Friday, May 18, 2012

BILA NAK PI HOSPITAL NI?

Semalam I rasa contraction yg macam agak kuat. Lebih kuat la jugak daripada setiap hari-hari sebelum ni. Keras gilerlah perut sampai rasa sakit hingga ke hujung2 pangkal sana. (Tapi actually mcm confuse jugak antara "contraction" dgn "baby movement" hehehehe.... masih tak terer2 lagi....) Dan banyak kali pulak mengeras tu. Sampaikan masa nak drive gi ambik kakak pun rasa sakit giler nak keluar-masuk dalam kereta.

Pastu ada jugak rasa perut bergegar-gegar. Gulpppp! And kepala pun pening2....

Kebetulan Amet ke Cyberjaya masa tu. So I SMS dia if dia dh setel keja, terus balik lah untuk stand by. Takut pulak kot2 dia dok melepak kat Cyber, nanti take time pulak nk rempuh traffic jam segala.

Tak lama pastu, Amet SMS : Ok, abg dh sampai kt Esso Sg.Buloh. Siap2 satgi kita pi hospital.

Hehehehehehe..... sengih jek I baca SMS tu. I bukan nak ajak dia gi hospital pun. Just nak dia stand by kt rumah jek in case of emergency... :)

Kesian jugak kt dia. Everytime nak bersalin mesti dia yg terlebih eksaited nak jadik ambulans :D

Hmmm actually mmg rasa sakit tu ada. Sakit mmg sakit. Tapi this time I rasa mcm nak cuba bertahan sampai betul-betul-betul sakit, sampai rasa mcm betul-betul-betul baby nak terkeluar. Kira mcm agak-agak dilation dah sampai 8cm ker...... or rasa kepala baby almost crowning ker... baru nak gerak gi hospital hehehe...boleh gitu?

Bila Amet sampai, masuk dalam rumah tengok I tak siap pun lagi. Dia pun tanya "Eh sakit dak ni? Bila nak pi hospital ni?"

Actually I sendiri pun tak tahu bila masa yg sesuai nak hospital. Selalu kalau dengar kisah orang lain, orang pi hospital bila ada show - macam pecah air ketuban ke, or bila sakit contraction terlalu kerap dan sangat sakit. Tapi I ni dah 2 kali bersalin, tak pernah pun pi hospital aas sebab2 tersebut.

Masa Zuzu, I pi hospital sebab BP naik tinggi sikit, and kebetulan masa tu mmg dah 39 weeks+. And itupun kebetulan hari tersebut I gi checkup kt klinik kesihatan and doc refer I ke hospital sbb BP tinggi. So balik rumah rilek2 je dulu sbb tak rasa apa pun. Tak sangka bila sampai hospital jalan pun dah bukak 4cm, so terus siap utk bersalin. Takde pun sakit2 dalam kereta, or any show. Bila doc dh pecahkan water bag, baru start rasa sakit nak bersalin.

Masa Yaya, I gi hospital sbb bangun pagi nak siap gi keja tetiba blood show came in big gush. Tapi pun takde rasa sakit. Sikit pun takde rasa apa2 cuma darah je melimpah ruah. Even hari or malam sebelum tu pun mmg takde rasa feeling nak terberanak ke apa. Mmg tak prepare nak gi hospital pun lagi sbb due pun lambat lagi. Bila sampai hospital, doc check, jalan dh bukak 4cm. So same case, after doc pecahkan water bag baru start rasa sakit and bersalin.

So sebenarnya I tak pernah ada pengalaman "rasa sakit contraction" yg sebenar masa kat rumah. So macam taktau bila nak gi hospital??? (Kalau tengok drama TV, best jek kan. Rasa sakit, pastu air ketuban pecah, pastu kalut2 gi hospital... hehehhe)

Rasanya kalau nak tunggu air ketuban pecah, mmg tak kot sbb dah 2 kali beranak tak pernah pun air pecah sendiri. Semua kena cocok dgn doctor. Amet cakap perut I ni terlebih tebai, sampai air ketuban pun takleh pecah huhuhu....

Hmmm... so apa lagi simptom2 lain yg boleh membawa I ke hospital???

** Setakat sakit sikit2 ala-ala period pain mcm hari tu I taknak pegi menyerah diri dah la.... buang masa jek kot...

39 WEEKS & COUNTING

Ye, saya masih BELUM BERANAK ye kawan-kawan.

STATEMENT
OK. Mula-mula sekali I nak announce sekali lagi. My expected date of delivery (EDD) a.k.a due date DIJANGKAKAN seperti berikut :

REVISED EDD by SCAN : 23 MAY 2012.
 EDD dari KIRAAN LMP (last menstrual period) : 29 MAY 2012.

So mmg belum lah sampai tarikhnya. Memang masih banyak hari lagi. 

