Tuesday, July 31, 2012

SEPI

Sepi. Sunyi.

Serius menangis tengok playmat dan bantal kosong hari ni...

Kosong. kosong kooosooonggg.... (tetiba meroyan jadik Najwa Latif~)

Hari ni trial hantar anak2 ke rumah babysitter. Esok ibu dh nak mula keja. Esok real dan betul2 punya duduk dgn Nenek Yah. Kamu nak melalak ka nak teriak ka, ibu nun jauh 30km dari kamu. (Ke ibu yg nak teriak?)

Nak cari BS dlm masa terdekat dan tempoh pendek mcm ni mmg agak mencabar. Mula2 kan I dah cakap ada jumpa sorang akak kt Kg. Melayu. Tapi rumah dia mcm masuk ke dalam sikit, dan lorong pun agak kecik. So maybe akan mkn masa jgk masa nk hntar pagi2 sbb time tu lah org semua nk keluar kerja n ke sekolah. Kurang minat tapi tak ada pilihan. Lagipun budak2 yg akak tu jaga semua boys, and anak dia 2 org pun boys. Nampak masa gi visit rumah dia hari tu mcm agak ganaz jugaklah budak2 nih. Tapi masa tu tawakkal sajalah.

Hari Ahad lepas, maklang call bagitau ada budak Indon "kosong" nak keja. So I dh mcm best jugak lah dengar. Sebab mmg prefer ada org kt rumah. Senang nak keluar pagi2 tak payah berhangkut dgn 3 org anak dgn beg dgn lupa kunci dgn berpeluh cair mekap semua. Pastu van sekolah kakak pun senang tak payah tukar2 tempat. Eksaitedlah masa tu. Bila kami dah ready nak pi ambik dia, tetiba maklang mesej cakap budak tu nak pikir dulu pulak. Hmmmm... sampai hari ni tak adalah dgr berita dah....

Mintak tolong Aunty Lee driver van sekolah tolong cari jugak sambil2 dia bawak van tu kan. Ada sorang makcik tu, eloklah rumah dia dekat jugak. Dia mmg ok nak jaga 3 org lagi. Tapi masalah dia nak ambik lepas raya sbb sekarang tgh jaga anak dia dlm confinement. Hmmmm.... lusa dah nk start keja, lagi 3 minggu baru nak raya. Camno nih?

Sampailah semalam, Along my SIL call tanya pasal BS. Dia pun cuba tanya cikgu2 kat sekolah kalau2 ada sekitar sini. Alhamdulillah, pagi ni ada sorang cikgu bg contact Nek Yah ni. I pun terus call cakap nk gi sembang rumah dia. Sambil tu dh siap prepare bekal baju budak2 ni. Lepas sembang tung tang tung tang, Nek Yah pun ok la nk jaga 3 beradik. Dia dh ada jaga 3 budak, tapi mcm dh umur 3-4 tahun. So far, Aryana sorang jeklah yg berstatus baby. I pun bgtau dia nak trial hari ni sbb esok dah keja. Dia ok jek. So tinggallah 3 puteri kt Nek Yah. Aunty Lee pun I dah inform suruh ambik kakak kt rumah Nek Yah. So far ok lah. Semua arrangement nampak dah teratur n tersusun. Yang penting location tu Aunty Lee boleh ambik kakak, dan on the way ibu nak gi keja.

So hari ni duduklah ibu kt rumah sorang2. Kemas rumah, masak, basuh baju. Tapi memang tak best rupanya buat keja sorang2. Sunyi jek rasa. Sedih, sepi, pilu semua ada lah. Biasanya mulut ibu ni nak kena jerit suruh kakak mandi sbb dh lewat nk gi sekolah, kena berlari2 bancuh "tesh" Yaya, kena golek2 peluk si busuk masam menyusu Aryana. Tapi hari ni buat keja diam2 ja. Mmg lah rilek, tapi baru sedar betapa selama ni perkara2 yg dianggap tensen dgn anak2 tu, sebenarnya adalah satu hiburan di hati ibu!

Hmmm... kalaulah duit tu boleh petik je kat pokok nyoq, mmg ibu tak akan berpisah dgn 3 puteri penghibur lara... tapi apakan daya, hutang kena dibayar, perut kena berisi. Anak-anak, kuatkan hatimu dan dooakanlah supaya ibu juga jadi kuat seperti kamu!

Thursday, July 26, 2012

Minnie Nana

Aryana @65 days

Published with Blogger-droid v1.7.4

SEKIAN LAMA MENYEPI

Salam Ramadhan kepada semua kawan2 yg terbaca blog I ni...

