Friday, April 3, 2015

MASTITIS a.k.a. RADANG SUSU (PART 2)

Selepas doctor cek sana sini sinun, and confirm demam saya terlalu tinggi + jangkitan susu mula bernanah, so she decided utk masukkan saya ke wad. Saya akan diberikan do antibiotik yg mencukupi. Dan sekiranya bengkak dan nanh itu tak berjaya dihentikan, then maybe dia terpaksa melakukan sedikit operation untuk mengeluarkannya....

Saya hanya mendenar dan mengangguk tanpa mampu bercakap apa-apa. Saya ikut sahaja apa yg doc n nurse tu buat sbb saya mmg betul2 rasa dan kehabisan tenaga masa tu.


Akhirnya saya ditolak ke wad dan di situ saya terlantar selama 2 malam...


Yang kurang bestnya kat DSC ni... takde baju wad untuk salin..dah la saya mmg datang sehelai sepinggang...sebatang kara pulak tu...hahahha...maka mmg pakai lah baju tidur yg semalam tu sampai seharian...
 

Amet pulak, mmg tak dapat datang untuk melawat saya. Maklum saja lah...nak uruskan geng puteri2 gebu kat rumah tu bukannya senang. Dengan si Nini yg kecik tu, mcmana lah dia nak drive ke sini... SAya faham maka saya tak mintak pun dia datang. Tak apa, at least saya dpt berehat secukupnya dan saya perlu pulih secepat mungkin untuk menguruskan lebih banyak urusan di masa hadapan. Saya perlu kembali sebagai ibu yg sihat & kuat untuk anak2!

Rupa-rupanya the next day, Amet & semua anak-anak datang melawat saya dengan keluarga best fren kami, Pak Sheikh & Intan dgn anak2... Hehehe gamat wad saya penuh riuh rendah...terkejut doctor tengok ramainya anak saya! Hahahahha....



Alhamdulillah...berkat doa semua, saya tak perlu dibedah. Yeayyy!!!! The antibiotic works very well on me! Lepas few time perah susu and confirm dah tak ada nanah, so doc did one last check-up and then I'm free to go! Yeayyyyyy!!!!

And well... I drove myself back all alone again. Hahhahaha. Kelas kan, datang check-in ward sendiri, then discharge semua pun buat sendiri. Bila dah jadi mak kepada 4 org anak, mmg tak ada masa nk fikir nak layanan VVIP or nak manja lebih2 na.... yang mana boleh buat, buat je lah. And Alhamdulillah... Allah telah izinkan saya sembuh dan sihat sepenuhnya.

Yang bestnya, saya betul2 serik dan saya telah buang perasaan malas & niat malas nak breatfeed tu jauh2. Betapa besarnya anugerah Allah bagi susu yg berkhasiat ni utk anak2... Da, sampai hari ini, uur Nini sudah 1 tahun 5 bulan dan saya masih menyusukan dia :)

ALHAMDULILLAH