__________________________________________________________________________________________________________

Sorry but no offense to yg bertanya-tanya, saya dah jawap soalan anda semua kat atas tu ye. Maaflah tapi kadang2 bila terlalu banyak soalan yg sama berulang2 kali boleh buat kita stress betul tak???? Tambahan pulak kadang2 soklan tu daripada mereka yg dah berpengalaman bersalin berkali2 tapi still jugak dok tanya "kenpa tak bersalin lagi? Kenapa tak jadi bersalin hari tu?" Oooohhhhhhhhhh..... biasalah. Masa I kat wad hari tu, ada patient2 lain yg dah 4-5 kali masuk wad pun still tak bersalin jugak. Macam2 kes la kan... apa tak pernah jumpa ke??? Tapi kepada yg belum pernah ada pengalaman bersalin, atau tak pernah masuk wad bersalin, saya masih boleh maafkan :)


Huhuhu.... ok, back to the track. This time pregnancy, memang I sendiri pun rasakan macam journey nya terlalu panjang dan laaaamaaa sangat..

Maybe sebab jadik surirumah kot. So banyak sangat masa menunggu n menanti. Kalau dulu2 pergi keja, balik keja, tak terasa sangat lah masa berlalu. (And maybe jugak sbb org asyik bertanya lagi n lagi n lagi..... stressssss....)

Teringat masa pregnantkan si Zuzu. Asyik berdoa supaya lambat beranak. Sebab masa tu baru je start keje company baru, so still dalam probation period lagi. Takut la klu beranak awal kang x dapat maternity leave. Tapi Alhamdulillah ditakdirkan boss I masa tu mat saleh orang German, so dia mcm cincai je lah setakat tak cukup probation 2-3 hari tu... dah la dapat maternity leave, dapat pulak saguhati wang besar! Alhamdulillah rezeki Zuzu. And Zuzu was born 3 hari awal sebelum due date (EDD : 1/7/2007, DOB : 28/6/2007)

Then masa si Yaya pulak keja mmg busy sbb masa ni keja kt production plant. Tapi masa Yaya ni I selalu doa supaya cepat beranak. Sebab masa ni tahap kesihatan tak menentu. Dari awal pregnant sampai dah cukup bulan asyik la muntah pening demam dan macam2 lagi. Sampai MC pun dh habis untuk tahun tu huhuhu... Tapi disebabkan keja yg banyak dan tak pernah habis, tak lah terasa sangat menghitung hari2 yg berlalu. Tak sempat nak mengeluh panjang, tetiba jek dah terbersalin hehe...
Oh, by the way Yaya memang dilahirkan sangat awal, iaitu 16 hari dari due date dia (EDD : 28/11/2008, DOB : 12/11/2008).

So far dua-dua kakak lahir awal sikit dari EDD. So now, kita tunggu tengok si adik baby ni pulak. Tapi ibu harap sangat adik baby jgn lah overdue sangat ye (grace period diberi ialah 10 days from EDD). Ibu taknak kena induce or c-sec ye, nauzubillah.... Harap2 adik baby keluar normal dan dipermudahkan mcm kakak Zuzu & Yaya ye...


Yaya : Baby cepat la keluar... kita main mainan... mandi dgn adik... (*adik ialah refer to herself)

Thursday, May 17, 2012

SAKIT SITU SANA SINI

Dah banyak hari I menghilangkan diri ek. Actually mmg berhajat sangat nak cerita kat sini. Tapi disebabkan halangan oleh tahap kesihatan yg amat low, maka dok tengok je lah laptop nih dari jauh.

Sumpahlah dugaan kesakitan kali nih memang hazzabbbbbbb yang amat!!!!! Haaiii lah sssaaakiitttttttt sampai tak terucap dgn tulisan nih haa!!!

Ehhhhh... NO NO NO bukan sakit nak bersalin pun!!!

Tapi SAKIT TELINGA!!!!

Haaaa... boleh ke tengah dekat2 due nih, tengah elok2 dok kira hari dok try2 rasa sakit contraction, tetiba yg menyerang ialah sakit telinga lah pulakkkk!!!!!

Memula masa weekend lepas tu dah rasa ada mcm jerawat nak tumbuh kt tepi telinga tu. Ada la rasa sakit sikit2, biasa2 je lah. Pastu hari Isnin mula rasa berdenyut2. Dok tekan2 dh rasa mcm bengkak sikit. Tapi ingatkan lepas dia keluar "mata" jerawat tu biasanya akan hilanglah sakit dia kan.

Pastu hari selasa tu tengok telinga makin bengkak. Makin sakit makin berdenyut. Dok cerita kat Amet tapi dia bawak lawak jek sebab dia selalu jek jadi jerawat kt telinga. Cehhhh....

Selasa tengah hari dh start makan panadol sbb tak tahan sangat. Pastu gi farmasi mintak beli painkiller. Farmasist tu cakap takleh sbb I pregnant (and 3rd trimester somemore). So dia pun ckp klu sakit sgt just continue dgn panadol je lah sbb itu jek yg safe for pregnant woman. Huhuhu.....

