Thursday, January 16, 2020

TIBA-TIBA....TELINGA SAYA PEKAK (KURANG PENDENGARAN)

Semasa hampir hari Krismas 2019 yang lalu, anak-anak semuanya diserang demam, selsema dan batuk. Lepas tu, bersambung lagi dengan ibu dan ayah pulak.

Zuzu demam agak teruk, so doktor buat blood test and Alhamdulillah everything was just fine.
Takut jugak sebab masa ni musim influenza A tengah berleluasa. Kat ofis Amet pun ramai yang dah kena dan dikuarantin.

Yaya, Nana dan Nini pun semua kena simptom yang sama. Hingus dan kahak memang berbunyi penuh rumah.

Hampir sekolah nak buka, Alhamdulillah semua dah kembali sihat macam biasa.

Cuma yang tinggal ibu ni saja yang masih batuk kong kong tak berhenti-henti. Bangun pagi pun rasa perit pedih hidung tekak muka semua. Dan yang paling tak bestnya, TELINGA pulak mula rasa macam tersumbat, macam berdengung, bergema...Rasa kurang pendengaran. Aduhaiiii....

26 DEC 2019
Saya ke klinik untuk cek telinga sebab rasa dengung dalam telinga tu semakin mengganggu.

Doktor suluh dalam telinga pakai otoskop biasa tu dan bagitau macam ada merah-merah sikit dalam telinga. Dia cakap maybe infection sikit dan saya diberi ubat titis telinga untuk mengurangkan kerengsaan tu.

Otoskop untuk suluh dan cek keadaan dalam telinga.

Beberapa selepas tu saya rasa macam ok sikit. Tapi... beberapa hari kemudiannya, dah mula rasa kurang dengar balik! Aduhaiii...

10 JAN 2020
Saya pergi semula ke klinik yang sama, tapi berjumpa doktor lain pula. Saya rasakan tahap pendengaran saya semakin berkurangan. Sedih gila oi taktau nak cakap macamana. Dalam hati Allah saja yang tau betapa tak selesanya....

Setelah dicek, doktor sekali lagi cakap telinga saya mungkin ada infection, tapi taklah nampak jelas sangat katanya. Adeh... Saya dah mula tak konfiden. Tapi takpalah doktor tukar ubat titis yang lain, Candid-B.


Ubat ni untuk rawat pertumbuhan kulat/yis dalam telinga tu (which is saya suspect macam tak ada pun sebenarnya huhuhu). Tapi malaslah nak bertojey dengan doktot kan....

So saya balik dan pakai jugak ubat tu. Manalah tau kot-kot boleh sembuh....


13 JAN 2020
Malam tu saya rasa susah gila nak tidur. Dengan telinga yang macam-macam bunyi. Yang sepatutnya dengar jadi tak dengar (contoh : bunyi bercakap atau lagu pada volume normal). Yang tak nak didengar jadi dengar pulak (Contoh : bunyi dengungan, bergema, berdesing).

Hidung pulak rasa tersumbat sampai pedih sungguh-sungguh pangkal batang hidung tu. Sampai terkeluar airmata sebab pedih terlampau.

Pipi dan rahang mula rasa sakit berdenyut-denyut. Akhirnya saya turun makan PCM utk tahan sakit sikit.


14 JAN 2020
Saya mintak Amet cuti hari ni. Sudah tak tertahan rasanya. Nak kata sakit nyut-nyut sangat tu taklah jugak. Tapi rimaslah bila rasa bergema ja dalam telinga ni kan. Rasa macam ada angin yang ditiup kuat-kuat dalam telinga. Bila saya bercakap, saya rasa suara saya tu macam bunyinya kuat gila! Padahal orang yg dengar akan kata saya cakap perlahan sangat.

Saya sampaikan rasa malas nak bercakap sebab saya sendiri taktau suara saya tu di level mana. Sedihnyaaaa....😢😢😢

Saya dah siap mintak doktor klinik tu buatkan referral letter untuk saya jumpa pakar ENT. Deep inside my heart dapat rasakan, this is not something about fungus or yeast in my middle ear. It must be sumthing else yang ada kena mengena dengan bahagian DALAM telinga.

So saya terus call KPJ Damansara, dapat booking appointment dengan Pakar ENT, Dr. Awal Hassan pada pukul 12.45 tengahari tu.

Saya pergi sendiri while Amet tolong uruskan persekolahan anak-anak.

Ok saya sambung di Part 2 (KLIK SINI) ya...