Alkisahnya minggu lepas macam2 plan ada. Sekejap nk ke Riyadh, sekejap nak ke sana sini, last2 minute, mengambil keputusan untuk melawat bandar Nairiyah yg terkenal dgn Pasar Badwi nya itu...
Perjalanan dimulakan setelah sedikit research dibuat daripada kengkawan yg telah ke sana, dan ditambah pula sokongan dr Mr. Google.
Namun begitu, berlaku sedikit kekeliruan dalam perjalanan tersebut. Walaupun co-pilot telah menyatakan dari awal perjalanan bahawa jalan untuk ke Nairiyah ini adalah melalui jalan Royal Commision (R.C) dan menuju ke arah Kuwait (berdasarkan kajian awal dan pembacaan detail yg telah dibuat olehnya), tetapi si Pilot tetap dgn angkuhnya menyatakan bahawa jalan melalui R.C tu tidak boleh dilalui oleh sebarangan orang. Maka dia memilih untuk bergerak ke Dammam.
Jarak di dalam GPS menunjukkan kedudukan Nairiyah menjadi semakin jauh dan menjauh apabila kereta bergerak ke jalan yg dipilih oleh si pilot. Co- pilot haya mendiamkan diri sambil di dalam hatinya berkata "You arrogant, you'll soon get the taste of your own medicine!"
Semakin lama, jarak di dalam GPS yg tadinya menunjukkan 120km, sekarang sudah bertambah menjadi 135km. Bermakna jalan itu totally wrong dan semakin menjauhi destinasi.
Co-Pilot akhirnya menunjukkan GPS yg asyik mengarahkan membuat U-turn. Akhirnya si pilot bersetuju menuruti arahan GPS dan co-pilot memandangkan tiada langsung kelihatan signboard ke Kuwait di jalan tersebut. Yessssss!!!!!!
Dipendekkan cerita, sampailah kami ke destinasi, berbekalkan kecekalan ala-ala Lonely Planet disertai 2 kali panggilan telefon kepada Kak Nik. Tempat utama yg dicari ialah Centre Market a.k.a Pasar Badwi.
GPS : N 27 27 58.0 E48 28 51.8
Mesti kena jumpa keywords : Kuwait, Khafji, Nuayriyah / Nairiyah ni.
Zuzu & Yaya @ the Colourful market... full with Arab carpets & wall decos....
Kebanyakanya ialah barang2 utk unta. Ini ialah tongkat/rotan utk memukul/menjinakkan unta.
Kulit kambing untuk menyimpan susu (sampai masam / bertukar jadi cheese) atau menyimpan manisan.
Biskut dari susu masam kambing. Rasa sdikit masam tetapi lemak.
Contoh penggunaan kulit kambing yg berisi manisan "jem" kurma.
Kenangan di depan pintu masuk pasar.
Mercu tanda bandar Nairiyah - Kulit kambing.
Singgah makan bekal yg dibawa khas dari Jubail.... konon2 nak piknik kt desert hari tu, tapi tak sempat sebab dah lewat. Lunch at Maghrib time!
Kebetulan on the way tu, ada expo so drop by sekejap untuk bagi kakak n ayah naik unta (sepanjang jalan tu banyak gile nampak unta so dia asyik ask to ride unta).
Insya Allah, kalau ada masa dan kelapangan lepas ni nak visit ladang unta sebab hari tu tak sempat nak singgah.