So petang lepas ambik kakak sekolah, gi PMC. Memula jumpa GP jek sbb cakap sakit telinga. Tapi bila dia tengok rekod I dah 38 weeks++. So dia pun tak berani nak bagi ubat takut if affect baby or placenta. So nurse tukar I gi bilik O&G specialist. Memula doc ni pun ingat I datang sbb sakit nak bersalin ke hapa... "."

Then tunjuk dia telinga I yg merah bengkak tu. Bila doc pegang fuuhhhhhh seriusly lah rasa nak tikam jek doc tu!! Hahhaha.... sakiittttt!!!!!! Then doc ni pun cakap same thing, painkiller takleh bagi sbb dh dekat sgt nak bersalin... huhuhuhu.... sedih noo time ni. Rasa nak nangis rayu2 kat doc.

Tapi kendian rasa lega sikit bila dia cakap "Takpe... saya bagi antibiotik ni... awak bboleh makan... insya Allah antibiotik ni akan buat bengkak tu surut sikit dan sakit awak tu akan semakin berkurang. Buat masa ni kalau awak rasa terlalu sakit, boleh makan panadol utk tahan sikit..." (Maybe lepas dia tegok muka I mcm nak pecah tahan sakit)

Malam tu, tahap kesakitan menyerang pada tahap paling maksimum. Sakit jek, makan panadol. Yang geramnya, elok jek cukup 4 jam, kesan panadol pun hilang. So sakit menyerang lagi. Tak kira tengah tido ke tgh hapa, mmg sakit yg terhamat sangat!!! Mmg takleh buat apa asyik mengadoi n menanges jek! Hazzzabb nya haaiiiii........... rasa mcm nak meraung bagi satu taman dengar! (takde pekdahnye pun klu buat).

Asyik la mengadu kt Amet "Sakit abg... sakitttt...". Hahaha rasanya time kt labour room dulu2 pun takdeklah I mengerang sampai cenggini. Dah si Amet pun melayan la bini dia yg lorat sgt nih. Siap garu2 belakang I nak bg I tido hahhaha (bukan senang nk suruh dia menggaru!)

Entahlah malam tu tido ke tak tido I pun dh tak hingat. Yang tau asyik ulang alik turun bawah gi dapur cari ubat. Kejap gi bilik sana, kejap gi bilik sini. Last2 terjaga time alarm Subuh bunyi, tengok2 I terlena sambil tersandar jek kt katil. Huhuhu..... sadisssss.....

So setakat n still continue dgn antibiotik tu jek lah. Tapi bengkak tu takdeklah surut mana sangat lagi (baru makan ubat 4 bijik dh sibuk nak baik).


**** Semlam berlaku satu lagi insiden. Boleh pulak tengah elok2 jalan nak gi ambik henfon atas meja, tetiba kakiku yg gemoks ni tersepak kerusi sampai pecah berdarah jari kaki tu. Aaaaaddddoooiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...................... lagi!!!!!!!

Semoga Allah berikan I kekuatan untuk menghadapi semua kesakitan ini. Tak lama lagi insya Allah nak mula rasa sakit bersalin pulak.... (seramnya....)

Saturday, May 12, 2012

A MOTHER'S DAY FROM MY SWEETY

Tak sangka. Kakak buat suprise untuk ibu.

Tadi ibu fetch kakak from school. Dalam kereta ibu tanya if dia ada homework or not. Dia cakap takde, tapi ada suprise. Ceewaaahhhh....

Sampai jek umah, terus kakak keluarkan kad ni untuk ibu....

 Sambil cakap "Taa daa.... suprise untuk ibu..!!!"


Ibu pun apa lagi.... terus nangesss!!!!! 

Hahahaha..... then kakak mcm tergamam. Dia tanya "Eh??? ibu sedih ke kakak bagi kad kt ibu?"

Hahahhahaha..... terus ibu peluk dia, cium dia. Hmmmm... dah besar la anak sulung ibu. Kadang2 mcm tak percaya kakak dah 5 tahun.... how time flies....

I love u too kakak!!! (and adik too of course -> takut besar2 esok dia baca blog nih, ibu x ckp ibu syg dia pulak...hahhaha)

Friday, May 11, 2012

ZUZU SI KURUS KEDING

Salah satu isu bagi kaum ibu-ibu ni ialah apabila anak kurang selera makan / kurus / picky eater.

Dalam kes ibu Zuzu nih, agak berlainan sikit. Sebab si Zuzu ni hakikatnya sangat suka makan dan memang makan dgn banyak yg amat. Sekali hadap nasik kalau kena lauk feveret dia, sampai 3 kali bertambah! Lebih pun ada!

