Wednesday, March 20, 2019

LEFTOVER RECIPE : CEKODOK NASIK

Cekodok nasik yummylicious. . 




Semalam masak nasik 3 kali. 

Ya 3 kali ya puan-puan. Sebab makhluk2 dlm rumah ni entahlah dari species apa. 

Round yg last sekali tu ibu dah geram asyik tak cukup, so ibu masak banyak. . Hah padan muka tak habis pulak hahahahaha. . 

So pepagi ni (selepas mata ibu lebam cek jawapan math tahun 6) masuk dapuq, kublend leftover nasik tuh. Buat cekodok. 

Mula-mula depa makan masa brekfast, dok tanya "cucuq apa ni?".

Ibu malas nak jawap. Depa makan lagi dan lagi baru ibu habaq rahsia resepi ni. Hahahaahaha. 

Saja ibu pulak nak perangai kat depa. Bukan apa, depa ni kalau ibu habaq kata resepi tu guna bahan yg pelik sikit dari kebiasaan, kompem takmau makan. Or akan buat muka geli geleman uwek-uwek. Padahai benda tu memang sedap! So let it be toksah tau apa racun bahan ibu letak dalam tu. Kalau rasa sedap makan ja. Hah, memang sedap sangat pun kan.

Pastu pakat mintak bawak bekai. Yaya tanya "Bekai cucuq ni boleh makan dgn tangan ja kan bu?"

Ibu jawap, "Takyah.. Makan dgn hidung ja. ."

Suka dak dapat ibu bengong mcm ni? Depa buat muka 🙄 . Hahahahahaha nasiblah hangpa kannnn...