Friday, April 12, 2019

MAHKOTA HOTEL MELAKA YANG..... (PART 2)

Baiklah, sebelum saya terus hanyut dibuai perasaan terlupa, baik saya cepat-cepat setelkan sambungan post bercuti ke Melaka hari tu kan.

Eh, sebenarnya nak fokus cerita MAHKOTA HOTEL MELAKA yang s*cks ni dulu. 😠😠😠

Hmmmm....

Perkara pertama yang saya agak geram ialah dari segi booking fee. Masa saya booked pakai Booking.com tu kan, dia cakap NO HIDING FEE la, No Extra Cost la bla bla merepek kerepek. Memang bisness style Yahudi jahat laknatullah betui! Bila tiba masa check-in nahhhh.... Dari harga RM244 dah jadi sampai RM310+ gitu!.

Saya tanya budak receptionist suara semut tu. Terketaq-ketaqlah beliau nak menjawap. Dengan suara yg selow gila, saya cuba dengaq apa dia cakap. Dia kata ada service charge la, tax la, Melaka tax la whatsoever. Yes, of course saya tau dan biasa dengan semua tu. Dik, kau ingat hakak ni first tie=me dok hotel ka???

But.... Saya cakap kenapa tak mention siap-siap masa booking tu? Kalau saya tak bawak duit cukup macamana?

Dia kata ni semua Booking.com yang patut bagitau. Hahahahahaha, kalau ikut logik tu memang lah. Tapi saya tetap nak bersoal siasat jugak dengan dia kat situ. Sebab rasanya dah beratus kali saya guna Booking.com tapi selama ni memang semua charges and taxes akan terus termaktub kat situ. Saya rasa hotel ni tak berapa laku. Maka depa iklan letak harga murah kononnya, tapi lepas tu baru add on segala mak nenek kat belakang.

Nak taknak, bila dah sampai kena stay jugaklah. Mana nak cekau nak cari hotel pulak tetiba. Dengan nak heret anak berderet, dengan mak lagi. Kalau saya dgn Amet ja senang, tidoq ja tepi-tepi kapai besaq takleh bergerak tu. Apadahal.



Perkara kedua (yang sepatutnya no 1 punya sakit hati) pula ialah tentang BEKALAN AIR a.k.a WATER SUPPLY kat sini.

Masya Allahhhhhhh..... Air ciput! Siap habis air masa tengah mandi lagi! Amet lagilah kesian, air habis masa tengah berry!!!!! Omaigaddddddd! Marah! Marah!Marah!!!! 😠😠😠

Ni hah tengok. Nak spray sampai b*nt*t pun tak sampai tau!

First time jadi, kami call maintenance datang. Ada lah dia buat repair-repair sikit. Dia cakap ada part kena tukar blabla tapi kedai dah tutup sebab masa tu dah dekat Maghrib. Oklah lepas tu air jalan sikit. Tapi memang sikit sangat. Sangat-sangat! Kira mandi bagi basah sapu-sapu jelah dgn tangan. Saya mmg tak sabun.

Kalau pasang dgn shower head tu lagilah tak rasa air. So kami cabut kan shower head tu, dapatlah air membasahi badan sikit. Mujur jugak tak melakukan apa-apa aktiviti yg mewajibkan mandi wajib hahahahahahaha. Kalau tidak terpaksa pi terjum kolam yg penuh sampah tu pulak! 


The next morning, saya bagi anak-anak mandi dulu. Oh toilet ada dua, dalam setiap bilik. Apartment ni ada 2 bilik (dah bagitau ka belum?)

Lepas depa mandi, saya pulak mandi. Masa ni air dah makin kurang. Halus. Lagi halus dari semalam. Sekali lagi saya mandi koboi. Rambut pun tak rasa kena air. Geram toksah cakaplah. Memang bengkak dada ni dok tahan.