Tuesday, October 27, 2015

SUARA HATI SEORANG SURI UTK PM YG MENZALIMI

"Sayang, abang terpaksa kurangkan bajet untuk belanja rumah bulan ni. Tol dah naik."

Dia tunduk. Sedih tapi tak terkata. Kalau kata pun tiada apa yg dia boleh ubah. Dalam kepala automatik ligat membuat kira-kira. Brang apa yg boleh dicantas dari list barang keperluan. Susu anak, pampers, beras, makanan utk anak2. Itu yg perlu diutamakan. Lain-lain sabun, clorox apa benda semua mungkin boleh guna jimat2 sikit kot. Untuk penjagaan diri & barangan wanita jauh sekali. Kalau dh betul2 habis ke titisan terakhir nanti baru cari.


Bisnes online yg dia buat pun semakin hari semakin menurun. Ada pembelian kadang2 & jarang2. Semua org sekarang nak berniaga. Maklum saja semua orang memerlukan wang tambahan dalam keadaan ekonomi negara yg sedang menghimpit begini. Tol naik, harga ayam naik, semua hrga naik kecuali pendapatan yg tak banyak naik.

Yakin, rezeki itu dari Allah. Dia sentiasa meminta dari Allah. Tapi usaha tetap kena usaha. Mcm2 dia nk buat. Semua benda kalau boleh dia nak jual.

Tapi masa bukan seharian milik dia. Kena luangkan utk hantar jemput anak sekolah. Kena masak untuk keluarga makan. Rumah kena berkemas. Kain baju kena basuh dan dilipat. Pinggan mangkuk periuk belanga perlu dicuci dan disusun. Tugasan rumah sahaja kalau dikira-kira tak pernah habis. Itu belum campur nak mengajar anak2 mengaji al-Quran, buat homework, layan anak kecil.... Kalau ikut hati penat, badan tak cukup rehat, lemah semangat, mmg dia akan terkulai lembik dgn buat semua tu. Tapi dia sentiasa minta Allah bagi dia kekuatan. Kuat jiwa & raga. Kuat utk semua.

Kalau diperhatikan betul-betul susuk tubuhnya, akan ternampak berat sekali tanggungan deritanya. Kurus, kering, melidi. Kurang belaian barangkali. Hatinya merana tapi senyuman tetap sentiasa dimuka. Disembunyi semua rahsia. Hanya Allah tempat dia berbicara, meminta.

Dalam kepala ligat lagi. "Apa lagi cara aku nak buat ni Ya Allah. Tunjukkan aku jalan yg boleh aku bantu suamiku menyara hidup kami sekeluarga Ya Allah...."

Jobstreet.com dibuka... dah lama dia fikirkan. Mungkin tiba masanya dia terpaksa korbankan cinta kasihnya. Bukan tiada lagi keinginan menjaga anak2 dgn tangan sendiri. Masa bekerja dulu, itulah yg hari2 dia doakan - nak jaga anak2 sendiri, nak masak utk mereka agar dpt makan keberkatan air tangan ibu, nak didik mereka pandai agama dan budi bahasa. Bukan kepalang gembira bila anak2 bawak balik keputusan cemerlang & berjaya. Tapi.... hasilnya kezaliman seorang pemimpin, dia terpaksa lepaskan semuanya.

Tekanan dari semua arah. Kiri kanan depan belakang. Terima kasih.

Bukan senang nak jadi pemimpin. Tapi hakikatnya kita semua adalah pemimpin....

Ketua negara memimpin dan MENJAGA KESEJAHTERAAN RAKYATNYA.
Suami, bapa, ayah memimpin keluarga SEMAKIN DEKAT & RAPAT DENGAN AGAMA & ALLAH.
Isteri, ibu, emak menjaga rumahtangga suaminya MENJADI BAITI JANNATI & ANAK-ANAK MIFTAHUL JANNAH.

Hari-hari nak tulis kira-kira, telur ikan bilis, sardin kobis. Dia dah tak larat nk mengikis.

"Duhai PM, apa yg kau dah rentap dari hidupku dan keluargaku, aku tak halalkan walau setitis pun! Aku mahu bersama anak-anakku tapi kau yg hilangkan semuanya. Kau yg tarik keupayaan kami utk hidup sederhana. Kerana kau aku terpaksa bekerja. Kerana kau rumahtanggaku akan berlontaran segala. Kerana kau makan minum kami semua tak terjaga. Menjawablah kau di akhirat sana!"