Monday, April 8, 2013

SAYA MAHU JADI HAMBA YG BERSYUKUR. ALHAMDULILLAH...

I rasa tak sabar dan eksaited gila mahu menulis hari ni. Tapi kerja kt ofis pun baaaaanyak sangat!!! Haishhh… time kita eksaited ni lah semua benda nak urgent. So takpa, I dah buat semua benda urgent. Yang kurang urgent tunggu 5 minit ye hehehhe. I mahu lepas gian! Mahu menulis hahahaha!

Okeh, minggu lepas 1 minggu I demam. Phewww… seram sejuk peluh dahi peluh kening… Tidur jangan cakaplah. Eh bukan tidur tak nyenyak! I nih kalau demam, tidur bermimpi-mimpian hahaha.

Okeh. Lepas habis demam I terkena simptom jiwa kacau. I asyik rasa emo tak menentu. Tengah2 drive dengar geng Hotfm buat lawak, I nangis. Hahahahaha. Nangis air mata berjurai-jurai. Sampai opis kena make-up semula. Hahaha.

So I keep on berdoa dan berdoa. Actually I takut terkena sakit mistik atau apa. Maklumlah I kan wanita melayu terakhir dengan ciri-ciri asli kewanitaan. Takut pulak kot ada yang kuidam-idam tak dapat. Eh terover pulak. Hahaha. Sekian tamat kisah demam di situ ya.

Okeh. Baiklah sebenarnya I nak cerita pasal rezeki yang tak disangka-sangka. Kisahnya bermula begini…. Beberapa minggu yang lalu, I telah diuji seorang customer yang agak fussy (nih customer biz I ye, bukan customer kt opis). Tapi untuk menjadi businesswoman berjaya, I sentiasa cuba bersabar dgn pelbagai kerenah dan ragam. Sabar…sabar… Tapi maaflah dalam hati I tetap menyumpah jugak la.. Alahhh I pun manusia biasa, bukan alim sangat pun. Jauh sekali nk tahap angle.

Dipendekkan cerita, bagus pulak customer nih. Walaupun dia agak macam2 tapi order bukan main banyak. Hahahaha. Alhamdulilah. Tapi malangnya, sebab sudah di penghujung kempen maka most of the item dah out of stock. So I saja lah syok2 mengadu manja kt Amet, just told him yang I nak drop order orang tu sbb dah takde tempat nak cari stok. Siap calling2 sampai stokis kt utara u alls! See baguih tak I nak memenuhi impian semua customer yg tersayang?

Tetiba Amet bagitau dia ada kawan buat Tupperware ni jugak, agak besar-besaran. So dia cakap jgn drop dulu order tu. Biar dia contact kawan dia ni dulu. At first I mcm refuse. Berlagak bodoh sombong kata orang. Hahahaha.

Dipendekkan cerita, kawan Amet ni ada SEMUA stok yg I nak tu!!!! Wahhh!!! Hebat.. hebat!!! So I have a feeling, orang ni mesti hebat gila. Hahahaha. Mesti aku boleh mempergunakan dia hahahahhahaa

So malam tu kami pergi rumah mereka, Cipul & Azi utk ambik stok. Nahhhhhh…. Mmg rumah dia tahap kena duduk bersandar kat stok! Dah takde dinding! Hahahahha. Best best best!!!

So lepas ambik tu, the next day tetiba ada orang order lagi. So I contact Cipul utk ambik stok lagi. Pastu ada order lagi. Semua ni pulak style order barang yang dah lama yg dah out of campaign. Tapi dgn Cipul & Azi takde masalah. Cakap jek nak stok zaman bila. Nak yang zaman Tok kaduk, tok naduoq, tok tina aluih semua ada hahahaha. Dan mereka juga offer me to get sny stock at any time. Yang penting kata mereka, I nampak sangat minat utk berniaga. Yeayyyyy!!! Saya sangat happy!!!!

Alhamdulillah, bila stok banyak, rezeki pun datang mencurah-curah. memang tak sangka. Syukur sangat2 sampai tahap nak menangis. I sangat eksaited dan teruja untuk berniaga sekarang! Syiokkk!!!

Begitulah namanya kalau Allah nak bagi rezeki… Alhamdulillah… kita sebagai hamba hanya perlu terus bersyukur…

Apa yg I nak relatekan di sini ialah… kadang2 Allah datangkan ujian terlebih dahulu kepada kita. Just to see how we handle it, untuk kita gunakan segala kebijaksaan, kesabaran dan kekuatan yg ada. Tapi kalau kita putus asa… maybe we gain nothing. So mcm situasi I ni lah. Let say hari tu I dah fed up dan frust dah malas nk layan customer tu. I bukan sahaja x dapat sale. Tapi tak dapat peluang berkenalan dgn Cipul & Azi yg sangat2 hebat ni jugak. Maka jauh lagi lah impian nak jadi peniagawati yg hebat. Ohhh… bila dah setel dan renung balik semua ni, baru I dapat lihat hikmahNya… betapa besar nikmat Allah yg tersembunyi kan…


Reminder to myself : Jangan cepat fed-up dan give-up dan malas nk layan orang. Setiap susah payah itu pasti membawa hikmah!!!

Dan I jugak percaya, bila dia bagi sesuatu yang I rasa I tak mampu nak buat, tapi Dia Yang Maha Mengetahui knows that I can do it. So, should I just believe on my self-ability, or lebih percayakan kepada Allah yg telah menciptakan saya sebagai hambaNya?

Kini, masalah stok tiada lagi… Boleh lah intai-intai di Tupperware Aryana :D


Alhamdulillah. Saya bersyukur atas segala bentuk rezeki yg Engkau kurniakan.