Thursday, April 11, 2019

FOOD PROCESSOR MURAH & BEST DARI SHOPEE

Elaun surirumah yang saya terima dari Encik Boss bulan lepas, saya ketepikan sikit untuk beli benda idaman hati ni.....

.

Taadaaaa! 👏👏👏

.


It's my first ever Food Processor!!! 
I'm the happiest cook in the world now! Hahahahaha


Saya rasa nama benda alah ni Capsule Cutter kot. Tak pasti sebab kotak dia ni wordings semua tunggang terbalik. Pening sikitlah kalau barang2 China ni selalunya kan. Sampai nama pun taktau yg mana satu! Hahahaha.



Tapi lantaklah dengan nama dia. Pedulik hapa dengan nama hahahaha. Yang penting saya memang suukaaaaa sangat2 dengan benda ni. Memang cinta 100 persen lah!


Lagi satu, yang PALING PENTING bagi saya ialah sebab faktor HARGA NYA YG MURAH!
Saya beli ni hanya dengan RM29 sahaja. 


Ya, ia murah, berbaloi, mudah digunakan, mudah disimpan, dibersihkan, hah apa lagi kau nak? 😸


 Nama kedai ni dalam Shopee ialah Panalektrik. Uols boleh cari ya. 

Sebab dia pun ada banyak lagi barang2 lektrik yang very useful and helpful utk geng mak-mak ni ---> Ada benda lain la ku tengah target tu muahahahaha!


Now, saya dapat kisar bawang tanpa masukkan air. Jadi boleh buat stok bawang kisar banyak-banyak untuk tahan lebih lama! Yeayyyy!!!


Lagi satu SEBAB UTAMA saya nak beli food processor yg comel kecik ni ialah sebab saya nak guna ia untuk kisar dalam kuantiti yg sedikit

Contohnya macam saya nak guna sikit saja bawang + bawang putih + halia. Kalau guna blender yg besar tu saya kena masukkan kuantiti yg banyak, kalau tidak bahan-bahan tu tak akan terkena pada pisaunya kan. Atau kena masuk air banyak, which is nanti bahan jadi byk air dan masak pun tak berapa sedap.

So, guna mini processor ni memang membantu saya sangat2 dalam mencapai hasrat nan satu itewww.

Perghh panjang berjela penerangan untuk memberikan justifikasi pembelian ini hahahahahhaa.



Nak cuci nya pun senang juga. Tak payah pulas pusing teruk-teruk. Memang senang ditanggal, senang dipasang. Gitewwwww!

(Dah bunyik macam goshop pulak aku promote lebih2 ni hahahahha) 


Ok ini ialah salah satu hasil kejayaan saya membuat paste sambal berlado. Saya buat lebih, simpan dlaam balang ni. Bila nak masak just ambik sesudu dua masuk dalam kuali dan masak. Senang kan?

Lepas tu saya ada buat Sambal Belacan jugak sebalang. Tahan lama jugak sebab tak campur air. Ini kata kuncinya untuk makanan tahan lama. Sebelum ni kalau blend biasa, campur air memang paling best pun 2-3 hari je walaupun simpan dalam fridge. Lepas tu dia akan bau yg kurang enak dah.

So, uols kalau ada balance-balance duit beli ikan tu masuklah tabung khas utk food processor ni. Memang berbaloi dan helpful sangat. Kalau ada duit berkepoks bleh beli lagi yang lebih advance 🤑👀(kumenjeling hahahha).


Tapi... tetaplah kena rajinkan diri siapkan satu hari sediakan paste-paste ni semua jugak. Kalau dah malas, beli apa benda pun idoklah menjadi apa kan kan kan? Bukannya mesin tu boleh bergerak sendiri kuikuikui.😅😅