Agak lama x updet blog. Bukanlah sibuk sangat. Masa tu ada cuma tak pandai nak manage. Pagi2 before anak2 bangun sepatutnya bleh jek nak updet, tp selalu buang masa bermalas-malasan depan tv la, kodek2 majalah masak (tapi last2 masak ikan goreng je pun).

Oklah, hari ni updet sikit cerita terkini. Okeh yg pertama, I dh dapat keja. Syukur Alhamdulillah. Memang rasa nak melompat bila tau dapat keja tu. Lagipun itu mmg jawatan yg diidam-idamkan. Mmg masa dok cari keja hari tu, I apply jek apa2 keja tak kira sales ke, trainer ke, purchasing ke mcm2 yg takde kaitan semua main klik jek. Mmg dalam hati masa tu lantaklah asalkan dapat keje. Asalkan halal. Keje apa nak kena membanting tulang pun takpe. Terus terang desperate gila nak keja. Terpaksa acceptlah hidup di sini dah x sama mcm duduk kt Saudi dulu.... sob sob...

Tapi Allah Maha Mengetahui. Dia bagi apa yg I rasa I boleh buat. Keja yg dh biasa I buat sejak awal2 graduate dulu lagi. Alhamdulillah. Cuma lokasi keja mmg agak jauh sikit berbanding sebelum ni. Tapi insya Allah masih melawan arus traffic jam.

Anak-anak pulak, I dah jumpa babysitter. Tapi I masih belum confirm dgn kakak tu. Sebab I prefer kalau ada org yg jaga kat rumah.Sudah mintak mak dan maklang cari orang mengasuh, kalau ada. Bukan apa, anak sudah 3 orang. Kalau nak angkut naik kereta pagi2 tentulah macam2 ragam. Yang paling risau tentulah anak manja si Yaya tu. Jadi kalau I dapat keluar keja semasa dia masih enak dibuai mimpi, lebih mudah. Harap2 Allah perkenan jugak doa I yg satu lagi ni - dapat pengasuh di rumah, dan yg dapat menjaga anak2 dgn baik.

Sebenarnya terus terang I cakap, bila dh lama jaga anak2 sendiri depan mata, mmg rasa tak berapa yakin pulak nak tinggalkan dgn orang. Tapi terpaksa tepis semua perasaan tu. Yang penting kena banyak2 berdoa agar babysitter yg baru ni boleh jaga anak2 I dgn baik. Dan semoga anak2 ibu pun dapat terima untuk ditinggalkan semntara waktu.

Berat jugak untuk memulakan lifestyle baru ni. Apa-apa pun hanya doa kepada Allah yg Maha Agung sebagai pemberi semangat dan kekuatan insya Allah....

Thursday, July 5, 2012

DAY 44 : CONFINEMENT CONFESSION

HEHEHEHEHE...... Finally... I survived the physical & psychological torment period. Yeahhhh!!! And now it's the time to spill the beans of what I did when "berpantang" all alone, ngeeee~~~ :D


Huahuahua... dah namanya berpantang sendiri... aci tak aci, I jek yg decide! Hah, tapi jgn xtau, walaupun berpantang sendiri, mak haku talipon setiap 2 hari sekali. Apatah lagi setelah gambar glemer I outing masa dalam pantang tu tersebar secara meluas dalam laman social huahuahua.... mcm tak cukup talipon dia berletiaq!

Now. The true story....

1. DUDUK BERSILA/BERTINGGUNG
Dengan 3 orang anak. Ada yg kencing, ada yg berak. Yang mandi sabun tak bersih. Yang tumpahkan air teh, yg sepahkan biskut, yg mintak roti coklat, yang order nasik sambal. Tak sempat nak fikir bab "jgn bersila jangan bertinggung" ni. Hentam saja lah duduk mcmana pun. Selalunya bertinggung tu time nak kutip tumpahan2 makanan depa ni lah. Agak-agak rasa mcm bunyi jahitan tu nak rabak, hah pandai2lah bersimpuh semula. Bukannya sengaja, tapi terlupa, kerana kesibukan mengatasi segala.

2. Niat nak berpantang 30 hari je
Okeh, apakata kali ni I ikut style kaum lain pulak yg berpantang 30 days jek? Ada la jugak terfikir camtu. Bukan apa, rasa susah betul la kalau I xleh keluar rumah sendiri. Nak beli barang2 dapur rasa x berapa puas hati klu org tlong belikan.
Confession : Alright, I went out a.k.a drive on day-22. Yes, I drove by myself. I brought along Aryana and Yaya. But only to Seven eleven because that time I was desperately need to buy sumthing.

