka terpaksalah kami membuka Taktik Mengelirukan Musuh Jurus Ke-8. Hmmm... mungkin selama ini dia tidak tahu yg kami berdua ialah watak sebenar di sebalik movie Mr. & Mrs. Smith yg popular & licik itu.....