Tuesday, November 24, 2015

TAHNIAH ANAK-ANAK IBU!

Ada banyak kisah di sebalik kejayaan anak-anak dalam exam kali ni. And, as usual, semuanya kisah kelam kabut! Hahahaha

Tersebutlah kisah, sepatutnya Peperiksaan Akhir Tahun utk sekolah kebangsaan diaturkan pada 19 Okt, tetapi pada masa tu jerebu mmg berada pada tahap yg teramat sgt kritikal. Setelah hampir seminggu sekolah dicutikan, pada hari Rabu tu Amet telah membuat pengumuman kpd kami semua utk balik kampung. Yeaayyyyyy!!!!!!

Oooo La La La!!! Semua menari-nari mengemas beg nk balik kampung. Syok la balik time bukan musim cuti. Jalan lapang, R&R pun tenang... Maka lupalah kami kpd peperiksaan... Hahhahaaha

Kebetulan pula, minggu tu ialah Hari Konvokesyen utk adik ipar & biras saya, Cikngah Ayu & Zul. So mmg enjoylah. Dgn buat BBQ, dgn mandi kolam. Eeewaahhhh dh mcm cuti sekolah pulak.

Sebaik habis event konvo hari Ahad tu, kami pun balik lah ke KL. Sampai rumah dlm pukul 2 pagi.

Next morning, Zuzu & Yaya rasa mcm malas2 pulak nk pi sekolah KAFA. Oklah, takpa ibu bg chance rehat sbb long distance travel kononnya. Bila petang, depa pun pi sekolah kebangsaan, and as per expected mmg exam starts hari tu. So berbekalkan latihan yg kami buat beberapa minggu yg lalu, berserta doa & tawakkal kpd Allah mereka pun menduduki peperiksaan....

Yang bestnyaa...... kawan2 depa dari sekolah KAFA cakap..... PAGI TADI START EXAM UTK SEKOLAH AGAMA JUGAK!!!!

Aiyakkkkkk!!!! Rasa nak pengsan dh ibu bila dpt tau. Dah la sebijik habuk perkataan pun tak baca langsung utk sekolah KAFA. Mmg tak buat persediaan langsung2. Sebab ingat lambat lagi examnya...since cikgu pun tak ada bg surat atau desas desus apa sebelum ni.... aduhhhh...

So esoknya, ibu siap buat surat permohonan reseat exam gantian. Dan anak2 pun dgn redho pi lah jawap exam tanpa persediaan apa2. Nak bersedia apanya, dh la minggu ni jgk exam sekolah kebangsaan. Aduhaiii...

Maka saya pesan pada anak2... DOA BANYAK2. DOA LEBIH DARI USAHA. DOA LEBIH DARI BACA BUKU. INGAT KAT ALLAH, MINTAK KAT ALLAH. HANYA ALLAH YG AKAN TOLONG KAKAK & ADIK.

Kebetulan pulak, time tu saya pulak "cuti" solat. Huhuhu tak dapatlah nak buat solat hajat utk anak2. Rasa ralat sangat2. Tapi saya ingat ceramah Dr. Wan Maseri ttg doa dgn Asmaul Husna. Terus saya amalkan sepanjang masa anak2 dalam minggu exam tu.

Bacaannya saya ada letak di SINI.

Kami habiskan exam dgn penyerahan sepenuhnya kepada Allah. Tawakkal setelah buat sehabis baik.

Seminngu selepas itu, keputusan mula keluar sikit demi sedikit. Dan setiap kali mereka bawak balik kertas exam, saya hanya mampu tersenyum dan mengucap syukur sepenuhnya kpd Allah... kadang2 senyum sampai menangis.... Masya Allah.... terima kasih Allah jadikan anak2 saya cemerlang, bijak dan cerdas.

Akhirnya, semua result keluar. Dan hasilnya...

Sekolah KAFA
Zuzu : Mid Sem  No. 7, Sem Akhir No. 2
Yaya : Mid Sem No. 12, Sem Akhir No. 5

 Zuzu menerima Anugerah Tempat Ke-2 dalam kelas di sekolah KAFA.


