Friday, April 12, 2019

MAHKOTA HOTEL MELAKA YANG..... (PART 2)

Baiklah, sebelum saya terus hanyut dibuai perasaan terlupa, baik saya cepat-cepat setelkan sambungan post bercuti ke Melaka hari tu kan.

Eh, sebenarnya nak fokus cerita MAHKOTA HOTEL MELAKA yang s*cks ni dulu. 😠😠😠

Hmmmm....

Perkara pertama yang saya agak geram ialah dari segi booking fee. Masa saya booked pakai Booking.com tu kan, dia cakap NO HIDING FEE la, No Extra Cost la bla bla merepek kerepek. Memang bisness style Yahudi jahat laknatullah betui! Bila tiba masa check-in nahhhh.... Dari harga RM244 dah jadi sampai RM310+ gitu!.

Saya tanya budak receptionist suara semut tu. Terketaq-ketaqlah beliau nak menjawap. Dengan suara yg selow gila, saya cuba dengaq apa dia cakap. Dia kata ada service charge la, tax la, Melaka tax la whatsoever. Yes, of course saya tau dan biasa dengan semua tu. Dik, kau ingat hakak ni first tie=me dok hotel ka???

But.... Saya cakap kenapa tak mention siap-siap masa booking tu? Kalau saya tak bawak duit cukup macamana?

Dia kata ni semua Booking.com yang patut bagitau. Hahahahahaha, kalau ikut logik tu memang lah. Tapi saya tetap nak bersoal siasat jugak dengan dia kat situ. Sebab rasanya dah beratus kali saya guna Booking.com tapi selama ni memang semua charges and taxes akan terus termaktub kat situ. Saya rasa hotel ni tak berapa laku. Maka depa iklan letak harga murah kononnya, tapi lepas tu baru add on segala mak nenek kat belakang.

Nak taknak, bila dah sampai kena stay jugaklah. Mana nak cekau nak cari hotel pulak tetiba. Dengan nak heret anak berderet, dengan mak lagi. Kalau saya dgn Amet ja senang, tidoq ja tepi-tepi kapai besaq takleh bergerak tu. Apadahal.



Perkara kedua (yang sepatutnya no 1 punya sakit hati) pula ialah tentang BEKALAN AIR a.k.a WATER SUPPLY kat sini.

Masya Allahhhhhhh..... Air ciput! Siap habis air masa tengah mandi lagi! Amet lagilah kesian, air habis masa tengah berry!!!!! Omaigaddddddd! Marah! Marah!Marah!!!! 😠😠😠

Ni hah tengok. Nak spray sampai b*nt*t pun tak sampai tau!

First time jadi, kami call maintenance datang. Ada lah dia buat repair-repair sikit. Dia cakap ada part kena tukar blabla tapi kedai dah tutup sebab masa tu dah dekat Maghrib. Oklah lepas tu air jalan sikit. Tapi memang sikit sangat. Sangat-sangat! Kira mandi bagi basah sapu-sapu jelah dgn tangan. Saya mmg tak sabun.

Kalau pasang dgn shower head tu lagilah tak rasa air. So kami cabut kan shower head tu, dapatlah air membasahi badan sikit. Mujur jugak tak melakukan apa-apa aktiviti yg mewajibkan mandi wajib hahahahahahaha. Kalau tidak terpaksa pi terjum kolam yg penuh sampah tu pulak! 


The next morning, saya bagi anak-anak mandi dulu. Oh toilet ada dua, dalam setiap bilik. Apartment ni ada 2 bilik (dah bagitau ka belum?)

Lepas depa mandi, saya pulak mandi. Masa ni air dah makin kurang. Halus. Lagi halus dari semalam. Sekali lagi saya mandi koboi. Rambut pun tak rasa kena air. Geram toksah cakaplah. Memang bengkak dada ni dok tahan.

Thursday, April 11, 2019

FOOD PROCESSOR MURAH & BEST DARI SHOPEE

Elaun surirumah yang saya terima dari Encik Boss bulan lepas, saya ketepikan sikit untuk beli benda idaman hati ni.....

.

Taadaaaa! 👏👏👏

.


It's my first ever Food Processor!!! 
I'm the happiest cook in the world now! Hahahahaha


Saya rasa nama benda alah ni Capsule Cutter kot. Tak pasti sebab kotak dia ni wordings semua tunggang terbalik. Pening sikitlah kalau barang2 China ni selalunya kan. Sampai nama pun taktau yg mana satu! Hahahaha.



Tapi lantaklah dengan nama dia. Pedulik hapa dengan nama hahahaha. Yang penting saya memang suukaaaaa sangat2 dengan benda ni. Memang cinta 100 persen lah!


