Thursday, October 15, 2015

RESIDENCE INN, CHERATING

Haaaa... ni baru nak mengabadikan kenangan tentang Residence Inn Cherating ni... dah berkurun lama dik non oi... sebelum puasa lagi pi bercuti kat sana...

Belek punya belek gambar2 dalem henfon, alamak terperasan gambar ni. Nak tempek dalam blog ni pun bukan apa, utk reference sendiri akan datang jugak... dan boleh lah kalau kawan2 nak tengok mcmana gambaran tempat ni.

First thing first nak cakap -->>> SANGAT PUAS HATI!

Haaa...gitewwww...mmg best sebab  tak sangka tau bilik dia luas gila, dengan 2 katil Queen mmg sesuwaiii sangat utk akak yg anak ramai ni...

Mula2 masa booking tu just pilih katil Queen je lah, tak tau la pulak ada2 bijik. Harga? Teramat sangat berbaloi2 la dik non dgn bilik seluas alam mcm ni... hanya RM270++. Masa tu saya booking dari Booking.com mcm selalu...

Ada ruang kerja & ruang tv yg sangat luas jugak. Kiranya kalau ada satu lagi family seramai kami ni pun mmg boleh muat. Tinggal bawak Toto ja buat tido...
 
 Haaa.. kali ni takdak la nak bergaduh berebut katil dgn Zuzu & Yaya. Hahahha kalau tidak, bila pi hotel ja 2 org tu mesti gaduh dgn ibu & ayah nk tido atas katil :P

 Meja solek seluas-luasnya. Susun lah segala mekap, losyen maknenek semua boleh.

 Ni pemandangan dari balkoni bilik. Memang semua bilik dia akan mengadap pool. So, nasib lah kan nak kena melayan soalan2 berkaitan mandi manda siang & malam. *nanges*


 Pool pun sangat2 luas, bersih. Ada pool kanak2 & baby yg belakang sebelah kanan tu. Ada jacuzzi yg belakang sebelah kiri tu. Yg pool dewasa ni sedalam 1.6 m so i am tenggelam kalau tak boleh berenang hahahaha. But i am a good swimmer...so no problem. Yang sorang lg tu nasib baik dia tinggi, tp tak pandai berenang hahahhaa

Ok, tak ada gambar kami mandi manda sebab terlalu syiok sgt mandi sampai tak sempat bergambar hahahah.

Ok, gambar mandi manda telah dijumpai oleh superhero kami encik Amet. Saya tempek kt sini ya...


 Pool kanak-kanak pun cukup luas...memang tak perlu berebut dgn orang ramai... 

Nini yg sangat syiok mandi manda.... sampai lebam biru mulut pun takmau naik lagi...aduhai...another addition of Hnatu Ayaq gang hehhehe

 Zuzu & Yaya so happy sebab dapat hadiah swimmning suit baru dari AyahChik. Mmg sesuai sgt hadiah ni dgn depa berdua ni... thank you ayahChik :)

Dinner malam kedua kami cuba kedai ni sebab agak glamer kat internet hihihi... Dh namanya kedai ikan bakar, so kami pun order ikan bakar lah dan jugak lauk2 lain.. rasa quite ok ... and harga pun boleh lah. tak mahal tak murah.

Kami stay for 3 day 2 night, and aktiviti adalah sepenuhnya berendam dlm kolam sampai kolam tutup!
Oh breakfast included and makanan pun quite good, and ada banyak choice.

So mmg RECOMENDED for those yg nak jalan2 kat Cherating, try lah hotel ni ok.

Sekian, bubbye~