Wednesday, June 27, 2012

ARYANA's FIRST JAB

Semalam bawak Aryana cucuk untuk umur sebulan - 2nd dose Hepatitis B. Actually ni bukan la first jab, sebab yg first tu on the day dia keluar dah kena. Tapi yg tu ibu tak tngok, so kira yg ni first jab depan mata ibu (nak jugak letak tajuk FIRST hahaha)

I pi sendiri jek, sbb PMC tu berapa tapak je pun dari rumah ni. No worry lah! Kalau nak tunggu encik Amet taktau jam berapa dia balik. Kalau kena time balik tengah malam? Sure dgn dia sekali doktor cocok!

I bawak Yaya sekali. Masa baru sampai everything was fine - Aryana tido, Yaya pun happy main2 playground dalam tu. Pastu tunnggu doc lambat skt sbb dia pi buat round ward. Tetiba Yaya cakap "Ibu, adik berak.." Hahahahhaha.... mmg baaeekkk punya! At first ingat nk balik wash kt rumah jek. Tapi bau dia tak hengat! So apalagi, hangkut la 3 beranak masuk toilet...

So, Apa ibu buat????

Ok, jika anda mengalami situasi mcm saya, begini caranya... sebelah tangan pegang baby dgn kemas. Tapi tgn yg pegang baby tu kena guna jugak utk bukak pampers kakak dia. Haaa... paham tak? Maksudnya pegang la baby tu dgn bahagian LENGAN anda ye (bukan bahagian jari jemari tu). Pastu suruh Yaya duduk atas toilet. Guna tgn yg pegang baby tu utk pegang hose paip, dan tgn yg sebelah lagi utk meggosok. Cuci sehingga bersih. Lap kering. Easy??? Hahahahhaha sila cuba utk menjadi ibu mithali atau supermak :)

Then turn Aryana kena panggil. Ok, timbangan budak debab ni ialah 5.1kg at 1 month+.... Huhuhu patutla tangan ibu rasa nak patah jek bila mandikan dia... -__-
Bila time kena cucuk, tuudiaaa...punya sakan dia melalak! Gamat satu hospital! Hmmm.. nampaknya ada potensi mewarisi suara nenek moyang Tok Mat Guruh lagi ni...

Peha gumok kena jab

Lepas breastfeed dia kejap, dia pun terlena semula. Nasib baik! Kalau tidak menggelabah jugak ibu nk drive. Balik tu singgah mamak jap tapau nasik. Sorang mamak tu cakap "Aik kakak sudah kurus ka? Baby keluar ka?" Hahaha... laser mulut hang no... selama ni aku gemok sangat ka? Hahhaha...

Sekian.