Sekolah Kebangsaan
Zuzu : Mid Sem - Dalam Kelas : 32/38, Dalam Darjah : 112/225
          Sem Akhir - Dalam Kelas : 9/38, Dalam Darjah : 23/225

Yaya : Mid Sem - Dalam Kelas : 7/38, Dalam Darjah : 32/227
          Sem Akhir - Dalam Kelas : 8/38, Dalam Darjah : 32/227

 Peningkatan terlalu mendadak utk Zuzu, melayakkan dia menerima anugerah khas - Peningkatan Prestasi di sekolah. 

Alhamdulillah.... mmg mengalir air mata bila dia tunjuk surat tu. Iya, walaupun bukan dapat No. 1 tp nampak kesungguhan dia berusaha 'bangun' dari kejatuhan semester lalu. Itu yg sangat2 ibu suka. 


 Yaya pulak dapat anugerah matapelajaran terbaik (Muzik) hehehe... ibu rasa sbb suara dia yg terlalu nyaring tu, asyik2 suara dia ja kot yg cikgu dengar dalam kelas hahahaha...

Alhamdulillah.... semua happy. Dan yg paling penting, mereka belajar mengenal erti berdoa, meminta & bertawakkal sepnuhnya kepada Allah. Inilah part yg paling penting kerana ilmu ini akan mereka aplikasikan sepanjang kehidupan, insya Allah...

Monday, November 16, 2015

MOIST BUTTER CAKE PALING MUDAH & PALING SEDAP & PALING MOIST.

Ok serius-serius-serius-ly. Inilah butter cake yang paaaaling teramat paaling mudah senang simple yet sedap sekali pernah saya buat! Hahahahha...over sangat kan "paling"nya tu.

Tapi mmg betul. Tak percaya? Jom tegok resepi dan u ollss boleh cuba sendiri. Sambil2 sembang dgn jiran belakang rumah pun boleh buat. Tiba2 je dah siap.

Meh tengok resepi.

MOIST BUTTER CAKE MUDAH & SEDAP

Bahan-bahan  (6 bahan saja tau!)

(A)

250 GM mentega
170 GM gula kastor
210 GM tepung gandum
1 sk baking powder

(B)

5 biji telur
1/2 sk esen vanila


Cara-cara

Masukkan semua bahan-bahan A dalam mangkuk. Haaa senang kan. Masuk semua! I loikeee... Then, putar sehingga sebati.

Masukkan satu demi satu telur dan esen. Putar sebati. Telur terakhir jangan putar lama sangat.



Panaskan oven 170 darjah. Masukkan adunan dalam loyang yang telah disapu mentega atau gunalah baking paper. Saya guna loyang bulat 9 inci. Ngam-nga sui dgn kandungan resepi ni.


Gris sikit2 dgn butter. Pastu masukkan adunan ke dalam loyang. Goyang2 dangdut sikit :)


Dah penat bergoyang, masukkanlah ke dalam oven. Pastikan oven dh cukup  panas tau.


Taaraaaa....after 45 minit dah siap! Tapi saya rasa, kek saya yg kali ni agakhangt sikit sbb tertido... Hahahhahaha.


Haaaa nampak kan ke-moist-an butter cake ni. Encik Amet pun cakap sedap & suka sangat. Sebab butter cake ni simple, tp wonderful. Susah nak describe da punya misteri tu...


Sekianlah. Actually ni dah kali ke-2 saya buat. Saya mmg suka benda2 yg mudah n cepat sb anak ramai berderet semua nak express hahaha.

Kredit to : http://emiliaputeri.blogspot.my penyumbang asal resepi :)

KL~ INTERNATIONAL BABYWEARING WEEK 2015

Alhamdulillah...selesai lah sudah sebuah projek besar-besaran kami tahun ini. Hahahha mcm la i ni organizer event sangat kan... Hehehe berangan saja...

Well, actually kami telah join this event as one of the vendor. Alhamdulillah...sgt2 seronok. Kami join as @kopi_kita & juga @dapur_maktok (sila follow Instagram kami ya!)