Lagi satu, yang PALING PENTING bagi saya ialah sebab faktor HARGA NYA YG MURAH!
Saya beli ni hanya dengan RM29 sahaja. 


Ya, ia murah, berbaloi, mudah digunakan, mudah disimpan, dibersihkan, hah apa lagi kau nak? 😸


 Nama kedai ni dalam Shopee ialah Panalektrik. Uols boleh cari ya. 

Sebab dia pun ada banyak lagi barang2 lektrik yang very useful and helpful utk geng mak-mak ni ---> Ada benda lain la ku tengah target tu muahahahaha!


Now, saya dapat kisar bawang tanpa masukkan air. Jadi boleh buat stok bawang kisar banyak-banyak untuk tahan lebih lama! Yeayyyy!!!


Lagi satu SEBAB UTAMA saya nak beli food processor yg comel kecik ni ialah sebab saya nak guna ia untuk kisar dalam kuantiti yg sedikit

Contohnya macam saya nak guna sikit saja bawang + bawang putih + halia. Kalau guna blender yg besar tu saya kena masukkan kuantiti yg banyak, kalau tidak bahan-bahan tu tak akan terkena pada pisaunya kan. Atau kena masuk air banyak, which is nanti bahan jadi byk air dan masak pun tak berapa sedap.

So, guna mini processor ni memang membantu saya sangat2 dalam mencapai hasrat nan satu itewww.

Perghh panjang berjela penerangan untuk memberikan justifikasi pembelian ini hahahahahhaa.



Nak cuci nya pun senang juga. Tak payah pulas pusing teruk-teruk. Memang senang ditanggal, senang dipasang. Gitewwwww!

(Dah bunyik macam goshop pulak aku promote lebih2 ni hahahahha) 


Ok ini ialah salah satu hasil kejayaan saya membuat paste sambal berlado. Saya buat lebih, simpan dlaam balang ni. Bila nak masak just ambik sesudu dua masuk dalam kuali dan masak. Senang kan?

Lepas tu saya ada buat Sambal Belacan jugak sebalang. Tahan lama jugak sebab tak campur air. Ini kata kuncinya untuk makanan tahan lama. Sebelum ni kalau blend biasa, campur air memang paling best pun 2-3 hari je walaupun simpan dalam fridge. Lepas tu dia akan bau yg kurang enak dah.

So, uols kalau ada balance-balance duit beli ikan tu masuklah tabung khas utk food processor ni. Memang berbaloi dan helpful sangat. Kalau ada duit berkepoks bleh beli lagi yang lebih advance 🤑👀(kumenjeling hahahha).


Tapi... tetaplah kena rajinkan diri siapkan satu hari sediakan paste-paste ni semua jugak. Kalau dah malas, beli apa benda pun idoklah menjadi apa kan kan kan? Bukannya mesin tu boleh bergerak sendiri kuikuikui.😅😅

Tuesday, April 9, 2019

BERSIAP

Saat ini ibu sedang mempersiapkan diri.

Keputusan Ujian Pertengahan Semester kakak masih kurang memberansangkan.

Terus terang ibu agak kecewa.

Dengan usaha bertungkus lumus pergi tuisyen, kelas tambahan, dan sebagainya, tidak banyak yang dapat kakak ubah berbanding keputusan Ujian Diagnostik pada bulan Februari yang lalu.

Ibu kecewa apabila kebanyakan kesalahan kakak masih "silly mistake" dan "careless mistake".

Ibu rasa macam sudah habis daya. Nasihat, tazkirah, leter, kata-kata, apa lagi. Semuanya ibu ingatkan agar kakak HATI-HATI.

Ibu hanya tinggal doa dan tawakkal memohon pada yang Maha Berkuasa.

Apa tujuan ibu mahukan sangat kakak berjaya? Mahu tunjuk lagak? Mahu tunjuk satu dunia kita hebat? Mahu orang sanjung lambung sampai gunung?

TUJUAN ibu mahu kakak berjaya ialah supaya kakak akan berasa lebih semangat lagi untuk mencari ilmu yang lebih banyak lagi dan lagi tanpa henti.

Kadangkala, kegagalan itu bisa buat kita kecewa. Boleh buat kita menyerah kalah.

Sebab itu, ibu mahu sangat kakak berjaya. Supaya kejayaan ini jadi loncatan semangat utk belajar lagi dan lagi.

Bukan kerana sekeping kertas bernama sijil. Bukan semata mengejar nama dan pangkat. Biarpun kita bertugas di ceruk dapur, mencuci tandas dan lantai, ILMU harus tinggi.

Maka, ibu perlu bersiap sedia. Doa doa doa sehabis daya. Selebihnya, Redha.

