Dah lama rasanya tak cerita perkembangan 3 beradik Zuzu Yaya Nana ni kan. Sebenarnya setiap hari memang penuh gamat gegak gempita dengan gelagat depa nih.
ZUZU
Zuzu biasalah dgn style matured ala-ala orang dewasa dia. Mmg bossy gila dgn adik-adik especially dgn Yaya lah. Kalau time ok, elok ja main dua org tu. Tapi klu time salah sorang dh kehabisan battery iPod / henfon, haaaa... boleh tengoklah sesi wrestling wanita. Hahaha.
Lagi satu perangai terbaru dia sejak sekolah ni, kalau ada homework banyak mesti dia gabra. Klu dia tertido pastu teringat homewark tak siap, tengah2 malam boleh bangun menangis! Padahal ibu/ayah mmg dh tlong siapkan dah. Hahaha. Ya lah, kadang2 time byk sgt h/w mmg x sampai hati nak suruh dia siapkan semua... bukan dia tak tahu buat. Dia mmg sgt bijak. Tapi bila terlalu over-load, I mmg tak bagi dia buat. I selalu pegang pada prinsip “Bila badan cukup rehat, segar dan cergas barulah otak pun boleh belajar dgn baik.” Bukan hanya dgn belajar kuat/study hard saja boleh jadi pandai.
YAYA
Yaya masih lagi kekal manja dgn ibu. Kalau ibu lewat ambik, atau dia kena dihantar/dijemput dgn ayah pun dia dah bising. Mesti ungkit 2-3 hari kenapa ibu tak ambik dia. Hehehe. “Tesh” masih lagi menjadi pilihan. Walaupun dh x minum dlm botol. Tapi kdg2 mengada2 jgk nk pinjam botol air Nana. Pastu selalu perasan org selalu cakap dia cantik. Nenek cakap adik cantik la, teacher ckp adik cantik la. Hehehe. Siap ada sorang budak lelaki ni dia cerita suka sgt dkt dia. Selalu nk peluk dia, nak cubit pipi dia. Tapi adik x suka! So dia panggil budak tu “Syamil Boboy gile!!!!” Hahahahaha. Baru tadika dh ada admirer.
Dari segi persekolahan dah nampak byk peningkatan. Cuma satu style dia – dia tak suka orang ajar. Kecuali bila dia malas nak tulis, so dia akan suruh ibu pegang tangan dia dan tulis sama-sama. Tapi kalau mcm kita nak ajar spelling ke apa, x pyh lah. Mmg dia takmau! So yg mana dia ingat yg teacher baca kt sekolah, dia akan baca sendiri kt rumah. Duduk saja2 atas kerusi ke dlm kereta ke, klu dia rasa dia nk spelling dia akan buat. Tapi pantang dia – Jgn disuruh! Hahahaha mcm2 ada....
NANA
Nana the gedempol. Nana ni dh start berdiri since umur 9 bulan. Skrg dh masuk 11 bulan. Tapi berdiri saja. Tak berani melangkah. Ada la eksyen setapak dua. Pastu dia akan duduk sendiri. Kalau kita bawak tatih pun taknak. Malas nk angkat kaki gumok dia tu. Hahaha. Nana ni pulak, kecik2 dh pandai mengamuk kalau dia tak puas hati sesuatu perkara. Yang paling dia marah bila makanan yg dia tgh pegang terjatuh atau org ambik. Mmg siap hempas2 badan kt lantai. Hahaha sangat comel! Pastu pandai jugak menjerit bila nk marah kakak-kakak dia. Ni mesti byk belajar dgn Yaya la jerit2 nih... Yang penting, setiap hari mmg geram tengok Nana semakin montel. Nasik takdaklah byk sgt mkn. Tapi susu, biskut, roti, pasta mmg feveret dia. Pantang nampak org pegang makanan, meleleh dah air liur dia mintak belas kasihan orang. Hahaha.
Walaupun rutin harian I nampak sgt padat dan ketat, tapi Alhamdulillah masih lagi mampu meluangkan masa berkualiti dgn anak-anak kesayangan. Merekalah yang menghidupkan dan menceriakan rumah kami. Dengan bergaduh, menjerit, menangis, gelak dan ketawa.
Di kesempatan ini, I ingin mengucapkan terima kasih kepada Amet yg sgt byk membantu dalam menjaga anak2 dan kerja2 rumah... Dan memahami bahawa I memerlukan bantuan :)
Dan I percaya, mereka semua adalah rezeki dari Allah, janji dari Allah, maka I yakin, dia pasti akan sediakan jalan-Nya, utk kami berikan yang terbaik buat anak-anak kami. Amiiinnnn Ya Rabb...