Seperti namanya, kami jual makanan & minuman. Memang teruja sangat2. Cuma part yg letihnya masa nk buat preparation. Sebab all those foods & drinks yg jual tu I homemade by myself all alone! Masya Allah.... terima kasih Allah yg bagi saya kekuatan magik buat semua tu. Seriusly, saya tak dapat bygkan entah mcmana saya dpt kudrat, tp saya percaya semuanya adalah kekuatan dari Allah yg membantu.


So, we were here.... :)

Memula kita tayang gambar sales assistant dulu... layan customer tu elok2....jgn main2. Nanti tak dapat gaji!

My sales assistant that day. Hensem ke idok? Hahaha

Breakfast menu - Hot Hotdog 

Lunch Menu - Nasi Ayam Goreng Kunyit Thai.

Brown sauce for Meatball Heaven. Yang ni mmg top-seller.

Spaghetti Bolognese Chicken Mushroom - pun one the paling laris :)

Price tag theme chevron. Nampak sangat la skrg saya tgh gila chevron. Tengok header baru blog pun dah tau la kan. Hehehe

Haaa.... ni dia towkey of the day! Hahahahha

Yeaaahhhh my babies!

Pembantu2 cilik yg melompat sini sana. Sebelah kanan rambut tebuan tu ialah my niece. Actually my sister, Kak Ngah yg selalu join event babywearer ni. So dia lah yg ajak saya join sekaki.

Zuzu dapat hadiah! They played games and she wins twice! Thats why we all enjoyed the event so much. Tak bosan sbb ada mcm2 aktiviti for kids n parents too. Not only limited to babywearers but everyone yg nak join dipersilakan :)

At our beautiful booth :)

The foods neatly arranged. And Kak Ngah bagi microwave sekali to reheat. Thats a boost to choose our foods yeahhh!

Nana & Nisriin pemenang mengumpul gula-gula. Apa nak dikata dah mmg itu makanan depa hari-hari....

So, next year insya Allah. Kami akan join lagi dgn preparation yg lebih mantap! Amin....

Thank you semua yg telah menjayakan #mbwibw2015

Monday, November 9, 2015

PESAN PAK IMAM TENTANG TAHAJJUD

Macam biasa, pas solat. Pak imam ngn bang bikai bertenggek di tangga surau.
"Apa khabar tahajjud kau?"
Pak imam tanya. Terpele'ot soalan menikam jiwa raga betul.
Bang bikai sengih-sengih sambil mencari kutu di kepala pak imam. PIAPPPPP
"Lama dah tak buat sebenarnya. Entahlah, kalau tidur je, terus sedar-sedar dah pukul 6.30 sekarang ni. Kadang rapat pukul 7." Bang bikai jawab selamba tak bersalah pun.
Pak imam menggelengkan kepala.

"Bilalah kau nak jadi muslim yang baik macam ni. Manusia ni, hebat berkata-kata kebaikan di internet zaman sekarang ni. Tapi, saat menuntut untuk menunaikan kata-kata, majoritinya tumpas.

Nasihat suruh tahajjud. Tapi, dia sendiri tidur lewat menatap komputer. Tutup komputer, sambung di fon pula. Dah baring pukul 11 malam, pukul 3 pagi masih online. Habis di Facebook, sambung di Twitter, kemudian di Instagram, lepas tu di Telegram.

Ya Allah, hati letih, tapi nafsu tidak pernah puas. Badan letih, tetapi mata yang tidak dididik terus menjadi raja.

Lemah. Muslim yang lemah."

Bang bikai tunduk tersipu malu. Maklumlah orang salah kan.
"Ye lah, mam. Saya ni kan pendosa. Manalah boleh jadi malaikat macam pak imam."
PIAPPPPP
Senget hidung jap dijentik pak imam.
Allah berfirman,

“Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan selalu memohonkan ampunan di waktu pagi sebelum fajar.” (QS. Adz Dzariyat: 17-18)

Ini calon ahli Syurga.
Pak imam menyambung kata.
"Kau kena tiru gaya Nabi s.a.w. Tidur awal setelah Isyak untuk bangun pula di sepertiga malam.

Kalau kau tak boleh bangun pun, kenapa kau tak letak azam dan niat sungguh-sungguh untuk bangun?

Bukti iman di tahap terendah; di hati langsung tiada hajat untuk bangun. Yang menguasai adalah malas. Yang rajin, main fon."

