Sunday, April 5, 2015

CREAM PUFF MUDAH & GEBU

Semalam my cousin, cik Hanis mai rumah. Maka saya buat Nasik Tomato & Ayam Rose. Hanis buat Acar darat - panggilan orang Utara, a.k.a Jelatah panggilan orang Selatan :)

Petang tu taktau nak minum petang apa. Hujan turun lebat. Nak pi beli pisang goreng pun malas. Tengok apa yg ada kat dapuq, maka Tinggg!!!! Dapat idea bernas buat Cream Puff yg dah lama sangat tak buat....

Ketong-ketang-keting tup tap tup tap taaadaaaa...... Siap lah cream puff kami....


Tapi kali ni saya tak buat inti kastard mcm biasa... buat inti Fresh Cream pulak... Saja nak ubah selera sikit.


Okeh, kalau nak cuba buat boleh tengok resepi ni. Actually senang sangat2 buat Cream Puff ni. Kami buat pun sambil mata pejam2 nak terlena ja sbb hari hujan hehehhe... Plus, byk sangat pembantu kat dapur ni... semua nak tolong Kakak, Adik, Nana, Nini.... mmg penuh tangan kat dapur ibu Hahahaha...

Okeh, ni resepi na...

CREAM PUFF MUDAH & GEBU
100g butter
250ml air
150g tepung gandum
3 biji telur
1 sk esen vanila
*garam (kalau pakai marjerin tak perlu masuk garam dah k..)

CARA-CARA :
1. Masuk air dalam periuk, letak atas api sederhana. Masuk butter sampai cair dalam air. Tak perlu tunngu mendidih. Dah cair, tutup api.
2. Angkat dari atas dapur, masuk tepung (+garam) kacau cepat-cepat. Kena cepat, kalau tidak air tersejat dan adunan jadi keras so nanti dh tak gebu.
3. Biar adunan sejuk sekejap. Saya yg nak cepat dokmo ni, masuk terus dalam peti ais. Heheheh
4. Pukul telur + esen vanila sikit (guna sudu ke senduk ke apa2 yg sesuai je...pisau? tak kot ;)
5. Masukkan telur ke dalam adunan yg dah sejuk tadi. Sambil dikacau dengan MIXER. Haaaa...time ni baru angkat keluar mixer.
6. Dah nampak sebati comei lotei, masuk dalam piping beg dan buat lah bentuk apa yg suka. Saya pakai nozel berbucu bintang kat hujung piping beg tu.
7. Renjis sikit air pada adunan atas baking tray tu, pastu bakar.
8. Suhu 200C - 15 minit pertama. Kemudian turunkan ke 180C - 15 minit seterusnya.
9. Siap. Belah tengah dan isikan intinya. Makan :)

INTI FRESH CREAM
250ml fresh cream / dairy whipping cream
1 sb gula halus
1 sk esen vanilla
*saya bahagi 2 adunan - satu perisa vanilla, satu lg perisa mocha.

CARA-CARA :
Campur semua dan kacau guna mixer, kelajuan MINIMUM. Jangan terlebih pukul, jika tidak whiping cream akan separate menjadi pecah lemak dan cair... masa ni dah takleh betulkan balik...
*Tips : Lebih baik kalau peralatan mcm mangkuk & mixer (bhgn besi pengacau sahaja, bukan motornya sekali!) tu  dimasukkan kedalam freeser dahulu. Kalau peralatan sejuk, cream akan cepat naik/kental.

Sekian, Selamat Mencuba :)