So saya kena paksa diri buat jugak something hari tu.
Pada asalnya, saya hanya google cari Resepi Japanese Cotton Cheesecake saja. Memang niat asal nak buat cake ni pun.
Dah siap sedia timbang semua bahan, campur adukapa segala semua, kami pun masukkanlah dalam oven.
Lebih kurang dalam 30 minit ++ macam tu, Si Yaya dah menjerit-jerit "Ibu! Ibu! Cepat meh tengok kek kita jadi apa ni!"
Saya pun terus ke oven, tengok alamak! Awat kek ni naik tinggi sangat?! Nak tergelak pun ada. Pelik betui rupa dia. Hahahahaha!
Siap ternganga macam kerang gitu! Adehhhhhhh Hahahahaha
Dah jadi double cake tetiba! 😅
Tapi apa nak buat, saya terpaksa habiskan tempoh pembakaran, or else bahagian dalam kek kompem tak masak.
So tunggu jugaklah sampai cukup 1 jam, tapi bahagian atas tu mmg burnt teramat sangat lah. Secara tak sengaja, jadilah resepi Burnt Cheesecake kami hari tu hahahaha.
Alhamdulillah, lepas sejuk sikit, dah potong wowwwww!!! Cantik elok kejadian dalam dia. Fluffy, cottony, lembut, gebu gebassss. Rasa pun sedap sebab tak manis sangat. Saya suka saya suka!
Btw, kalau uols nak cuba saya hanya pakai resepi yang dah ramai orang viralkan mcm kat bawah ni je.
Cuma tang part burnt tu saya taktau how does it happen hehehehe.
Menurut hasil research saya sendiri, bekas saya tu terlalu kecik, so bila nak mengembang kek tu terpaksa push itself ke atas and almost kena the fire. So itulah yg menyebabkan ia terbakar. Result research ala CIA gitewwww hahhaha.
Bahan A:
250 gm cream cheese
50 gm butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon (saya ganti dgn sunquick oren sebab tak ada lemon masa tu)
1/4 susu kecil garam
60 gm tepung kek/tepung superfine
20 gm tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:
140 gm gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sudu kecil jus lemon
Cara-cara :
Cairkan cream cheese, butter dan susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi.
Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam adunan cream cheese dan gaul hingga sebati.
Dalam bekas lain, pukul putih telur sampai berbuih buih (foamy). Lepas tu, tambahkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B yang dah gebu tu dan kacau sampai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bawahnya dan tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dalam tin kek.
Bakar kek pada suhu 160C dlm kira kira 1 jam, dengan cara bain-marie (waterbath).