Salam kasih sayang & salam ceria kawan-kawan semua...
Alhamdulillah..syukur kerana masih ada peluang utk mengupdate di sini..
Kali ni I nk try pakai apps networkedblog-crosspost. Hehehe mmg agak
ketinggalan sikit. But its ok, mmg there's still lots of things that I have to learn everyday... and i love to learn as much as possible selagi hayat dikandung badan.
Actually tadi I ternampak textphoto yg "tokwan angkat" I share kt FB
dia...Hehehe, jgn jeles, tokwan angkat I mat saleh gitewww... Okeh let
see apa yg dia share...
Haaa...nampak tu... Mat Saleh (non-Muslim)
pun ajar & ajak kita bersedekah... Katanya, KUNCI KEKAYAAN tu ialah
dengan BERSEDEKAH, menjadi PEMURAH.
Hmmm... now baru I
teringat, zaman I tinggal kat Saudi dulu, kalau time pi Mekah tu mmg
ramai mak-mak arab yg suka bawak jajan, gula-gula dan mcm-mcm makanan dalam beg depa.
Bila dengar ada anak2 sapa menangis, depa akan bagi benda2 tu. Mmg depa
dh siap2 prepare utk bersedekah. Tak kira bangsa, anak siapa, semua dia bagi. kadang2 dgn ibu pun dpt tumpang merasa sekali. :)
Itulah mudahnya & senangnya nak bersedekah. Tak perlu tunggu ada 2-3 ratus baru nak sedekah. Ada sikit, bagi sikit. Seriusly, ini peringatan yg sangat besar utk diri I. Sebab selama ni I selalu ingat "tak kan la nak bg sedekah RM1 kot?" Ya, jika hanya itu yg kita mampu waktu tu, bagi saja drpd tak bagi langsung!
Kalau tak mula dengan RM1, macam mana nak ringan tangan bagi RM10, RM100 dan seterusnya?
Kalau perkiraan biasa kita : 1-1 = 0
Tapi, perkiraan sedekah : 1-1 = berganda-ganda :)
Sesungguhnya, matematik Allah itu sangat indah.!!! Wallahu'alam...