Huahuahua... dah namanya berpantang sendiri... aci tak aci, I jek yg decide! Hah, tapi jgn xtau, walaupun berpantang sendiri, mak haku talipon setiap 2 hari sekali. Apatah lagi setelah gambar glemer I outing masa dalam pantang tu tersebar secara meluas dalam laman social huahuahua.... mcm tak cukup talipon dia berletiaq!
Now. The true story....
1. DUDUK BERSILA/BERTINGGUNG
Dengan 3 orang anak. Ada yg kencing, ada yg berak. Yang mandi sabun tak bersih. Yang tumpahkan air teh, yg sepahkan biskut, yg mintak roti coklat, yang order nasik sambal. Tak sempat nak fikir bab "jgn bersila jangan bertinggung" ni. Hentam saja lah duduk mcmana pun. Selalunya bertinggung tu time nak kutip tumpahan2 makanan depa ni lah. Agak-agak rasa mcm bunyi jahitan tu nak rabak, hah pandai2lah bersimpuh semula. Bukannya sengaja, tapi terlupa, kerana kesibukan mengatasi segala.2. Niat nak berpantang 30 hari je
Okeh, apakata kali ni I ikut style kaum lain pulak yg berpantang 30 days jek? Ada la jugak terfikir camtu. Bukan apa, rasa susah betul la kalau I xleh keluar rumah sendiri. Nak beli barang2 dapur rasa x berapa puas hati klu org tlong belikan.
Confession : Alright, I went out a.k.a drive on day-22. Yes, I drove by myself. I brought along Aryana and Yaya. But only to Seven eleven because that time I was desperately need to buy sumthing.
3. NO AIR-COND
Haa.. kalau zaman tok nenek dulu, jgn kata air-cond, kipas pun xleh kena langsung. Dikatakan nanti badan masuk angin, nanti sakit urat, dan mungkin jugak akan demam.Confession : Sekali sekala bila time panas sangat, I masuk jugak bilik aircond. Tapi sekejap jek. Bila dh rasa sejuk sikit I keluar, tapi duduk bawah kipas la pulak.. Oh lupakanlah bab nak pakai sweater segala ok...
4. JANGAN KELUAR RUMAH
Confession : Hehehe... kalau 22 hari dh drive, hari ke-27 pulak I keluar g makan ayam penyet, then jalan2 kat The Store. Tapi seriusly sekejap jek ok. Tak sampai sejam pun jalan. Itupun sebab desperately nak kena beli gaun utk Aryana. Oh, tapi lepas balik tu, sakit perut dan sakit pinggang jugak lah. Lepas balik tu, kelam kabut cari tungku sbb takut jugak kot2 peranakan jatuh. Huhuhu... tau takut...
5.BERTUNGKU
Sepatutya bertungku ni kena buat tiap-tiap hari selama 44 hari, atau lebih baik sampai 60 hari. Dan perlu dibuat setiap pagi dan petang, 2 kali sehari.Confession : Time ada masa nak membakar tungku, ye lah I bertungku. Time lain yg tak sempat, dgn anak melalak, dgn nak masak, nak siap kakak sekolah, nak sidai kain angkat kain, mana sempat dek non oii nak bertungku sampai 2 kali sehari... Kadang2 ada hari yg I tak bertungku langsung pun huhuhu... Tapi I mmg rajin berbarut kali nih. Entah rasa sedap pulak bila pakai barut. Rasa kejap dan mantap sikit badan utk buat kerja rumah.
6. JANGAN MINUM AIS
Confession : On the day we were out to Ayam Penyet, I sneakily ordered Sirap Bandung Ais, and Amet punyalah tak perasan sampai dah separuh gelas I minum hahahhahaha.... (I know his eyes are always on the iPhone, so dah agak mesti dia x perasan punya hahah). That's the only time I minum ais. ;POk ok ok, fine lah.
It was second time that I makan ice cream Walls if not mistaken on day-30. Wel, it's just to celebrate some family who came over... :D
Alrighttt.... Alright....
Sekali lagi masa kenduri kawen my bro-in-law kat Ampang... minum sirap ais. And masa kenduri kat kampung, minum oren ais.... Oklah tu, dlm masa 44 hari, tak sampai 10 kali pun I minum ais. Ok what.....
And Alhamdulillah.... rasanya ais ni mmg dh sebati dgn diri I so nothing happened to me. Except that Aryana yg asyik terkentut2 hehehe...
7. JANGAN MAKAN MEE, BIHUN, KUETEOW
Oh my... kalau tak boleh makan benda2 ni, memang kurus kering lah I... I'm not a big fan of rice (but dalam patang u shuldnt have any choice right? hahaha). Mak I cakap sebab benda2 ni buat dgn campuran mcm2 tepung, dan melalui proses basah-kering so that is not good for health. And as usual, boleh jadik angin, kembung or sakit badan.Confession : I confidently makan semua benda2 nih. Sebab I tengok ingredient dia tepung gandum or tepung beras. Lagipun masak n makan panas2. Shouldn't be any problem isn't it? Dan I makan jugak pasta mcm spaghetti n macaroni. How could I stay alive with just rice and black pepper?
8. JANGAN TERLALU BANYAK BERGERAK
Tanya lah sapa-sapa je yg berpantang sendiri. Kalau tak bergerak, mcmana nak hidup? Mau tak mau, serba sedikit kerja rumah haruslah kena buat. Bukanlah buat kerja yg terlampau berat. Setakat jemur kain, angkat kain tu boleh buat. Jalan lah slow2 masa nak ke ampaian (tapi kadang2 time anak menangis, atau kakak2nya bergaduh dalam rumah, ibu boleh terlupa dan BERLARI jugak!) Setakat masak ringan2 boleh buat. Kalau tak larat berdiri, masak sambil duduk. Perlu bersedia demi utk suami dan anak-anak yg perlu makan, perlu pakaian. Sambil2 buat kerja tu selawat lah banyak2, dan berdoa semoga Allah jauhkan sebarang penyakit atau "bentan" dari tubuh badan I ni. Bila berpantang sendiri, macam ni lah. Kena kuatkan badan., kena kuatkan semangat. Cuma pantang jek yg tak berapa nak kuat :)Okeh, rasanya itu saja kot nak share. Ingat ye kawan-kawan.... YANG BAIK DIJADIKAN TELADAN, YANG TAK BAIK DIJADIKAN SEMPADAN. Hehehe... peace. Oh, selamat hari merdeka to me!!! Nak pi makan ABC yabedabedoooo!!!