"Abudi ko kerja apa? Hari-hari melompat ke? Macam mana ko dapat travel banyak tempat? Ko disponsor ke macam mana? Ko nak melompat sampai bila?"
Ya. Saya hari2 parkour/freerun. Sebab itu yang saya suka dan minat. Tapi itu bukan tujuan post ni.
Abudi Alsagoff in action.
Post ni nak remind sesama sendiri yang kita kena yakin semuanya dah ditulis dalam hidup kita, qadha dan qadar. Baiknya atau buruknya kita kena yakin. Rezeki dah ditulis oleh Allah, dan kita dicipta utk sembah Allah dan beribadat kepadaNya. Jadi fokus kepada amalan tarik rezeki maybe?
Setiap hari saya target utk lakukan amalan2 berikut, kalau dapat macam ni memang rasa gembira. Tapi sangat susah nak dapat amalan "complete" (for me at least). Saya akan tulis sekali fadhilat amalan tersebut, kalau ada tambahan atau pembetulan, silakan tambah di ruangan komen.
Bangun tahajjud, sekurang2nya 2 rakaat, atau sekali seminggu paling lopek. Doa kita semasa waktu tahajjud seperti anak panah yang tepat pada sasarannya, waktu paling dekat dengan Allah.
Solat sunnat dua rakaat sebelum solat Subuh. Lebih bernilai dari dunia dan seisinya.
Solat subuh berjemaah. Seperti beribadat sepanjang malam jika solat isya pun berjemaah.
Semua solat berjemaah kalau boleh.
Zikir pagi/petang 100 istighfar 100 selawat 100 tasbihat.
Baca yasin. Segala urusan hari itu dipermudahkan Allah. Masalah diselesaikan.
Solat duha sekurang2nya 4 rakaat, rezeki diberkati dan dilancarkan.
Solat sunat sebelum zohor 4 rakaat. Lepas zohor 2 rakaat. Lepas maghrib dan lepas isya 2 rakaat. Dalam sehari kalau dapat solat sunat 12 rakaat, Allah bina mahligai dalam syurga kita.
Baca alwaqiah sebelah petang. Tidak akan kebulur.
Dan assajdah dan mulk sebelah malam. Peneman kita dalam qubur.
Dan assajdah dan mulk sebelah malam. Peneman kita dalam qubur.
Lepas isya, solat taubat dan solat sunat witir sekali.
Jangan lupa doa hidayat untuk seluruh alam, doa untuk ibu bapa kita sekali untuk dapat doa diterima skali
Banyak lagi amalan2 yang perlu kita cuba amalkan dalam hidup harian.
In shaa Allah rezeki dipermudahkan Allah, dan dapat lakukan apa yang kita minat. Kan Allah dah tulis semuanya? Yang penting CUBA untuk lebihkan amalan kita.
Semoga kita semua dipermudahkan untuk beramal dan tingkat amalan.
Credit to : FB page Abudi Alsagoff
Credit to : FB page Abudi Alsagoff