Hari Jumaat yg lalu, kami dikejutkan dengan berita kematian anak kepada salah seorang teman baik iaitu Elly dan Bang Chik.
Around 3.30 pm I received a call from Amet. Terus ja keluar dari mulut dia "Ibu, anak bang chik dah takdak... Nuaim, baby yg kecik tu dah takdak.."
Masya Allah... Allahu akbar.... tersentap jantung dan tersirap darah seluruh badan masa tu.
Berkali-kali I tanya semula pada Amet "Betoi ka abg? Betoi ka?"
Agak sukar utk percaya berita itu, walaupun I mmg percaya ajal itu adalah hak Allah.
Nuaim baru sahaja berusia 3 bulan. Baru sahaja kami visit dia semasa dalam pantang bulan January lepas. Tapi dia pilihan Allah untuk menjadi penghuni syurga. Alhamdulillah. Syukurlah Elly & Bang chik, sudah ada anak yg menanti di Jannah.
Amet cakap dia nak terus ke hospital tolong2 tengok apa yg patut. Lg pun mereka semua di Hospital Serdang, tak jauh sgt dari ofis dia.
Selesai post-mortem Amet bagitau, COD ialah pneumonia, bukan kerana tersedak susu kt nursery.
Alhamdulillah semua proses dipermudahkan untuk mereka, jenazah baby Nuaim selamat dikafankan dan bergerak pulang ke kampung di Perlis lebih kurang jam 8.00 malam itu.
Sebagai seorang ibu yang punya anak lebih kurang sebaya umur dengan anak2 mereka, I dapat merasakan betapa perit dan pedihnya untuk melepaskan anak kecil itu pergi. Mereka ada 3 orang anak, semuanya kurang setahun dari semua anak-anak kami. Kerana itu, jiwa keibuan I turut merasa kehilangan Nuaim, merasa bagaimana kosong dan sepi hati Elly.
Kepedihan yg bukan dibuat-buat, tetapi secara tiba-tiba menyerang dan membuatkan air mata I mengalir. Setiap kali memeluk Nana, I terbayang wajah Nuaim yg cheeky, dan suka tersenyum.
Kerana itu, walaupun banyak aktiviti menarik dan menggembirakan yg kami lakukan bersama anak-anak wekend yg lalu, jiwa keibuan ini menghalang tangan I daripada mem"publish" gambar2 dan cerita yg menggambarkan keseronokan dan kegembiraan kami. (Biasalah adat orang sekarang, pergi taman permainan nak tag location, pergi makan2 nak tag lagi, nak letak gambar...)
Tapi... mmg tak sampai hati rasanya di kala sahabat sedang bersedih di sana, tak mungkin untuk I pamerkan kegembiraan kami di sini. Tambah2 lagi kalau nk letak gambar anak2 I yg sedang bergelak ketawa. Sebagai menghormati perasaan dia yg juga seorang ibu, sebagai menjaga sensitivitinya yang baru kehilangan, I simpan semua excitement itu di dalam hati sahaja. Malah, kalau boleh mau saja I terperap di rumah n mengaji utk Nuaim dan berdoa utk kekuatan Elly & Bang chik. Tapi anak2 kami yg masih belum mengerti apa2 masih harus dilayan dan dihiburkan...
Begitulah kekuasaan Allah... Nuaim telah pun selamat ke sana, menjadi bidadari syurga...
***Rasa kecewa sikit bila ada yg tak sensitif langsung dengan perasaan ibu yang baru sahaja kehilangan anaknya... Mana mungkin dia tak bersedih dan tak menangis. Walau sekuat mana pun jiwanya, tangisan itu tanda rindu yang tak terkata pada si anak yg telah tiada di depan mata...