"Allah berfirman:

"“Hai orang yang berselimut, bangunlah pada sebahagian malam (untuk solat), separuhnya atau kurangi atau lebihi sedikit dari itu. Dan bacalah Al-Qur’an dengan tartil.” (QS. AlMuzammil: 1-4)

Allah seru Rasulullah s.a.w. bangun. Malahan, solat malam menjadi kewajipan pada Baginda s.a.w. dan sunnah muakkad pada umatnya.

Selimut itu bila dikiaskan kepada kita pada zaman sekarang; bukan setakat selimut tidur kita, tetapi kemalasan kita dan segala benda yang menghalang kita dari bangun.

Kalau fon adalah penghalang, fon itulah 'selimut' yang menutupi hati-hati kita."
Bang bikai terkedu.
Pak imam berdiri dan teruskan ceramah freenya.
"Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berilah makanan, sambunglah tali persaudaraan dan solatlah ketika manusia terlelap tidur pada waktu malam nescaya engkau akan masuk syurga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah)"

"Bukan susah masuk Syurga kecuali kitalah yang kata nak ke Syurga tapi kaki yang rajin melangkah ke Neraka."
"Kau tengok tak jualan katil dan tilam di pasaraya? Fuh, harga sampai RM10 ribu pun ada satu set. Semata-mata tilam empuk, tilam spring, tilam queen king bishop dan macam-macam lagilah jenamanya.

Sampai begitu sekali manusia sanggup berhabis janji tidur mereka selesa. Tidur mereka tak terganggu. Tidur mereka terbuai indah.

Sedangkan Nabi s.a.w. tidur beralaskan belulang iaitu kulit yg diisi pelepah tamar. Saidatina Aisyah r.a berkata bahawa alas tidur Rasulullah SAW adalah daripada kulit yang diisi dengan serabut. Itu yang disebut dalam riwayat Bukhari.

Sampai berbekas di badan Nabi s.a.w. Ya Allah...Nabi s.a.w. yang begitu mulia pun tidur dengan serba daif. Kita pula tak pernah ingat pada Nabi s.a.w. yang memilih hidup penuh kesederhanaan.

Bantal tidur kita pun lebih dari satu sedangkan Nabi s.a.w. meletakkan tangan kanannya di bawah pipi sambil berbaring mengiring sebelah kanan.

Mana ada bantal empuk. Mana ada bantal gebu. Mana ada bantal golek. Tak ada!"
"Dalam riwayat lain dari Abdullah Ibn Mas’ud  r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. tidur di atas tikar dan bangun selepas itu dalam keadaannya badannya  berbekas. Lalu dibawa kepadanya oleh sahabat hamparan yang lembut.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Apakah kedudukan aku di dunia ini? Tidakkah aku di dunia ini melainkan seumpama seorang pengembara yang berteduh di bawah pokok kemudian berlalu meninggalkannya?"

Sedangkan kita merasakan dunia ini milik kita. Bilik, tilam, katil, selimut, keselesaan tidur adalah milik kita.

Kita tak rasa kita adalah musafir. Musafir tidak bawa tilam dan katil. Cuma bawa bekalan makanan yang diperlukan. Bawa benda-benda penting saja.

Bekalan amalan soleh adalah yang terpenting untuk dibawa ke akhirat!"

Pak imam bercekak pinggang.
Bang bikai rasa sebak pula. Tacink. Tisu mane.
"Hidup ini, sematkan di hati;

Mencari ketaqwaan dalam sinar kehambaan."
Pak imam noktahkan ceramahnya di situ.
Bang bikai memeluk kaki pak imam. Menangis tersedu-sedan.

"Dah kenapa kau menangis?" Pak imam berkerut kening.

Bang bikai sambil menyapu air mata kesedihan berkata,

"Terlepas Anugerah Skrin Maksiats. Nak tengok, nak tengok.."

PIAPPPPPPPPPP

Dan hidungku berguguran...

Sekain.

Monday, November 2, 2015

JJCM : MENYERBU CHEESE NAAN LELEH TERBAIK DI RSMY

Tuudiiaaaa..... buat dah versi tajuk takleh blah hahhaha. 