Tapi masalahnya..... fizikal badan si Zuzu nampak amatlah kurus keding, kering mcm Osman Kering. Inilah yg agak membimbangkan. Nampak x confidet jek bila dia jalan mcm nak tumbang kena tiup angin. Aduh laa kakak..... kesian kadang2 tengok dia. Tapi bukanlah dia tak larat or tak bertenaga ke hapa. Dia ok jek. Cuma bila kadang2 ibu ternampak tulang temulang kt badan dia tu yg rasa kasihan yg amat kat anak ibu nih.


Macam2 cara dah cuba. Bagi makan multivitamin. Bagi ubat cacing. Bagi minum susu tambahan. Still jugak dia mcm tu. Selim melim. Ada kemungkinan dia punya metabolisma tinggi. Tapi mcm tak best la pulak slim sgt time budak2 nih. Kalau dh remaja esok slim takpe.

Si Zuzu ni kejanya mmg order makanan jek kalau kt rumah. Sekejap nak pancake, satgi nak roti butter gula, satgi nak roti telur, satgi nasik goreng kicap. Memang ibu yg malas pun terpaksa jadik rajinlah masak utk dia huhuuhu... Cuma bab sayur-sayuran tu tak dapatlah nak tolong. Memang gabra mcm ayah dia kalau nampak sayur! Hmmmmm..... apa nak diakata kan, like father like daughter laa..... Gggrrrr!!!!!!!!! 


Berbeza dgn si adik ni pulak, habis sayur2 dalam fridge ibu dia kutip buat snek! Haaaa............ ni baru like mother like daughter :D

Apa-apa pun, ibu sentiasa mendoakan semua anak-anak ibu sentiasa dalam keadaan sihat n membesar dgn baik. Rasanya takpalah kot dia kurus sikt. Nak buat cemana, maybe ikut keturunan ibu n ayah yg dah mmg selim bab model SlimWorld ni kot kan..... Tapi tengoklah jugak, kalau kurus sampai asyik tumbang, jatuh n tak bleh berjalan tu haruslah ambik emergency action kan...

Okeh sekian. Anak-anak mari kita makan!!!

p/s : ibu masih memasak dgn gigihnya sehingga hari ini. Semalam buat laksam lagi okehhh....tapi masakan khas untuk kanak-kanak sahaja. kalau aunty2 n uncle nk datang rumah, I masak kt kedai je....hahhahaa

Tuesday, May 8, 2012

BERATNYA....

Since I masuk wad dan keluar wad hari tu, perut I ni asyk rasa sakit je memanjang. Dah seminggu lah klu dikira dari discharge minggu lepas.

Sakit perut yg I alami ni ada 2 jenis. Satu, sakit macam period pain tu. Ye, sakit ni lah yg buat I terlantar kt wad hari tu. Sakit + senak yg mmg dirasakan sepanjang masa. Heran sebab contraction dh hilang / berkurang tapi sakit perut ni tak hilang2 jugak. Urine test hari tu semua ok, takde la pulak kena UTI ke apa. Mmg sangat tak selesa lah bila senak mcm ni. Nak berjalan, nak buat apa pun semua rasa sakit. Dah la sampai seminggu dah dok menahan. Kalau time period biasa lah sehari dua je pastu hilang. Tapi yg ni sampai sekarang dok berdenyut2 jek kt bawah tu :(

Kedua, sakit perut diarhea a.k.a cirit birit. Ini pun since keluar wad tu, sampai rumah jek terus start dan continue sampai hari ni jugak. Asyik nk membuang jek keja. Kira toilet tu mcm nak hangkut lah gi mana2. Kalau makan, mesti tak lama lepas tu habis setel. Ni pun heran jugak. Orang selalu cakap kalau rasa nak berak tu dah tanda nak bersalin. Hmmmm...... ni dah seminggu yakyak takde pulak rasa nak bersalin. Asyik senak, sakit perut, nak membuang.

Kadang2 rasa fedup dan bosan menahan kesakitan n ketidakselesaan mcm ni. Tapi fikir adalah hikmah disebalik semua ni. Ye lah I tau, lately nih I banyak kot buat dosa. Yang sengaja, yg tak sengaja, yg sedar dan x sedar semua ada.... Kalau sebelum ni I senang sangat bersalin Zuzu & Yaya tanpa kesakitan yg terlampau, maybe kali ni Allah nak uji dan bagi I rasa mcmana org lain dok menahan kesakitan. Alhamdulillah. Semoga Allah ampunkan dosa2 I yg bertimbun, amin.....

Tapi tu lah sebagai manusia biasa dan insan yg lemah imannya, mmg selalu jek tak sabar. Asyik lah hari2 dok tertanya2 bilala baby nak keluar ni? Bilalah nak beranak ni? Bilalah nak habis penderitaan berat ni? Bilalah nak kempis perut besar ni. Huhuuhu.... sebenarnya, bila dah cukup lengkap sempurna ciptaan-Nya tu nanti keluar lah dia. Adalah sebabnya Allah tak kasi dia keluar lagi tu. Maybe dia tengah tegangkan kulitnya dan uat last touch-up supaya bila lahir nanti comel dan putih melepak hihihihi..... Tunggu lah masa akan tiba...

