Tuesday, January 29, 2013

THE UNHAPPY FACE

Zuzu looks so unhappy since last few days. It worry me enough.


She started fever last Thursday, masa cuti Maulidur Rasul. Being me, always in connection of people involve in pharma, I don’t always be fond of giving antibiotics to my kids. So,I just gave her PCM, asked her to not to go to school and get rest on Friday. I prepared barley drinks and orange juice and pray that she will recover soon.

But unfortunately, sampai Saturday, Sunday, badan dia still panas lagi. Means after few hours of PCM, demam balik and repeats. Tambah dgn selsema n batuk pulak. So on Sunday evening, we took her to clinic. And of course since she’s already on 4th day of fever, doc wants to start antibiotic. And also some of the medicine (for cold n cough) tu, doc dh cakap might make her sleepy.

Kadang2 I rasa takut kalau kakak not happy because ibu tak bagi sepenuh perhatian pada dia. But during the days dia demam mmg ibu rasa kesian sangat2 pada kakak. Anything she requested semua ibu buatkan. Nak makan apa – nasik ayam kicap, roti telur, oat gula, pancake. Nak minum apa – barli, milo, fresh milk. Semua siap! I tried my best to fulfill her request. Layan dia mcm baby. Nak mintak selimutkan, nak minum sambil baring, nak suap makan. Ibu nak kakak happy dan ceria mcm selalu.

Tapi terlintas jugak di fikiran, di zaman serba moden serba canggih ni, kadang2 kita tak perasan, tanpa disedari kita maybe membuatkan anak-anak rasa terpinggir dan tidak dipedulikan. Dalam masa yang sama membuatkan mereka rasa tidak dihargai. Or buat mereka rasa disappointed? Kecewa? Sedih dalam diam? Bagaimana?

Selalu tak nampak sekarang ni kalau pergi ke kedai makan, atau di restoran (ni tempat yg senang dibuat pemerhatian lah), selalu kan sekarang ni mak bapak sibuk sangat dengan smartphone nya masing2. Bukannya sibuk apa, tapi sibuk ber’chatting’ dgn lawan2 kt watsapp lah, reply komen FB lah, dan sebagainya. Sedangkan anak-anak dibiar terpinga-pinga, termanggu-manggu tanpa ada sesiapa nak bercakap atau melayan cerita mereka. Kadang2 yg lebih menyedihkan lagi, anak-anak pula diberi bermain game dalam iPad atau tabsahaja. Maka sudah tiada komunikasi kekeluargaan. Tiada lagi nak bergurau senda dengan anak-anak. Apatah lagi nak merenung ke dalam mata mereka, menilai sama ada mereka bahagia atau sedang bermasalah. Tiada lagi masa untuk merenung wajah anak dgn pandangan kasih sayang. Dan tahukah anda, bahawa merenung wajah anak lama-lama, sedalam-dalamnya boleh memberi pahala percuma kepada ibu bapa?

Memang kita sebagai org dewasa, memandang isu ini sebagai sesuatu yg amat sangat remeh temeh. Kalau diajak berbincang pasal ini, pasti ramai yg anggap ia membuang masa, kan? Tapi bagi kanak-kanak terutama yang masih dalam tempoh tumbesaran, MEMBERI TUMPUAN KETIKA MEREKA BERCAKAP/BERCERITA boleh meningkatkan prestasi cemerlang mereka. Kanak-kanak ini akan merasa diri mereka bernilai dan dihargai dalam keluarga/ibu bapa.

Salah satu perkara lagi yg patut dielakkan ialah : MEMOTONG CAKAP/ CERITA KANAK-KANAK ketika mereka sedang eksaited berbicara. Ini boleh membuatkan mereka merasa cerita mereka itu tidak penting – sekaligus mereka menganggap DIRI mereka jugak tidak penting. Anak-anak dalam situasi begini boleh menyebabkan mereka MENJAUHI DIRI dan menjadi MURUNG.

Oh by the way, info ni u all bleh baca lebih lanjut di PAGE PROF.DR. BUSTAM KAMRI (KLIK) (A childhood specialist)

I mmg suka read about childhood development, dos and don’ts, but maybe sometime I ada tersilap dan tidak melakukan yg sepatutnya a parent do. Maybe masa dia tengah cerita ceriti, I also need to listen to Yaya’s calling or so. Hmmm…

But, watsapp-ing, FB-ing, or online-ing (for unimportant things) semasa bersama anak-anak is a totally NO-NO for me. Dah la I tinggalkan depa for almost 12hours a day. And I just have about 3-4 hours to spend with them before they go to sleep. So takkanlah masa yg cuma suku hari tu I sanggup lepaskan dari memandang mereka, dan beralih menghadap smartphone yg hanya hiburan semata-mata? Seriusly, once you’re hooked to that “fun”, you’ll forget everything around you, including your kids. Selalu sangat tengok situasi anak-anak punyalah dok panggil mak/ayah dia berkali-kali, tapi mak/ayah tu dh terlalu lalai dan leka (yg chating sampai tersengih-sengih pun ada…) sampai tak dengar dah suara anak! Sedihnyaaa…. That how lah dunia sekarang… *sigh sigh sigh*

Hmmm dah jadi luahan perasaan pulak entri ni. Tapi I memang hope sangat, apa yg I tulis tu dapat membuka minda kita semua sebagai ibu bapa. Kalau ada yg tengah buat layan-tak-layan dengan anak-anak tu, bolehlah mula buat perubahan mulai sekarang… Mereka ada, kerana kita ada. Bukan nk mengata sesiapa, but as a reminder for myself jugak.. manalah tau kan…

However now, I try to convince myself that kakak’s unhappy-faced might be because of the medicines. I try to stop her from taking them today and will see how’s her progress by this evening. Hopefully there’s no more sadness in her eyes. Ibu sayang kakak very very very much, darling.

Satu lagi menarik dan MESTI BACA (KLIK) oleh semua parents. Bacalah… pendek n simple je… :D