Ok, hari ini saya demam. Maybe sebab makan byk sangat Cheese Naan semalam? Hanya saya yg tahu hahaha. Ok, demam tak boleh gelak byk sangat. Tulis je diam2.

Baik, Jumaat malam encik Amet biasanya melepak dgn kekawan dia selepas kerja sampai pagi. No problem. Jangan kacau tidurku sudah hahaha.

So celik je mata pagi2 tu dia bercerita sakan perihal dia melepak dgn geng kat Restoran RSMY ni yg ada cheese naan leleh tahap takleh lupa. Siap bersembur2 air liur dia menceritakan kelaztan cheese naan tersebut padaku. Bagus kan suami ku? Dah la lepak makan best2 dgn kekawan tinggal daku mn nasik goreng kt rumah, balik mai dok cerita baikkk punya.

So, saya mintak dia bawak saya & anak2 dgn kadar segera ke restoran tersebut. Maka petang semalam, Ahad lepas Asar kami pun meluncur ke tengah2 bandaraya KL demi berjumpa dgn RSMY. Hmmm...mula2 saya ingat restoran India ke apa sbb nama tu mcm singkata RamaSamy jew? Hahahaha...

Bukan... RSMY ialah singkatan kepada Restoren Selera MY (Malaysia). Ooooooooooo....
Konsep makanan dia katanya lebih kpd makanan Pakistan. Saya tak pasti tapi ada mcm2 jenis roti, beryani & kuah.

Rupa2nya pemilik RSMY ni pun orang Melayu Malaysia. Ooooooo.... Mereka ialah Dato' Mohd. usof & Datin Nur Hidayah yg berasal dari Terengganu. Hebatlah!

Opss..dok cerita sejarah restoran la plak kan. Saya tau u alls mesti nk tanya kat mana ni? Cepatla kami pun nak pi! Hehehe... 

RESTORAN RSMY
Lokasi : Jalan Medan Tuanku, KL
(Berdepan/seberang dgn Maju Junction, Ada Restoran Lotus tu, haa masuk lorong tu sampai tgh2 ok)

Masa kami sampai tu mmg orang raaaaaaaaaaaamai gila!!! Siap berdiri sebelah2 meja nk berebut. Huhuhu...
Nasib baik encik Amet buat skill teknik mengelirukan musuh, maka agak cepat jugak kami dapat meja.

 
Mula-mula ayaq lah yg sampai dulu. Lama jugak tunggu makanan sampai. Logiklah kalau ditengok dgn ramainya customer masa tu. Saya order Teh Halia, Amet - Teh Tarik, Kakak - Limau ais, Yaya - Laici, Nana - Ribena. Nini - tak habis2 dgn youtube.

Nak try kambing dia. Memang sedap. Anak2 semua pun pakat pulun makan sampai licin kuah tu. Hapa ke nama kuah ni saya dh lupa hehehe.
Tapi ada banyak jenis cicahan lagi. Ada Keema (org Johor suka la kan), Chicken apabendanamantah, dhal dan Tandoori.

Tengok! Cheesy ooey goey!

Kakak pun nak tarik jugak. Memang terpaksa tarik sbb seriusly berlambak2 gila cheese dia.

Nana mintak ibu ambik gamar dia. Rupa2nya dia nak posig muka mcm ni. Aduiiii.... Naan tu mmg gebu, lembut, nampka je kecik tapi teramatlah kenyang.

Haaa... sampai ke cebisan terakhir pun cheese dia tak habis2 meleleh. Mmg seriusly super duper the most bestest cheese naan lah! Tak kedekut langsung cheese. And style dia mmg letak segenggam cheese. Bukan pakai cheese yg cheddar keping2 mcm kedai mamak2 lain biasa tu tau.

Semoga owner restoran ni dimurahkan rezeki sbb ikhlas sgt2 buat menu ni. Harga pun standard ja dgn tempat lain, iaitu RM6 tapi isinya mmg sangat berbaloi2.

Now, terjawablah sudah kelazatan Cheese Naan Leleh terbaik di abad ini. Hahaha.

Plan next time nk pi rasa beryani dia pulak insya Allah...