3. NO AIR-COND
Haa.. kalau zaman tok nenek dulu, jgn kata air-cond, kipas pun xleh kena langsung. Dikatakan nanti badan masuk angin, nanti sakit urat, dan mungkin jugak akan demam.
Confession : Sekali sekala bila time panas sangat, I masuk jugak bilik aircond. Tapi sekejap jek. Bila dh rasa sejuk sikit I keluar, tapi duduk bawah kipas la pulak.. Oh lupakanlah bab nak pakai sweater segala ok...

4. JANGAN KELUAR RUMAH
Confession : Hehehe... kalau 22 hari dh drive, hari ke-27 pulak I keluar g makan ayam penyet, then jalan2 kat The Store. Tapi seriusly sekejap jek ok. Tak sampai sejam pun jalan. Itupun sebab desperately nak kena beli gaun utk Aryana. Oh, tapi lepas balik tu, sakit perut dan sakit pinggang jugak lah. Lepas balik tu, kelam kabut cari tungku sbb takut jugak kot2 peranakan jatuh. Huhuhu... tau takut...

5.BERTUNGKU
Sepatutya bertungku ni kena buat tiap-tiap hari selama 44 hari, atau lebih baik sampai 60 hari. Dan perlu dibuat setiap pagi dan petang, 2 kali sehari.
Confession : Time ada masa nak membakar tungku, ye lah I bertungku. Time lain yg tak sempat, dgn anak melalak, dgn nak masak, nak siap kakak sekolah, nak sidai kain angkat kain, mana sempat dek non oii nak bertungku sampai 2 kali sehari... Kadang2 ada hari yg I tak bertungku langsung pun huhuhu... Tapi I mmg rajin berbarut kali nih. Entah rasa sedap pulak bila pakai barut. Rasa kejap dan mantap sikit badan utk buat kerja rumah.

6. JANGAN MINUM AIS
Confession : On the day we were out to Ayam Penyet, I sneakily ordered Sirap Bandung Ais, and Amet punyalah tak perasan sampai dah separuh gelas I minum hahahhahaha.... (I know his eyes are always on the iPhone, so dah agak mesti dia x perasan punya hahah). That's the only time I minum ais. ;P

Ok ok ok, fine lah. 

It was second time that I makan ice cream Walls if not mistaken on day-30. Wel, it's just to celebrate some family who came over... :D

Alrighttt.... Alright....

Sekali lagi masa kenduri kawen my bro-in-law kat Ampang... minum sirap ais. And masa kenduri kat kampung, minum oren ais.... Oklah tu, dlm masa 44 hari, tak sampai 10 kali pun I minum ais. Ok what.....
And Alhamdulillah.... rasanya ais ni mmg dh sebati dgn diri I so nothing happened to me. Except that Aryana yg asyik terkentut2 hehehe...

7. JANGAN MAKAN MEE, BIHUN, KUETEOW
Oh my... kalau tak boleh makan benda2 ni, memang kurus kering lah I... I'm not a big fan of rice (but dalam patang u shuldnt have any choice right? hahaha). Mak I cakap sebab benda2 ni buat dgn campuran mcm2 tepung, dan melalui proses basah-kering so that is not good for health. And as usual, boleh jadik angin, kembung or sakit badan.
Confession : I confidently makan semua benda2 nih. Sebab I tengok ingredient dia tepung gandum or tepung beras. Lagipun masak n makan panas2. Shouldn't be any problem isn't it? Dan I makan jugak pasta mcm spaghetti n macaroni. How could I stay alive with just rice and black pepper?

8. JANGAN TERLALU BANYAK BERGERAK
Tanya lah sapa-sapa je yg berpantang sendiri. Kalau tak bergerak, mcmana nak hidup? Mau tak mau, serba sedikit kerja rumah haruslah kena buat. Bukanlah buat kerja yg terlampau berat. Setakat jemur kain, angkat kain tu boleh buat. Jalan lah slow2 masa nak ke ampaian (tapi kadang2 time anak menangis, atau kakak2nya bergaduh dalam rumah, ibu boleh terlupa dan BERLARI jugak!) Setakat masak ringan2 boleh buat. Kalau tak larat berdiri, masak sambil duduk. Perlu bersedia demi utk suami dan anak-anak yg perlu makan, perlu pakaian. Sambil2 buat kerja tu selawat lah banyak2, dan berdoa semoga Allah jauhkan sebarang penyakit atau "bentan" dari tubuh badan I ni. Bila berpantang sendiri, macam ni lah. Kena kuatkan badan., kena kuatkan semangat. Cuma pantang jek yg tak berapa nak kuat :)

Okeh, rasanya itu saja kot nak share. Ingat ye kawan-kawan.... YANG BAIK DIJADIKAN TELADAN, YANG TAK BAIK DIJADIKAN SEMPADAN. Hehehe... peace. Oh, selamat hari merdeka to me!!! Nak pi makan ABC yabedabedoooo!!!

