Monday, July 8, 2013

LIFE OH LIFE, BUT IT MUST GO ON!

Day by day, I dah start feeling stress with my time. It’s too short, it’s too tight!!! Well, its not a problem for me to get up very early in the morning (Early as mean pukul 6 a.ka. Subuh time la, not early as 3.00 am huhuhu) But still, I will get very kelam kabut – everyday! Aduh… xtaulah nk cakap mcmana. But by the time masuk duduk dalam kereta tu, mak oi… rasa mcm penat gila! Siap berpeluh-peluh! Rugi jek rasa mandi pagi-pagi tadi.


Sebaik bangun, I mandi, solat, siap beg baju anak-anak and food for Nana..Itu yg sewajibnya dibuat pada waktu pagi sebelum keluar. Tapi…. Kadang2 (selalunya) ada saja ad-hoc tugasan tambahan lain. Tetiba teringat botol air Zuzu n Yaya belum berisi. Teringat stoking sekolah sudah 2 hari dipakai, perlu ditukar – kadang2 cari x jumpa pulak…(sebab kain menimbun belum berlipat dalam bakul).

Oh, I am sure soalan dalam kepala anda – “Kenapa tak buat semua tu siap-siap waktu malam sebelum tidur?”

Ya… anda mmg geliga! Terima kasih. Tapi I mmg sudah lama mencuba dan ada jawapannya! Jgn kecewa ya hahahaha

Biasanya balik rumah waktu malam I akan masak. Even a simple ones like nasik goreng or mee/kueteow/bihun. Klu semangat lebih, I akan masak lauk berjenis-jenis. Kdg2 saja I akan tapau or kami keluar makan. Sebabnya si Zuzu mmg very demanding nak ibu masak. And memandangkan I telah seharian tinggalkan mereka, sedaya upaya I want to fulfill their request. Biar mereka rasa I masih ada dekat dgn mereka. Biar kasih ibu itu terkesan dalam hati mereka. Sob sob sob....

Jadi klu sudah masak, lepas tu sudah tentulah kena basuh pinggan (yg ni usually Amet will take over – thanks!). Kena basuh periuk belanga. Kena lap meja, kemas dapur, lap minyak etc etc…. Ya dapur I mmg sederhana, tiada hood utk menyedut minyak. Mmg sudah lama dan berusia. Tapi yg penting, I sentiasa pastikan ia bersih dan selesa digunakan. Sebab tu setiap kali lepas masak, I luangkan masa agak panjang utk lap on the top, on the stove and dgn dindingnya sekali. Oh, maaf, tapi I selalu ambik pengajaran semasa melawat ke rumah org. Ada yg dapurnya sudah lama, tapi bersih dan kemas sangat2, sejuk mata memandang. Ada pula yg kabinet baru serba moden tapi debu n minyaknya... boleh jual timbang kati! Eh, sorry sudah terpesong sikit ;)

Back to my stories…

Selepas mkn dan berkemas biasanya masa utk homework anak2. Dan juga melayan si kecik gemok gedempon Nana. Klu masih ada lebihan tenaga, I akan sambung melipat kain sambil2 tengok tv. Kain baju ni mmg x pernah habis. Ajaib! Hahaha. Kalau bakul tu kosong, Amet akan buat muka hairan dan kagum to me. Cehhh! Dan dia akan sambung mendobi. Ya, tugas dobi mendobi mmg hak mutlak Amet. I tidak tahu sama ada sabun dan Downy sudah habis atau masih banyak. Jgn tnya saya. Hahaha

Tiba-tiba saja tengok jam sudah jam 11 malam. Mcm tak logic. Masa sudah hampir tamat lagi for another day.

Mcm I katakan tadi, itu semua cuma guideline dasar saja rutin I sehari-hari. Tapi hakikatnya (dan selalunya) semasa tgh lipat kain tu pasti ada tugasan extra, ada yg mintak air milo, ada yg mintak roti cekelat (tak reti2 kenyang), and kdg2 Nana berak smpai terkena baju, dan mcm2 lagi… Sbb tu lah kdg2 lipat kain pun tak habis! After all these, I pun dah melepek, mata pun dh kuyu… and my body needs rest to get started again for tomorrow. Itu belum masuk tugasan nak kena menjerit halau semua orang pergi tido, or otherwise everybody will stick depan tv like forever. Heran sungguh kenapa mata mereka tidak merasa mengantuk like mine?

And the next morning, I will be the first to wake up early again to prepare the same things – beg baju, food for Nana, botol air sekolah etc etc etc….and terkocoh-kacah lagi drive to bbsitter and work….. Uuuuhhhhhh life… it doesn’t sounds so joyful, isn’t it?

And that’s why lah, skrg ni I mmg tengah tergedik-gedik sangat nk find another job, or another source of income, yg at least boleh bagi I masa yg lebih terluang sedikit especially in the morning supaya I perlu termengah-mengah smpai tak cukup nafas setiap pagi! Dan I sangat tak suka membuang masa hampir 2 jam memandu pergi dan balik setiap hari! Oh Allah, please give me a sumber rezeki yg dapat memberikan I lebih masa dan ruang untuk menguruskan rumah tangga dan anak-anak…. Aaaminnnnnn…… (an office near to my house is preferable hehehe)