So sementara menanti & menungu baby keluar ni, ambiklah kesempatan sepenuhnya untuk berjalan2 sana sini (walaupun tercungap-cungap hahhaaha)...

 Piknik on 6/5/2012 (last weekend) with Pak Sheikh's family

 Zuzu with Aisyah makan jagung :)

 Dating berdua-duan tengok wayang on 5/5/2012 @ Cineleisure


Mandi ayaq terjun (ni before masuk wad Hosp. Selayang)

Adik & Kakak yg dah tak mampu nak melawan ibu mandi manda hahahhaha....

Jalan2 dgn anak2 tengok cerita Uncle Usin @ The Curve.

WAD VERSALIN HOSPITAL SG. BULOH (sambungan)

Okeh ni observation & experience yg I nak kongsi sepanjang berada di HSB hari tu....


Bacalah statement kat atas tu.... seram tak????? Hahahaha....lu pikir la sendiri ek....

KATIL DI WAD
Kisah takde kekosongan wad ni, mmg sadis sangat2. Masa I lepak2 kat bilik "rehat" dgn kawan2 baru a.k.a patient2 yg lain, mcm2 cerita/pengalaman yg I dengar sendiri dari mulut diorang. Antara yg masih I ingat ialah.....................

1. Kes : baby tak bergerak. Dah 2 malam datang dan DUDUK di PAC ni. Doc cakap nak induce bg beranak awal, tapi still xleh masuk ubat sbb takde tempat kat wad. So kena tunggu sini sampai ada tempat.

2. Kes : bleeding dan dah due. Pun dah masuk hari ke-2 DUDUK kat PAC ni. Mintak balik doc x kasi. Suruh tunggu untuk masuk wad tapi dah 2 malam "tidur" kat kerusi.

3. Kes : sakit kuat & kandungan kembar. Yang ni seriusly muka dia mmg kelat gila sbb sakit yg terlampau. Dia masuk awal 4 jam dari I. Sampailah ke pagi yg I nak lari tu baru nampak dia kena tolak masuk OT. Tu pun darah dah keluar sampai banjir. Malam tadi masa dia bagitau nurse dia turun darah, rilek jek nurse cakap "Takpe... awak duduk dulu ye...."

4. Ramai gila yg datang dan cek mmg dah ada bukaan 3-4cm pun tak dapat katil jugak. Semua dok menunggu bersidai kat kerusi. Ada yg mengadu sakit pinggang (me too!!!), ada yg sakit contraction dok beradoi-adoi kt situ, ada yg tarik nafas hembus nafas, ada yg jalan mundar mandir gelisah menahan air ketuban pecah. Semua ni duduk kt kerusi sebelah2 I je okeh!

5. Ada sorang kakak ni, muka rilek habis. Doc cek bukaan dia dah 6cm! Selamber nurse2 tu suruh dia gi jalan keluar, mintak baju baby kat husben dia. Padahal bukan x boleh panggil husben dia datang masuk hntar sbb ramai je yg buat mcm tu. Tak pun nurse2 yg dok buat lawak bodoh n bersembang kat kaunter boleh apa kalau nk tolong gi ambik. Tapi sebab kakak tu jenis diam n cool jek, dia pun berjalan jugak keluar. Huhuhu.....

6. Ada sorang ni pulak, dia accident. Mengandung la of course. Pun sama jugak sampai sama2 dgn I since malam tadi sampai pagi tu doc just scan and dgr heartbeat baby. Pastu xde cakap nak kasi ubat ke, nak suruh rehat ke, nak bagi balik ke. So dia dgn sakit2 bekas accident tu sabbaarrrrrrrr jugak DUDUK kt kerusi tu. Adoi laaa..... dapat bayangkan mcmana bisa2 badan dia. Dah la jatuh moto pulak tu!!!!


LABOUR ROOM

Part ni, mmg paling takleh blah. Telinga I asyik dengar nurse2 jerit "Labour room dah ada kosong ke???? Ada kes nak kena masuk niiii...!!!!"

"Kalau LR nombor 5 tu dah siap cepat bgtau aku! Ada kes ni!"

"Eh patient tadi tu LR mana? AKu tak sempat rekod la!"

Yang doctor2 plak mmg balik2 muka tu je lah yg berlari ke LR, yg berlari ke PAC, yg kena panggil ke OT. Ada la kot dlm 3 orang. So toksah harap la ko nak jumpa doctor semabng2 pasal penyakit ko kan. And paling takleh blah, ada sorang doc ni asyik cakap "Oh my god I forget this!" --->>> Dan dia asyik ulang perkataan "I forgot this" tu berpuluh2 kali membuatkan I sangat seram. How come a doc forgot almost all the time? And apa yg dia forgot? Gunting dlm perut orangkah? Salah bagi ubatkah? Tertukar babykah? OOOOOhhhhhhhhhhhhh................ seriusly I cant take this anymore.....

