Sejak saya mula menjadi surirumah lebih kurang 2 tahun lalu, mcm2 perasaan yg saya lalui. Ya, its not easy. Antara rasa kasih dan sayang utk sentiasa bersama anak2, dan juga keinginan utk bergaji besar, berbelanja mengikut keinginan (nafsu) sendiri, mmg seringkali menyerang otak saya.
Pelbagai bisnes saya cuba lakukan. Alhamdulillah. Semuanya mmg berhasil. Tetapi tuntutan masa untuk berbisnes tidak kurang sibuknya. Hampir sama dgn bekerja sepenuh masa. Malah kadangkala lebih meletihkan sbb terpaksa buat pelbagai perkara di samping kerja rumah yg tak pernah habis. Ya lah, mana boleh asyik tumpu pada bisnes sampai anak2 tak makan, baju tak berlipat. Nanti pelik pulak sang suami, kata duduk rumah? Awat bersepah mcm tak ada orang kt rumah pulak ni?
Nak sabar melalui peperangan minda ni mmg sukar. Adakalanya saya jadi tak kuat dan merengek jugak mintak nak kerja semula. Tapi bila disogok kata2 manis Amet, saya sejuk balik hehheehe.
Sehinggalah sekarang, saya memilih untuk mencari rezeki dalam bidang hartanah pula. Ok, bidang ni kalau asyik tengok bahagian income mmg .agak lumayan insya Allah.
Tetapi, nak close sesuatu deal bukanlah as easy as it seems to be. Bermula dari kerenah owner, sampailah pembeli, sampailah ke urusan bank & lawyer... phewwwww.... saya rasa apa yg kami dapat hanyalah cukup2 menggantikan segala pengorbanan yg kami lalui saja.
Saya nak kongsi kisah seorang owner yg nak sewakan rumah. Owner ni awal2 lagi dah buat darah kami menyirap tapi masa tu kami masih lagi bersabar. Masa mula2 jumpa dia tu, pintu rumah tak dapat dibuka. Sebab katanya agen lama tak pulangkan kunci. Saya tak pasti kenapa owner tak simpan satu set kunci spare sedangkan dia adalah tuan rumah!
<----- 1="" anda.="" kunci="" p="" pada="" peringatan="" set="" simpan="">
Dipendekkan cerita, setelah menunggu selama 2 jam setengah, sampai kena panggil locksmith utk setelkan hal pintu tu, kami pun dapat masuk dan gantung banner utk disewa.
Pada hari itu jugak, baru owner tersebut bgtau yg rumah tu atas nama dia & bekas suami dan mereka baru sahaja bercerai dalam sebulan lebih. Aduh....bakal mengundang masalah nih (fikir saya dlm hati tp masih cuba cool lagi). Tapi dia cakap tak apa sbb dia dan ex-suami dh bersetuju utk dia uruskan urusan sewa rumah tu.
Baru 2 minggu pasang banner, dia dh mula panas b*nt*t asyik wasapp saya. Mmg ada org yg tgok rumah tu beberapa kali, tetapi kurang berkenan dan ada juga yg tak mampu dgn fee nya. So, sebagai seorang agen/negotiator, tugas saya adalah menasihatinya utk membuat kondisi rumah tu nampak lebih elok dan menarik minat penyewa. Saya pun advise lah dia utk membersihkan rumah tu dan re-arrange balik perabot2 yg nampak krg manis dipandang mata. malangnya, nasihat saya disambut acuh tak acuh malah nadanya boleh saya assume sebagai : dia tak akan cuci rumah tu!
And the best part is, owner mula menyatakan yg ex-husbandnya sudah mula "menyerang" utk mengambil alih pengurusan sewa rumah tersebut. Hmmmm...betullah jangkaan saya...lama kelamaan bulan pasti jatuh ke riba...Hahahaha sakit oiiiii!!!!
Sekianlah. Saya masih lagi berfikir sama ada utk lepaskan sahaja rumah ini memandangkan isu ini berkaitan hal rumahtangga dan saya tak mahu bengkak kepala kena baling dgn lesung batu!----->