Nini dah 6 tahun, sekolah PASTI.
Nana pun dah Darjah 1 sekolah pagi - petang.
And the things that always filling and lingering in my mind are all about Zuzu and her study. Always.
Tengok dia buat latihan kadang-kadang rasa nak nangis. Ibu nampak dia berusaha. Ibu nampak dia sedaya upaya siapkan homework bertimbun. Tak pernah gagal siap, walaupun banyak jugak yg ibu tolong. But she still always has the urge utk bangun awal pagi, siapkan mana-mana kerja yg dia tak siap. Ibu salute. Sebab ibu dulu tak pernah buat mcm tu.
Tapi bukan bermaksud ibu study, buat revision, group study apa semua tu. Nope. Tapi anugerah Allah tu yg buat ibu agak pandai. Maka ibu selalu anggap kakak jadi mcm ibu.
Padahal ibu kena faham yg Allah ciptakan makhluknya ni dgn pelbagai macam rupa, cara dan peringkat. Bukan maksud ibu kakak tak pandai. Kakak pandai. Banyak benda yg kakak faham. Cuma perlu attention lebih. Perlu usaha lebih. Ada orang baca sekali ingat sampai 20 tahun. Kakak mungkin kena baca 2-3 kali. Tapi kakak boleh! Pasti boleh kalau usaha berkali-kali ganda.
Its ok. Now ibu sedang bermuhasabah diri sendiri. Ibu kena betulkan kefahaman ibu tentang kebolehan kakak. Lets so this together kakak. Ibu akan temankan kakak. Ibu akan doakan kakak sepanjang masa. And I will always love you...