Wednesday, July 4, 2012

TERSEPAK IBU JARI KAKI

*Sepatutnya dah publish entry ni last week, tapi ada technical problem dia tak terpublish. So layan je lah cerita minggu lepas ni ye*
Haaaaa... pernah tak anda semua dengar, perkara yg paling super duper pantang sekali among all the pantangs ialah :

Jangan tersepak ibu jari kaki!

Memang setiap kali beranak, or ada sedara mara yg beranak, asyik dengar pesanan ni jek lah. Berulang-ulang kali dipesan.

Kata orang tua-tua, kalau ibu jari kaki kita tu tersepak, nanti boleh jadik bentan. Bentan ni ada mcm2 jenis. Ada yg turun darah dgn banyak, ada yg demam tak kebah, ada yg terkancing gigi, ada yg badannya seram sejuk menggigil dan mcm2 lagilah.

Nak dijadikan cerita, kemarin masa tengah lintang pukang nak pi mandi, tetiba i tersepak ibu jari kaki ni kt pintu toilet! Waaahhhh sangat berdebar-debar lah masa tu. Sampaikan tgh mandi pun asyik baca doa dan selawat syifa' banyak2 mintak dijauhkan lah apa yg orang dok cakap2 tu.

Kebetulan pulak malam tu tetiba breast engorged, and very sore. Memula I try tuam dgn air panas. Tapi mcm tak berapa berkesan. Takpelah dalam sakit2 tu try tido. Tetiba masa tengah tido tu rasa badan mcm sejuk! Pastu rasa mcm nak demam. And mmg confirm demam. Pastu kan, urat2 kat leher dan sendi2 semua rasa sakit dan sengal sangat. Try bangun nak turun bawah makan panadol, tapi kaki pulak mcm cramp dan tapak kaki rasa sangat ngilu. Oh shit! Seriusly takut gile lah time ni. Tapi dalam hati still gak cakap "Aku demam sbb breast engorge ni... bukan bentan ni..." Punya nak mengkonfidenkan diri sendiri!

Beberapa jam lepas makan panadol rasa sikit lega. Tapi still demam. Dan urat2 masih sakit2 dan rasa ngilu. Sampai ke pagi, tido tak berapa nak lena. Bukan tak ngantuk, tapi takut. Bila Amet bangun nk gi keja, I told him that I demam (dgn muka penuh simpati mcm Garfield). Amet cakap "Ok, medical card dh dapat tu. Nanti ibu pi lah klinik". Huuuu huuuu~~~ begitulah ayat2 cinta dari suamiku. Pelamin anganku Harapanku musnah huu huu~~~

Bila hari dah siang, I tuam lebih kerap lagi. Dan makan panadol bila rasa terlalu sakit dan demam kuat. Sambil2 tu sapu minyak angin sana sini. Haaa... time mcm ni barulah teringat nak bertungku, berbarut segala bagai. Time ni jugaklah kelam kabut cari stokin yg dah hilang entah ke mana! Hahaha. Memang hari tu "berpantang" habis-habisan lah. Minum pun air panas mendidih jek sepanjang hari. Kipas pun tak nak kena sangat. (Kalau lah tok I tengok time ni, sure dia bangga dgn cucu dia nih huahuahua)

Alhamdulillah, petang tu bengkak dh surut dan demam pun makin kebah. Memang rasa lega sangat2 sebab tak ada benda yg lebih teruk berlaku. Tapi demam dan sakit urat tu mmg dah cukup menjadi pengajaran supaya I menjaga pantang dgn lebih sempurna lagi. Paling penting - PAKAI STOKIN! Jangan bagi masuk angin!

So, betul tak pantang-larang "Jangan tersepak ibu jari kaki" tu? Wallahualam... yg penting, badan orang lepas bersalin ni mmg lemah sikit, dan masih dalam tempoh pemulihan. so jaga lah elok2 diri masing2... jgn main hentam keromo mcm I ni jek hua hua hua...

Gambar hiasan - Kena balut mcm ni baru tak tersepak ibu jari kaki kot :)