Semakin hari, hati semakin gelisah dan runsing memikirkan keadaan sahabat saya, Yasnida yg telah disahkan leukimia. It’s acute lymphocytes leukaemia (ALL). Boleh baca di SINI untuk maklumat lanjut tentang leukimia ini.
Selagi tidak dapat berjumpa dgn Yas, hati saya rasa semakin resah. Teringat kami pernah berjanji untuk sama-sama sekolahkan anak-anak kami yg sama sebaya. Zuzu dgn Amirah, Yaya dgn Amril. Kalau saya masih di Saudi, mungkin skrg mereka berempat sedang naik van sekolah bersama-sama.
Saya dan dia pun sebaya. Mungkin sebab itu kami cepat jadi rapat dan mesra. Kalau pergi morning coffee atau apa-apa event di Jubail, mmg org akan nampak kami berdua sentiasa berkepit bersama. Mesti nak cari dia dulu kalau masuk majlis. Mengadu pasal laki kami yg sibuk, mengadu pasal penat letih dgn kerenah anak2, gossip artis, drama Malaysia episode terkini, isu-isu agama, isu-isu kewanitaan.... dan mcm-mcm.
Kalau pergi family picnic pun mmg kebiasaanya kami 3 family yg selalu melekat bersama. Family saya, family Yas, dan family Kak Tipah. Buat makan-makan kecil-kecilan pun mmg kami bertiga family jugak. Bukanlah bermaksud kami tak kawan dgn org lain, tapi kebetulan kami lebih rapat mungkin sbb suami-suami kami yang bertugas sekali kot.
Baru saja saya melawak dgn Yas dalam FB beberapa minggu lalu. Bila dapat tahu dia ada di Malaysia, saya mahu jemput dia datang ke rumah. Yas cakap “Nak tunggu Nizam balik January ni, nanti nak ajak Nizam datang Sg. Buloh.”
Rupa-rupanya Nizam balik, untuk menguruskan isteri kesayangannya yang sakit.
Paling parah hati saya bila mengenangkan Yas yg sedang mengandung hampir 5 bulan ketika ini. Saya dapat tahu, bayinya itu perlu digugurkan, tetapi doctor masih mencari jalan terbaik untuk mengurangkan risiko. Apatah lagi bila saya terfikir tentang 4 orang lagi anak-anaknya yg masih kecil. Terbayang-bayang wajah Amirah, Amril, Rais dan Fasihah. Setiap kali terkenangkan mereka, airmata keibuan saya jatuh berderai.
Di saat ini, saya pasti Nizam sedang berusaha mencari perubatan yang terbaik untuk Yas. Di saat ini, pastinya dia sedang memberikan sepenuh kasih sayang dan cintanya sebagai sokongan dan kekuatan untuk Yas. Dari jauh, saya hanya mampu berdoa agar Allah kuatkan Nizam untuk terus berusaha, dan semoga Allah sembuhkan sahabat saya, Yas dengan kesembuhan yang segera.
Saya & Amet merancang untuk melawat Yas di Hospital Ipoh weekend ni. Semoga Allah izinkan saya bertemu dgn dia.
Rasulullah s.a.w bersabda : “Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya, Allah Taala berfirman kepada Malaikat penulis amalnya: “Tulislah juga untuknya amal-amal soleh yang biasa ia lakukan;” kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu, Tuhan jadikan ia hidup berkeadaan baharu – bersih suci dari dosanya; dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberikannya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya”. (Anas r.a)
Intisari Hadith :
Setiap manusia hendaklah menerima segala ujian Allah dengan hati yang tabah, sabar dan redha kerana sikap yang demikian akan membawa kebaikan pada dirinya. Jika ia membiasakan dirinya dengan amalan yang baik semasa ia sihat atau senang kemudian tidak dapat melakukannya disebabkan kesakitan atau kemalangan yang menimpanya, maka Allah memerintahkan malaikat amal mencatat amalan yang baik yang tidak dapat dikerjakannya itu.
Sekiranya Allah menyembuhkan sakitnya atau menghilangkan bencana yang menimpanya itu maka Allah jadikan ujian-Nya itu sebagai “kaffarah” (yang menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu) serta dijadikan hidupnya berkeadaan baru, suci dan bersih daripada dosa.
Namun sekiranya Allah S.W.T sempurnakan ajalnya dengan kemalangan itu, maka ia akan dikurniakan keampunan dan dilimpahkan rahmat kepadanya.