Monday, April 8, 2019

MAHKOTA HOTEL MELAKA YANG...... (PART 1)

Cuti sekolah seminggu yang lepas, kami tak dapat nak kemana sangat. Zuzu dengan kelas tambahan setiap hari. Yaya pun ada beberapa program. Jadi kami memang dah plan tak ada balik kampung cuti ni.

So Amet plan, maybe we can curi-curi bercuti dekat-dekat sini. And the final discussion ends with Melaka. Sebab dah agak lama jugak tak ke sana walaupun tak jauh mana pun dari KL ni.

At first, saya cuba booking hotel Bayou Lagoon tu sebab dah pernah stay sana dulu. Nak dijadikan cerita, saya ni jenis suka sangat nak tolong kawan-kawan kononnya. Since saya ada kenal sorang kawan (dari kelas Fotofon), yg macam jadi agen or ada bilik untuk disewakan kat Bayou tu maka saya pun bagitau dia nak booking. Dia pun tanya2 apa semua details dan cakap ok. Tapi saya hairan, kenapa tak bayar deposit ka apa semua kan. Asyiklah saya ni terhegeh-hegeh mintak no akaun dari dia. Sampai dah last minute, like a week to the date, dia bagi no akaun, but with the question "Yue nak bilik yang mana ek hari tu?"

Wahhh... Saya dah agak tersirap di situ. Pastu saya cakap nak bilik yang besar sebab nak bawak mak sekali. Dia cakap "Alamak, sorry bilik yg tu dah habis."

Perghhh tinggal tak keluarkan keris Muay Thai Krabi Krabong ja masa tu!!! Gerammmm yg amat sangat!

So kelam kabut lah saya bukak booking.com nak cari bilik lain. Maka ternampaklah Mahkota Hotel ni. Disebabkan dia jenis apartment maka saya rasa sesuailah sebab kami agak ramai. Saya baca dulu review, ramai cakap best apa semua. Rate pun 4 bintang. Saya survey jugak blog-blog kawan-kawan yg dah pernah stay sana. Almost semua cakap best. So saya proceed booking.


Tibalah hari keberangkatan. Kami pun sampai ke sana. Mula-mula check-in semua oklah. Despite the budak receptionist yg cakap selowwwww mcm semut tu. Bengkek telinga nak teropong dengar apa dia cakap. Adehhhh.

Kami dapat bilik 4018. Terletak di Blok JASMINE.

Lepas check in dan rehat sekejap, budak-budak semua dah resah gelisah selagi tak dapat terjun kolam. So lepas Asar, agak-agak dah teduh sikit kami pun turun ke pool. Ada playground kat sebelah pool ni.


Mula-mula Nana Nini mandi kat kolam kanak-kanak mcm ok jugak. Air agak bersih.


Terusan sambungan dari pool kanak-kanak. Boleh jugak mandi kat sini sebab tak ada prang jadi air agak bersih.

Lepas tu saya pergi tengok kolam besar  tempat Zuzu Yaya mandi. Hmmm... Nampak banyak sampah. Cuma air agak jernih juga. So saya pun join depa mandi. 


Bila dah berenang ke tengah-tengah pool tu, mak aiiiiiii.... BANYAKNYA SAMPAH!

Yang paling menggelikan masa tu, kami nampak sampah mcm segumpalan rambut membalut samapah2 lain dalam tu terapung-apung ke sana sini. Uweekkkkkk!!!! Terus saya cakap kat depa dah lah mandi. Tapi memang depa pun dah rasa loya sendiri. Siap cakap lagi "Esok pagi taknak mandi dah lah sini."

Hah, mana ada pernah pergi hotel tak mandi kolam 2 hari berturut-turut depa ni. Tapi kali ni mmg tak lalu!

Maka naik awallah kami hari tu. Siap-siap mandi kat bilik ja lah. Pastu keluar cari makan ke Parameswara Ikan Bakar. Alhamdulillah walaupun orang agak ramai, tapi semua order kami sampai agak cepat dan kami dapat makan dengan selesa kat situ. Makanan pun agak sedap. Suasana agak tenang walau ramai. Saya ni jenis tak banyak cekadak sangat bab makanan, asalkan masakan boleh masuk tekak, lebih kurang tu cincailah janji kenyang. So tang ni saya bagi 4 bintang! Hehehehhehe

Lepas makan, kami singgah jalan-jalan sat kat Jonker Walk. Tak beli apa pun kecuali Nana Nini ja yg beli mainan.



Kami balik ke hotel hampir jam 12 malam untuk tidur dan next activities esok... 

(BERSAMBUNG DI SINI)