Wednesday, October 28, 2015

EXAM SELEPAS JEREBU

Minggu ni anak-anak (Kakak & Adik) exam. Asalnya jadual exam sekolah kebangsaan supposed to be last week. Tapi keadaaan jerebu was sangat teruk. Hampir seminggu sekolah ditutup. Kat rumah, saya sediakan soalan2 exam yg saya dapat dari pelbagai sumber (google je). Dapatlah isi sikit masa lapang daripada asyik melangut depan tv saja.

Bila tiba minggu ni, jadi agak kelam kabut sikit sbb sekolah agama pun exam jugak. Terpaksalah anak-anak menjawab exam dari pagi sampai petang...kesiannyaaa....

Saya nak push sgt pun rasa kesian pulak. Redha & tawakkal sajalah. Doa,doa dan doa. Saya doa siang malam, dan saya pesan pd adik kakak baca doa sendiri jugak. Bila anak2 exam, ibu yg kalut lebih hahaha.

Antara amalan lain yg elok diamalkan semasa anak-anak exam ni ialah menzikirkan Asmaul Husna berikut :

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...

Ya 'Alim (Yang Maha Mengetahui)
Ya Hakim (Yang Maha Bijaksana)
Ya Rasyid (Yang Maha Pandai)
Ya Nur (Yang Maha Pemberi Cahaya)

Sambil di dalam hati kita berdoa : Ya Allah, Ya Alim, Ya Hakim, Ya Rashid, alirkan ilmu, kebijaksanaan, kecergasan kepada anak-anakku ini. Ya Nur pancarkan cahayaMu ke dalam jiwa & fikiran mereka agar mereka mampu memahami & mengamalkan pelajaran mereka.

Hmm...kerana jerebu, mcm2 jadi kan. Exam tangguh, kerja tanguh. Ada yg jatuh sakit, macam-macam.... Bila lah agaknya ak betul-betul klear jerebu ni....