Thursday, March 31, 2016

SYIOKNYA BALIK KAMPUNG!

Cuti sekolah baru-baru ni kami balik kampung yeayyy!!! Bukan 2-3 hari tapi seminggu! Yeayeayyy!!! Hahaha ni mak yg lebih dari anak2. 

Alkisahnya, bermula saja cuti sekolah sabtu tu kami bertolak ke Taiping. Ada majlis perkahwinan 2 pupu encik Amet. Tapi depa ni mmg rapat dan keluarganya pun teramat sangat friendly dan teramah mesra. Mmg havoc dan best family makteh ni. For me yg first time berjumpa depa pun dah rasa mcm dah lama dok sekampung. Hhaahahaha...syiok!
Tahniah buat Arip & isteri. Semoga bahagia ke Jannah...
 
Kami bermalam selama 2 malam di homestay yg disediakan di Taiping. Selesai majlis, malam tu kami (dgn family sebelah Amet) sempat ke Night Safari Zoo Taiping. Waahhhh my first time pi night safari nih. Excited! And the best thing is, one of my FIL's friend is somebody kt Taiping ni. So dia bg kami VVIP service - dpt personal zookeeper & special trem yg just bawak kami 1 family je. Yeayyyyy!!!!
Makan Yong Tau Foo dan Rojak Sotong yang glamer kat Taiping. Kalau nak cuba, silalah waze Balai Bomba Taiping. Kat belakang tu ada foodcourt ni. Penuh dgn YTF, pilih saja yg mana berkenan di hati :)


Semua khusyuk dengar rules & regulation dan info2 menarik yg disampaikan oleh personal zookeeper kami malam tu, yg lebih mesra dipanggil Ustaz shja... dan beliau ni mmg betul2 seorang ustaz yg mengajar di IKM Kulim. Siang mengajar, malam jaga Night safari. Mmg betul2 pencinta haiwan ni...

Peta Zoo Taiping. Luas jugak.

After Taiping, kami pun terus balik ke kampung halaman, Perlis Indera Kayangan.

Kat kg pulak, kami dh lama berpalnning dm wasap grup nk buat BBQ sepupu sepapat sebelah family saya. Sepupu2 saya mmg teramat ramai kalau dikumpulkan semuanya. Boleh tak muat rumah heheheh. Tapi kali ni ramai jugak yg tak ada sbb urusan masing2 di perantauan. So yg mana ada sajalah...tu pun dh cukup meriah.

Team bakaq. Dari kiri : Najib (adik ipaq), Abg. Sham (sepupu), Jen (sepupu)


Geng pompuan tgh susun makanan atas meja dpn rumah arwah Tok Limah.


Geng dapuq terdiri dari Cik Ton, Kak Ngah (berlakon ja tu), Mak (dok melawa) dan NIni.

Tukang "pelekat" api - Mr. Amet.

Geng kanak2 bermain sepuas-puas hati tanpa mengenal erti malam atau siang. Kalau ada nyang mesti hangpa dh kena letiaq.

sesekali dapat berkumpul semua mcm ni mmg best. meriah. lupa sat segala urusan yg memeningkan kepala.

yang bestnya, time balik kampung mcm ni lah saya & Amet akan ambik kesempatan pi dating berdua-duaan sbb ramai org boleh tolong jaga anak2 hehehe... tapi memandangkan masa balik hari tu cuaca terlampau panas, maka kami hanya berdating sekali saja ke Padang Besaq. Lepas tu duduk memerap saja dlm rumah. Mmg teramat sangat panasnya masya Allah...

Lepas balik dr kampung, mmg kami semua demam berturut-turut huhuuhu...

Gambar hiasan penumpang dalam kereta semasa perjalanan balik kampung hehehehe....