Itulah antara igauan ngeri yg masih terngiang2 dalam kepala I sampai hari ni.... Memanglah kami rakyat biasa ni takde duit, tak mampu nak bayar hospital swasta, so kami terpaksa ke hospital gomen yg murah. Tapi please lahhh...... we are still PESAKIT and we need treatment. Harap ada pihak yg mengambil perhatian. Sekian terima kasih.

Monday, May 7, 2012

WAD BERSALIN HOSPITAL SUNGAI BULOH

Ok cerita ni sebenarnya dah agak basi. Tapi I terpaksa tulis jugak untuk menjadi panduan dan pengalaman kepada semua. Dan mmg bertekad sepenuh hati nak kena publish by hari ni juga!

Pada 26 April 2012 yg lalu, I telah mengalami sindrom muntah2 tahap terlampau. Kepala pulak pening yg teramat sangat. Dan lama kelamanaan mula rasa nak pitam. Mula2 cuba sedaya upaya untuk brtahan. Tapi makin lama makin teruk. So takut if anything happen to me (pengsan), mcmana plak dgn anak2.

Disebabkan masa tu Amet balik kampunng, I pun terus buat emergency call kat Umie. Masa tu dh pukul 6 petang. NAsib baik Umie ada di rumah.

Lepas solat Maghrib, Umie terus bawak I gi Hospital Sg. Buloh (HSB). Memula Umie nak bawak I gi PMC je. Tapi I ingat kalau gi PMC nanti kena bayar. Kalau nasib x berapa baik, kena warded of course beratus2 jugak yg terbang.... even kalau just masuk drip je pun, beratus jugak la charge kt PMC. Memandangkan kami laki bini penganggur terhormat, maka I cuba sedaya upaya untuk savekan duit. So I just ajak Umie gi HSB sbb kalau drip pun free jek.

Lepas register, I dibawak masuk ke PAC (Patient Assessment Centre) - tempat untuk cek2 before nak decide apakah rawatan lanjutan untuk patient tu or if dia perlu masuk wad or not.

Dalam PAC ni ada beberapa bilik kecil (dgn katil sementara). Di bilik2 inilah patient diperiksa sama ada buat CTG, VE, or apa2 lagi yg perlu dicek lah.

I dibawak ke satu bilik dan disoal siasat oleh nurse pelatih dari kolej jururawat. Maklum sajalah bila dh namanya pelatih, letih lah kita nak tunggu dia buat keja. Slllowwwwwwwwwwnyeeeeeeeeeeeeee....................... Tapi dsebabkan I masih ada rasa simpati sbb nak bagi dia grad and dapat keja, so I layankan je. Dalam kepala yg pening nak pitam dan rasa nk muntah, plus melayan soalan dia yg dah mmg ada jawapan tertulis pada buku merah I tu, I menahan sabarrrrrrr......

Lepas soal siasat n CTG, nurse2 tu suruh I tungu kat kerusi depan semula. Katanya nanti tunggu doktor panggil. Oklah, dalam mabuk n loya I pun lepak la kt kerusi tu. Mmg ramai org kt situ. Kerusi pun hampir penuh.

Setelah lebih sejam menunggu I tengok macam takde harapan untuk dipanggil jumpa doktor. Sebab sama2 menunggu kt kerusi tu ialah banyak lagi kes yg nampak terlalu serius. Ye lah walaupun I dok ulang alik gi muntah kt toilet (serius jugak ni!), tapi diorang yg lain tu ada yg bleeeding, ada yg baby tak bergerak, ada yg dah bukak jalan. Tapi diorang pun belum dipanggil. Compare dgn kes I ni kira apalah sangat kan...

Daripada pukul 10 malam I tunggu sampailah pukul 2.00 pagi baru doktor panggil I untuk diperiksa. Sabar tak I ni menunggu???? Haaaaaa................. xtaulah nak cakap kan. Dah la menuggu kat kerusi jek. Jgn harap nk baring2 selagi ko tak jatuh pengsan kat situ!

Bila jumpa doktor I pun mintak la dia bagi I katil utk baring jap sbb rasa macam dah menggeletar satu badan. So dia pun bg bed utk I rest n dia buat checkup. Lepas cek BP, CTG (lagi n lagi!! bosan!!), doc pun tulis2 n tak explain satu habuk un kt I n blah. I nak panggil pun x sempat sbb dh dengar nurse dok jerit " Doc, datang kt labour room 7 sekarang!"

OK FINE!!!!

Elok jek I baru nak lelap mata sekjap, dlm pukul 7 pagi, I dikejutkan utk bangun dan menunggu semula di kerusi depan sbb katil tu nak letak orang lain pulak! Oh, sangat gila!!!!

