Salam Ramadhan kepada semua kawan2 yg terbaca blog I ni...
Agak lama x updet blog. Bukanlah sibuk sangat. Masa tu ada cuma tak pandai nak manage. Pagi2 before anak2 bangun sepatutnya bleh jek nak updet, tp selalu buang masa bermalas-malasan depan tv la, kodek2 majalah masak (tapi last2 masak ikan goreng je pun).
Oklah, hari ni updet sikit cerita terkini. Okeh yg pertama, I dh dapat keja. Syukur Alhamdulillah. Memang rasa nak melompat bila tau dapat keja tu. Lagipun itu mmg jawatan yg diidam-idamkan. Mmg masa dok cari keja hari tu, I apply jek apa2 keja tak kira sales ke, trainer ke, purchasing ke mcm2 yg takde kaitan semua main klik jek. Mmg dalam hati masa tu lantaklah asalkan dapat keje. Asalkan halal. Keje apa nak kena membanting tulang pun takpe. Terus terang desperate gila nak keja. Terpaksa acceptlah hidup di sini dah x sama mcm duduk kt Saudi dulu.... sob sob...
Tapi Allah Maha Mengetahui. Dia bagi apa yg I rasa I boleh buat. Keja yg dh biasa I buat sejak awal2 graduate dulu lagi. Alhamdulillah. Cuma lokasi keja mmg agak jauh sikit berbanding sebelum ni. Tapi insya Allah masih melawan arus traffic jam.
Anak-anak pulak, I dah jumpa babysitter. Tapi I masih belum confirm dgn kakak tu. Sebab I prefer kalau ada org yg jaga kat rumah.Sudah mintak mak dan maklang cari orang mengasuh, kalau ada. Bukan apa, anak sudah 3 orang. Kalau nak angkut naik kereta pagi2 tentulah macam2 ragam. Yang paling risau tentulah anak manja si Yaya tu. Jadi kalau I dapat keluar keja semasa dia masih enak dibuai mimpi, lebih mudah. Harap2 Allah perkenan jugak doa I yg satu lagi ni - dapat pengasuh di rumah, dan yg dapat menjaga anak2 dgn baik.
Sebenarnya terus terang I cakap, bila dh lama jaga anak2 sendiri depan mata, mmg rasa tak berapa yakin pulak nak tinggalkan dgn orang. Tapi terpaksa tepis semua perasaan tu. Yang penting kena banyak2 berdoa agar babysitter yg baru ni boleh jaga anak2 I dgn baik. Dan semoga anak2 ibu pun dapat terima untuk ditinggalkan semntara waktu.
Berat jugak untuk memulakan lifestyle baru ni. Apa-apa pun hanya doa kepada Allah yg Maha Agung sebagai pemberi semangat dan kekuatan insya Allah....