Tuesday, April 12, 2016

NANA DAH MULA SEKOLAH!


Tahun 2016 ni, anak manja ibu si Aryana Zakiyah a.k.a Nana dah mula bersekolah. Hehehe dah nak masuk setengah tahun baru nak cerita kan. Baguih la ibu ni....

So daam hujung tahun lepas tu, ibu & ayah dah mula sapkan serba sikit keperluan Nana nak ke sekolah. Beli beg sekolah dan alat2 tulis.... baju tak beli lagi sebabnya... kami belum pun daftar kemana-mana tadika pun lagi masa tu hehehe...

At first, kami nak daftar kan dia di tadika Islam yg sekai dgn sekolah agama Zuzu & Yaya. Jadi senang, masa ambik kakak2 balik sekolah boleh sekali ambik Nana. Time balik pun lebih kurang sama.
Jadi kami pun dh siap2 ambik borang befire cuti sekolah lagi. Tapi nasib tak menyebelahi kami, masa nak submit borang tu cikgu cakap temapt dah penuh. Then dia pesan kalau nak cuba daftar jugak bleh lah datang masa first day sekolah bukak nanti.

Kami pun datang & tunggu masa tu...tapi mmg betul2 full dan tak ada org yg tarik diri. Alahai...rajin pulak budak2 ni nak sekolah hahaha. Oklah takpe. Rilek2 dulu kami jalan2 ronda2 cari sekolah. Mmg niat di hati kali ni biarlah daftar tadika Islam. Takmau dah sekolah sekular mcm kakak2 dulu. Sampaikan si Yaya dulu siap pandai baca doa makan Hindu lagi! Aiyakkkk!!! Bahaya jgk kalau tak pandai control...

So kami jumpa satu Pasti ni dalam kampung dekat2 area rumah ni jugak. Kebetulan mmg ada kosong utk kelas 4 tahun. Cikgu cakap klu 5 tahun mmg dia tak dapat tolong dah. Wahhhhh semua tadika Islam mmg full la skrg ni... Saya pulak mmg suka Pasti. Sbb silibusnya dah mantap! Lengkap dgn tatacara hidup seorang Muslim, doa2, solat dan matapelajaran lain pun mmg lengkap.

So oklah, daftar terus Nana kat situ. Yuran pendaftaran hanya RM245 untuk setahun termasuk baju dan lain2 keperluan. Yuran bulanan iaah RM80. Alhamdulillah..... banyak sangat bezanya dari segi kos & subjek di sini. Syukur sangat2...

Hari-hari balik sekolah Nana dapat baca doa2 baru... ayat2 hafazan surah lazim... seronok sangat rasanya...berbeza etul dgn zaman tadika kakak2 dulu...

Other activities more to playschool activities..belajar sambil main2.. aktifkan motor skill dulu mcm guna gunting, gam dan sebagainya.

Hari Jumaat pulak ialah hari sukan setiap minggu. Kalau tak buat aktiviti sukan pun, pelajar akan buat gotong royong cuci2 sikit kawasan sekolah.

Hehehe ni cikgu whatsapp gambar Nana dalam kelas. Tekun ja belajar tu. Oppss Nana saiz paling besaq dalam kelas 4 tahun hahaha.

Semoga Nana menjadi anak solehah, menyayangi & disayangai Allah & Rasul ya...
*cuma buas & notty dia masih tak berkurangan.. adoi...