And doctor yg malam tadi tu (nmpak gaya mcm HO) pun mcm segan2 and cakap "Puan pegi la breakfast dulu, kita ada sedia makanan kt bilik rehat".

OKlah disebabkan perut dah lama kossong I pun gi la nak makan kononnya. Sampai kt bilik rehat tu, dah ramai patient lain yg menyerbu makanan mcm pusat pelarian. Habis dah mkanan bersepah2. Isk isk isk.... gila nak menangis dah time nih. Apalah nasib aku jadi pelarian berebut makanan kt hospital mcm ni???? Sedih ooooo.....

So gi la duduk je kt kerusi tu. Dah lepaas 2 jam tunggu, stll xde apa2 action. I pun gi la cakap kt nurse tu "Kalau xde apa2 boleh tak saya balik sekarang? Ke nak kena warded ke macamana?"

Jawapan standard dia "Puan tunggu sekejap ye... nanti doctor review lagi sekali baru tau boleh keluar ke tak..."

Ciiiiissssssssssssssssssssssssssssss!!!!!!!!!!!!!!!!! SEKEJAP tu berapa punya SEKEJAP OIIIIIIII?????????????? Dah semalaman aku kt sini hape pun tak buat?

Tepat jam 11 pagi Amet sampai hospital (dia naik bas dari kampung malam tadi). I cakap kat dia I nak lari balik. Amet konon2 mcm nk tunjuk berhemah, so dia gi cakap kt kerani tu utk mintak I discharge. Kerani tu cakap "Ok, nanti saya bagitau kt dalam."

I pun ikut la dia gi jumpa nurse tu. Tau tak dia cakap apa "Awak kena tunggu doc review lagi sekali petang ni baru tau awak boleh balik ke tak."

I pun dah mula hangin I cakap "Nurse, saya ni drpd sakit malam tadi sampai sekarang dah habis muntah berbakul2, dan hilang pening semua.... sekarang dh mula sakit semula sebab asyik duduk menunggu kat kersui ni je....pinggang yg x sakit pun dh jadi sakit ni! "

I keluar and cakap kt Amet, I tak kira I nak lari jugak. Diorang ni tipu je. cakap nk cek la apa la tapi xde pun. Silap2 sampai pagi esok pun I still dok bersidai kt atas kerusi ni lagi. Kalau dh x serius kes I ni kasi discharge je lah apahal ko nak simpan aku kt dalam ni tapi x buat apa2?

So I masuk semula ke dalam and tengok nurse incharge tadi xde kt kaunter. Cantekkk....line clear!!! Sepantas kilat I pun curi buku merah yg dah lama I aim kt situ and terus lari keluar. Amet ambik kereta and kami pun blah meninggalkan kenangan gila di HSB...

(nanti I sambung sikit lagi dgn beberapa kesimpulan & pemerhatian yg I buat sepanjang 18 jam berada di situ untuk dijadikan buah fikiran pada semua...)

Tuesday, May 1, 2012

LIVE FROM WAD 5C HOSPITAL SELAYANG

Ok.pada 30/4/2012 jam 4.30 ptg I mula rasa sakit ala-ala senggugut. mula2 mild pastu dlm pkul 5 makin sakit.

I tried my best to just ignore it.masa tu Amet takde kt rumah. so after ambik kakak sekolah, I rest kejap depan tv sambil adik kakak tgok Disney channel.

Then kakak ajak I temankan dia buat homework. Oh dia mmg klu ada homework mesti nk buat immediately (ikut perangai ibu yg rajin zaman sekolah dulu la ni hehe)

Then dh siap homework, diorang ajak main basikal kt halaman rumah. masa ni rasa sakit perut makin kuat.so sambil2 tgok anak2 main kt luar, I lipat kain baju yg angkat dr ampaian tghari td. sebab dlm kepala mcm dh cuak klu2 kena gi spital, xnak la kain baju bersepah dlm rumah. mesti rimas n tensen klu blk dr spital nanti nmpak kain2 tu lg kan.so dlm masa perut sakit gila tu terpaksa tunduk2 n tekan2 plak perut tu sbb nk lipat kain...adoi!

dh siap bab kain, I kemas skt2 kt dapur plak.angkat sampah semua gi buang kt luar.then temankan anak2 kt atas buai sambil depa bersukaria sembur air paip dan berus lantai halaman tu.lantak la janji bahagia...ibu mmg dh x kuase nk ckp time tu.dok atas buai sambil sapu2 perut sgn harapan kurang la sakit tu.

then dh dkt maghrib ajak le bebudak ni masuk umah.disebabkan kesakitan makin bertmbah maka trpksa jugakla buat emergency call kt Amet yg masa tu berada nun di tengah2 KL.sbb dh agak dh sementara dia nk smpai umah sure ambik masa sejam lebih klu time2 peak hour mcm tu...(no matter drive mivec ka ferrari sekalipun hahaha --- sempat lg mngutuk noo..)

