Saturday, October 3, 2015

JJCM : MAKAN2 DI RIZQY FOODCOURT, KUANG


Assalamuaaikum semua...lama tak bersiaran... busy mengalahkan menteri. Menteri Hal Ehwal Rumahtangga namanya hahahha.

Haa nih entri backdated, makannya bulan lepas nun.... dah lama dah... sebelum raya haji gitu... Tapi nak share jugakla kat sini, kot2 ada yg tersesat kat Sg. Buloh ni taktau nak makan kat mana kan...

Meh lah cuba menjamu selera di Rizqy Foodcourt ni.  Letaknya di Kg. Cempedak, Kuang. Tepi jalan besar, tak susah pun dari jauh nampak dah lampu liplap liplap, hah ya la dah tu.

Macam2 jenis makanan ada kat sini. Dia buat konsep gerai2 yg jual macam2. Ada gerai pelbagai jenis kueteow, segala sup, western food, murtabak cheese, jajan2 mcm kepok lekor otak2 tauhu bakar, nasi kukus, dan macam2 lagi lah.

Tanah lapang, meja banyak, jadi memang selesa utk yg berkeluarga besar mahupun yg dtg geng ramai2.

Hari tu, Zuzu & Yaya choose Maryland Chicken Chop ni. Sedap. Ibu pun turut sama menikmati hehehe...

Okeh, yang ni ibu punya. Special char kueteow ketam. Cuma bagi ibu yg pure tekak utara ni rasanya kueteow tu belum memenuhi piawaian char kueteow yg sebenar.... MAybe tukang masak gerai ni perlu JJCM ke Penang dan bertapa lebih lama sikit utk merasai resepi sebenar char kueteow.


Apa-apa pun semua enjoy ja makan... Nini paling byk makan sbb merata pinggan orag dia pi merasa :)

Ayah dgn muka pulun, memotong chicken chop utk anak2. Potong siap2 kecik jadi tak berlemoih bila depa nak makan. OK, ibu menjamu selera dulu la no...hehehe

Alhamdulillah. Rezeki hari ni (hari tu).