ok bila dia blk dh dkt pkui 9.perut sgt lapar ajak dia gi makan dulu.before that call Angah (mak sedara belah Amet) yg merupakan sister kt wad bersalin hosp. Klang.mtk opinon dia if I shuld go to hosptal or not.sbb mmg dh malas gila lah nk tnggu2 turn mcm kes hosp.Sg Buloh hari tu kan ( oh belum update lg cerita,tnggu ye ).

so Angah ajar cara timing contrction.tp mmg time tu contrction mild ja,tapi yg masalahnya sakit senak mcm period pain tu yg mengganggu keselesaan beta.sakit pinggang plus sakit n senak kt bawah tu amatlah x terkata....phew....

ok sbb malam before that nk mkn grill x dpt sbb kedai tutup.maka mlm ni nk penuhi hajat la.so ke kedai Kampung Grill kt Kuang menikmati chicken chop gitu...selera lagi mkn kemain wlapun senak memulas2 hahaha..

pastu lepas mkn ke Komuter Sg Buloh plak ambok ayahchik yg baru smpai dr KK.

then blk rumah I terus rest je kt bilik.pusing sana sini kesakitan tu maintain je.sakit gitu jgk x hilang2 pun. tqpi bila timing contraction still mild dlm 15 minit sekali je so mcm malas layan la nk gi spital bagai.

then pkui 2 pagi Amet ajak gi minum.mula2 dia nk gi sorg sbb ayahchik dh tido.tp tetiba I rasa mm best gak mkn roti planta n milo ais so ikut la dia gi mamak.kakak timw tu dh tido tp adik still awake so bwk la dia sekali.

elok je hbs licin roti n air, tetiba rasa serangan kesakitan yg amat kuat sgt.so I pun ckp kt Amet I rasa sakit. maybe bleh gi spital la kot.

tapi actually time tgh sakit gila berdenyut2 tu still dok berdiscuss lg nk p spital mana.Sg Buloh mmg totally reject dah. so finally decide nk ke hosptal feveret kami lah iaitu hosptal Selayang di mana kedua2 adik n kakak telah dilahirkan...

walaupun ragu2 Selayang akan rejek due to our address, tp still tekadkan semangat nk mencuba nasib.

so from kedai mamak, blk umah ambik beg n keperluan.then tnggu Amet solat then barulah brtolak ke spital. lbh kurang jam 3.45 pagi smpai terus register kt dewan bersalin. Alhamdulillah kami diterima masuk tanpa byk soal.

sepantas kilat nurse2 tu buat keja terus bwk I masuk utk cek contraction, buat ctg, and then doctor dtg buat VE (cek bukaan) and scan.

resultnya :
contraction : 1 in 10 minutes. 25 sec each.
fetus heart beat : normal (145)
os : baru 1cm (huhuhu)
head engaged 2/5.

result scan plak tunjuk berat baby estimate 3.3kg and around 38 weeks.
tp masalahnya klu dikira dr tarikh last period I, my pregnancy ni baru 36 weeks so they considered as prem 1 mngu klu terberanak hari ni. disebabkan itu trpksa la kena inject dgn dexamethasone (ubat utk matangkan paru2 baby). ohhhh... cucuk ubat ini adalah sgt sakit okeh... dh la kena ambik 2 dos setiap 12 jam huhuu...and continue dgn antibiotics setiap 4 jam selama 4 kali...

then lepas siap checkup smua I pun dimasukkan ke wad 5c ni katil 6.and still la berada kt sini sejak 5.30 pg semalam (skrg baru 1.30 pg so x le ckup 24 jam lg tp dh boring gile huhu)

ok prkembangan sejak masuk wad ni : contraction maintain 1 : 10 smpai la tghari td.pastu dh ptg tu dh hilang xtau pegi mana hahahaha... smpai skrg tengah menaip ni, rasa mcm contraction tu kdg2 ada, tp sekejap sgt. Tapi yg sakit perut ala menstrual cramp tu maintain ada.

Ni masa depa mai visit ibu petang tadi...punye berselera makan lauk sepital :D


so tnggu lah doc review lg sekali pagi esok.td dh tnya nurse diorang ckp if xde contraction kuat jgk maybe bleh discharge la esok.tp nurse2 ni ckp klu awak rasa nk trberanak pun bagus jgk sbb alang2 dh cucuk dexa yg sakit tu, and size baby pun dh cantik kira ok dh klu nk bersalin hahahhaa... ni yg I suka nurse2 kt Selayang ni...

tapi klu baby xnak keluar lg, harap2 dpt la ibu keluar wad dulu esok ye... kesian plak teringat kakak zuzu n yaya kt rumah... sob sob...

okeh sekian dulu. bye ~
Published with Blogger-droid v1.7.4